Tuesday, 8 April 2025

Yusra Nayla

Alhmdulillah hari ini hampir genap sebulan kelahiran cahaya mata mama baba yang kedua dan diberi nama Nur Yusra Nayla Binti Mohammad Nazme.Sebagai mana nama abang aysar diberi kerana mudahnya segala urusan mama sepanjang mengandung dan melahirkannya begitulah juga bagaimana nama Yusra dipilih kerana mudahnya juga mama sepanjang mengandung dan melahirkan.Walaupun Allah uji sedikit mama disaat mama sarat mengandungkan Yusra namun sebenarnya mama tahu Allah nak bagi mama rehat sebelum melahirkan Yusra.Mama mengalami pendarahan pada tempat buasir dan Yusra juga tak nak berada pada kedudukan normal melahirkan dan menyebabkan mana warded awal beberapa hari di hospital sebelum melahirkan Yusra.Allah bagi banyak sangat pengalaman dan pengajaran untuk mama kali ini agar mama belajar erti kesyukuran dan erti keajaiban.Alhamdulillah itu sahaja kalimat yang mampu mama ungkap mengambarkan segala perasaan mama.

Sepanjang tempoh warded banyak yang mama pelajari dan berkongsi pengalaman dengan bakal-bakal ibu yang lain.Sungguh aturan Allah sangat cantik.🥹 Sambil berehat sambil timba pengalaman di hospital kerajaan.

Malam sebelum melahirkan Yusra mama rasa sedikit sukar untuk tidur tidak seperti biasa.Mama bangun apabila sedar bunyi alarm yang mama kunci untuk bangun sahur dan tidak sedar bila mama terlelap.Mama bangun seperti biasa untuk sediakan sahur untuk baba.Tapi kali ini perasaan dan badan mama rasa sangat tidak selesa.Mama tidak boleh berdiri lama rasa sakit.Mama cuba menenangkan diri seperti biasa selepas bersahur dengan membaca Al-quran namun kesakitan itu sangat lain macam dan mama rasa mama akan melahirkan pada hari itu.Mama gerak baba yang menyambung tidur selepas sahur agar segera solat dan sedia barang keperluan untuk ke hospital yang mama letakkan dalam bilik dan abang aysar sebab mama rasa sakit dan semakin kerap.Mama telefon tok salma untuk tengokkan abang aysar sementara mama dan baba ke hospital.

Jam 7.59 mama baba tiba di hospital Aurelius dan terus ke bahagian kecemasan dengan surat temujanji yang sepatutnya berlansung esok pada 14.3.2025 hari jumaat dan Yusra dijangka lahir dalam jam 12 lebih,namun perancangan Allah melebihi segalanya apabila mama sakit dahulu pada hari Khamis 13.3.2025.Setibanya dikecemasan mama terus dibawa melalui kerusi roda ke bilik bersalin namun ketika keluar dari menaiki lift mama terasa satu perasaan seperti ingin meletus dan tiba2 air ketumban mama pecah ketika dalam perjalanan ke bilik bersalin.Nurse yang bawa mama ke situ tenang ja meneruskan perjalanan ke bilik bersalin bersama baba disisi mama.Setibanya di bilik bersalin mama ditukarkan baju dan segala urusan seolah berjalan begitu cepat dari bukaan sehingga dr pakar tiba dan mama dibawa ke bilik pembedahan secara dalam keadaan emergency dan baba tidak dibenarkan ada dengan mama dan seterusnya mama dengar bunyi tangisan Yusra.Nurse disitu bawa Yusra ke sisi mama, Allah Maha Agung mengalir air Mata mama melihat Yusra yang mama kendong selamat 9 bulan selamat dilahirkan. Nurse disitu baik tolong mama ambilkan gambar untuk moment yang berharga itu untuk mama dan Yusra sebab baba tak Ada dengan mama.

Allah Maha Agung dia mudahkan segala urusan mama sepanjang tempoh itu dalam masa yang sama dia ingin sedarkan mama yang mama hanya mampu merancang namun perancangan Allah yang sebaiknya.

Mama rancang nak bersalin normal dan telah berusaha ke arah itu namun Allah atur Yusra kembali kepada kedudukkan songsang dan akhirnya mama lahirkan Yusra dalam keadaan ceaser walaupun saat itu mama hanya tinggal untuk meneran agar Yusra keluar namun ketika itu kaki Yusra yang ada dibawah, jika mama teran juga maka keadaan akan jadi lebih parah.Allah mudahkan jalan untuk mama melahirkan disaat ramai orang lain terpaksa sakit dan tunggu berjam bahkan berhari untuk melahirkan, namun bukan dengan cara yang mama nak tapi dengan cara yang terbaik Allah atur.

Begitu juga dengan Dr.Mama rancang untuk melahirkan dengan bantuan dr wanita.Namun Allah ingin sedarkan mama sekali lagi yang mama hanya mampu merancang namun Allah yang atur segalanya.Ketika dalam bilik bersalin keadaan diluar kawalan kita, dr yang mama request masih dalam perjalanan yang ada dr pakar lelaki india, dia yang tolong mama untuk lahirkan Yusra di bilik pembedahan sehingga dr yang mama request tiba dan menyambung urusan menjahit mama sehingga selesai.Segalanya berlaku dalam kurang dari 1 jam dan yusra lahir pada 8.56 pagi.Allahu Akbar mudahnya urusan yang Allah atur untuk mama.Terima kasih ya Allah atas segalanya.Mama kongsikan kenangan manis itu disini buat kenangan  masa akan datang😊



Sunday, 12 November 2023

Aysar Nasri

Wahai penghuni rahim mama yang pertama dan ditunggu kehadiranmu oleh mama dan baba hampir 2 tahun. Terima kasih ya Allah atas anugerahmu yang terindah ini. Kehadiranmu diatur oleh-Nya tepat pada masanya disaat kami berdua telah bersedia menjadi ibu dan bapa.Terima kasih ya Allah atas aturan yang cantik ini.

Menunggu detik itu, sesungguhnya rasa itu bercampur ada kalanya.Kadang mama redo ini aturan yang Allah takdirkan, kadang jatuh juga air mata kesedihan itu kala melihat insan-insan sekeliling yang mudah sahaja bergelar ibu dan bapa. Bukan ingin menyangkal takdir cuma mama hanya insan biasa yang punya rasa. Alhamdulillah, Allah hadirkan baba dalam hidup mama.Dia tidak pernah buat mama rasa sedih dalam bab  memikirkan tentang zuriat bahkan sentiasa positifkan mama.Walaupun mungkin jauh disudut hati dia turut merasa sesuatu dalam diamnya. Setelah beberapa usaha yang mama baba usahakan dengan takdir dan izin Allah tarikh keramat 23.10.2022 itu mama akan ingat sentiasa disaat mama tahu Aysar ada dalam rahim mama. Mama perasan ada cecair berwarna pink dan rasa lain sangat badan kali ini tidak macam biasa.Pagi tu juga mama buat pregnency test dan macam biasa hanya orang yang menanti itu sahaja tahu erti penantian nak menunggu double line tu muncul.Dan akhirnya mama dapat lihat double line tersebut.Tidak tertahan lagi air mata mama ingin mengalir laju terduduk mama seketika ditepi kolah air.. Mama tidak sabar sangat ingin memaklumkan kepada baba yang masih lagi sedang dibuai mimpi.Mama pergi sekolah awal sebelum baba, jadi mama tinggalkan nota suprise beserta pregnancy test dalam kotak tapi baba sibuk pagi tu dan tak lihat pun kotak tersebut.hurm sedih baru nak buat suprise.Jadi mama terpaksa bagitau sendiri.Alhamdulillah baba macam biasa happy cara dia uhuk2.

Sepanjang mengandungkan aysar alhmdulillah tersangat mudah, mama tak ada sebarang alahan, tak ada mengindam apa- apa yang mengarut, boleh puasa penuh bulan ramadhan dan juga tarawih walaupun dah sarat mengandungkan aysar.

Mama juga masih kuat nak berjemaah dengan baba setiap kali solat fardu dan solat sunat.Masih lagi berkesempatan buat kelas tahsin macam biasa.Sungguh semua tu sangat nikmat.Adakalanya ada juga rasa letih tapi jarang - jarang melainkan kalau mama sangat sibuk sangat di sekolah.

Hari mama nak melahirkan aysar pun alhamdulillah mudah juga.Pagi tu mama rasa perut tak berapa selesa, tapi still turun ke surau sekolah ada bacaan yasin sempena apa mama tak ingat.Mama pun naik ke bilik guru walaupun tak dan nak habiskan bacaan sebab rasa macam lapar sangat.Sepanjang haritu perut mama kejap-kejap sakit, mama kan tak pernah mengandung jadi memang tak tahu apa rasa contraction nak beranak.Mama masuk kelas macam biasa mengajar termegah-mengah la juga haritu. Mama bagitai dekat kawan- kawan sekolah diorang nasihatkan balik kalau tak larat.Eh mama lupa haritu juga kawan mama cikgu sanak buat se jug besar air milo khas buat mama sebab mama sepanjang mengandung aysar suka sangat minum air milo.Nak jadikan cerita rupanya haritu juga la aysar nak keluar.Mama pun tak jangka aysar nak keluar awal sebab due mama lagi dua minggu lagi.Tengahari tu mama bagitau dalam group whatsapp family kata mama sakit, mak lang, mak chaq,mak njang, mak teh semua bagi nasihat.Mama telefon tok ,tok tak angkat.Nak maklum mama sakit. Mama disekolah sampai habis waktu sekolah 2.30 petang ingat nak singgah klinik cek.Tiba-tiba tok telefon ketika mama dalam kereta.Tok cakap jangan pi klinik sebab nak ajak pergi hospital terus sebab tok rasa mama dah nak bersalin.Sekali lagi air mata mama mengalir entah kenapa.Mengkin rasa takut mula menghantui diri mama.Tapi mama dan lagi singgah beli air kelapa untuk minum teringat kata orang untuk mudahkan bersalin.Mama telefon baba suruh balik segera nak ke hospital.

Jam 3.00 lebih baba sampai di rumah solat-solat terus bawa mama dan tok pergi ke hospital mahsuri.Alhamdulillah dipermudahkan juga segala urusan di sana walaupun agak ramai pesakit ketika itu nasib baik juga ada pengawal yang di situ yang prihatin. Mama dimasukkan terus ke bilik bersalin selepas mengadu sakit dari pagi di sekolah.Bila nurse di situ membuat pemeriksaan ternyata bukaan mama dah masuk 3cm dan nurse terus suruh mama bersedia untuk melahirkan aysar. Sementara menunggu bukaan menjadi lebih besar mama mintak baba dan tok doakan mama ketika solat asar.Seingat mama tak lama lepas tu baba bagi mama makan kurma dan bukaan pun dan masuk 8cm. Dari jam berapa mama berjuang nak melahirkan aysar mama tak pasti yang pasti sedar-sedar aysar dah selamat dilahirkan tak lama dari tempoh tu.Kedengaran tangisan aysar dan baba terus mengucup dahi mama kegembiraan.Itulah kali pertama aysar dibawa ke mama dan maha suci Allah yang maha mengetahui perasaan mama waktu itu.Terima kasih ya Allah,terima kasih atas anugerah terindahmu buat diri ini. Teringat wajah mungil aysar dengan mulut yang merah ketika itu.Selesai semua mama dimasukkan ke bilik. Baba tempah bilik khas untuk mama berehat semalaman disana.Waktu mama tiba dibilik,mama disambut oleh opah nora, tok salma dan wan sabri dengan gembira.Sungguh semua kenangan itu akan mama ingati sentiasa.

Baba jaga mama dengan baik sementara aysar ada dalam jagaan nurse.Alhamdulillah mama dapat berehat dengan sebaiknya sebelum memikul tugasan hakiki sebagai seorang ibu kepada aysar nasri bin mohammad nazme.Keesokkan harinya selepas zuhur mama discharge dan kita pulang kerumah bersama-sama😊🥹

First family foto bertiga😍

Wednesday, 23 August 2023

Suamiku.

Tulisan ini dituliskan khas buat insan yang aku gelar sayang.

Sayang,
Terima kasih ya untuk segalanya.Segalanya yang tidak tertulis oleh i betapa banyaknya yang sayang lakukan untuk diri ini. Terima kasih sebab sudi kahwin dengan i,
Terima kasih sudi bersabar dengan i dari  sepanjang pertunangan kita dulu sehingga selamanya kita bersama,
Terima kasih sudi terima diri ini seadanya,
walaupun jujur i tahu banyak kekurangan diri ini sebagai isteri.Terpaling merajuk terutamanya.Terima kasih buat i jatuh cinta dengan u yang baik hati ni sentiasa.Buat i tersenyum dengan perangai u yang kadang gila-gila.I bersyukur sangat dapat suami macam u. Even i tak tahu apa kesudahan hubungan kita yang Allah aturkan, tapi yang i tahu i sentiasa berdoa agar hanya kematian yang memisahkan kita.I nak jadi bidadari dan permaisuri u selamanya inshallah.

Sayang...
I tak tahu bila rasa cinta dan sayang ini dimiliki oleh u dan i tak sedar pun bila rasa ini menyapa, tapi yang i pasti rasa tu sentiasa berbunga di dalam hati ni.Terima kasih ya sentiasa bahagiakan i.

Alhamdulillah sekarang keluarga kecil kita semakin membesar dengan kehadiran Aysar.I berdoa dan berharap kita dapat menjadi mama dan baba yang baik dan menjadi teladan yang baik dalam mendidik Aysar menjadi anak yang soleh.Insyallah.

Sayang..
I tahu, i cuma tulang rusuk u yang bengkok yang sering atau terkadang terlalu ikut rasa hati, i mohon didiklah diri ini dan anak kita kejalan yang lurus yang Allah redoi sentiasa.Andai i bukan isteri dan ibu yang baik untuk u dan anak kita tegurlah i dengan baik, nasihatilah dengan penuh kasih sayang, sebab hati i sangat lembut apalagi jika dimarahi oleh orang yang i sayangi.Akhir sekali, terima kasih sekali lagi atas rasa bahagia ini.

Yang benar,
PerMysurimu
 

Monday, 21 November 2022

Air Mata Ramadhan



Mutiara jernih itu akhirnya tidak mampu di seka lagi, lalu Nia membiarkan sahaja ia jatuh ke pipi, semakin lama semakin laju ia mengalir.”Sungguh ujianmu itu kerana kasih sayangmu Ya Allah.Aku mohon kuatkanlah hati ini dan keluargaku dalam mengharungi semua ini”,Nia bermonolog sendirian di atas tangga rumah neneknya petang itu sementara menunggu waktu berbuka.Nia Atira binti Nazam Aziz seorang pelajar tahun ke dua ijazah Akuantan, seorang gadis periang dan ramah yang disenangi oleh rakan-rakan di kolejnya.Namun siapa sangka disebalik senyuman yang terukir indah itu terdapat suatu rasa yang sangat berat sedang dia tanggung.
Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan menguji dengan ujian-Nya.” Jadi, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya yang terselit disebaliknya.
                                   …………………………………………………………………………………….
“Amin – amin Ya Rabbal alamin’ tangan yang sedang menadah sejak beberapa ketika tadi disapu ke muka. “Alhamdulillah “ Nia berbisik sendirian selepas menunaikan solat asarnya petang itu, lalu dicapainya henset di atas katil dan mencari nama ibunya lalu di hubungi. “Tut,tut,tut “ hampa tidak berjawab.”Alaa.. ibu tak angkat call la pula,orang tengah rindu ni”, Nia merungut sendirian di dalam bilik.
“Nia, oo Nia jom pergi pasar malam nak? Aku tak tahu kenapa petang ni mengindam sangat  nak makan cendol pulut please” mengajak Iman hanani rakan sekelas Nia yang tiba-tiba menjenguk ke dalam bilik mengejutkan Nia yang baru usai solat. “Ehh ko ni datang  dari mana aku tak tahu tiba-tiba ajak orang pergi pasar, ko tak nampak ke aku tengah sibuk tahap menteri ni call ibu aku tak dapat-dapat” Nia tersenyum sambil dicebik mulutnya kepada Iman. Nia sangat mengenali sifat kawannya itu, Iman seorang kawan yang sangat menjaga hati kawan-kawannya dan paling rare tentang Iman ni walawpun dia makan banyak macam membela haha  tapi badan dia memang lagend ,bak kata orang kena tiup angin timur pun tak mustahil terbang huh. Nia menangguhkan seketika hasrat untuk menelefon ibunya, lalu  bersiap untuk keluar menemani Iman.Walawpun  ketika itu musim final exam sedang melanda, namun perut yang mengidam mengatasi segala-galanyanya jangankan lautan dalam sanggup direnangi,
Malam tu selepas selesai isyak Nia menelefon sekali lagi ibunya, entah kenapa rasa dihati tersangatlah homesick ketika itu, namun sekali lagi hatinya hampa. Panggilannya  tetap juga tidak berjawab. Lalu dicarinya nama kak Mia,kakak sulungnya yang tinggal seketika bersama ibunya dikampung lalu di hubungi..entah kenapa hati Nia berasa sesuatu yang tidak sedap seolah-olah ada sesuatu yang terjadi namun diabaikan perasaan tersebuat setelah beberapa ketika panggilan  Nia dijawab oleh ibunya, “Ya Allah ibuuu, ibu ke ni?Assalamualaikum ibu.”  Nia bertanya sambil berlompat kegirangan bila mendengar suara keramat milik ibunya di hujung panggilan, menitis juga butir-butir air matanya entah kenapa. Lalu  bermulalah sesi luahan yang sudah lama tersimpan , satu per satu  topik dibualkan dan ibunya lebih suka menjadi pendengar setia kepada anak bongsunya itu.”Ibu k.cik balik minggu depan tau insyaalah, rindu sangat nak balik jumpa semua,3 bulan rasa macam tiga tahun lama dia.” perbualan berakhir setelah hampir 10 minit mereka berbual.Usai itu Nia terus mencari port yang paling baik dan selesa untuk memulakan study. Bagaikan dicharge semangatnya selepas berbual dengan ibu tercinta yang nun jauh di sana. Disusun beberapa buah buku di atas katil dan mulalah helai demi helaian Foundation in Accountancy diselak dan diulangkaji sehinggalah dia tersedar gara-gara alarm jam Azie Zulaika roomate kesayangannya disebelah mengamuk mintak dimatikan.Nia bangun daripada tempat tidurnya dengan muka pemalas plus benggang lalu menutup alarm tersebut “haish jam ni arwah juga dengan aku ni” membebel Nia sendiri, sedangkan Azie  masih lagi hanyut dibuai mimpi. “Azie..ooo Azie bangun-bangun dah pukul 4 ni, ko nak study kan”. Azie membuka matanya malas. “Azie nanti ko  gerak aku subuh ya,”Nia memberi isyarat lambaian lalu ditarik selimutnya kembali.
                           ………………………………………………………………………………………….
“Kringgggg,kringgggggg” alarm Nia pula mrngambil alih mengemakan bilik tersebut selepas 2 jam kemudian. Nia terjaga ,jam di screen telefon menunjukkan pukul 6 pagi.”Masyaallah study banyak sangat ke aku ni, sampai nak buka mata pun macam ada batu duk bersangkut ” .Nia mengeluh sendirian. Matanya meliar ke sekeliling baru dia perasan Azie tidak ada di  dalam bilik, mandi kut  budak hafal Al-quran tu. Seronok tengok dia sejuk perut ibu mengandung , tiba-tiba rasa macam terinspirasi.Setelah setahun baru nak terinspirasi ke Nia haha teruk betul. Nia menggelengkan kepalanya. Maka, berlalulah hari-hari Nia dengan lima paper yang harus ditempuhi. Disebabkan jarak antara satu subjek dengan subjek yang lain agak jauh, menyebabkan berkuranglah sedikit rasa bebanan untuk cover semua bab sebelum peperangan bermula..Sehinggalah ,akhirnya….
Semua pelajar dibenarkan meninggalakan dewan peperiksaan dengan keadaan senyap..
“ Weh Nia esok kita bertolak awal cikit boleh? sebab aku ada janji dengan cikgu aku kat sekolah malam tu.Dia mintak tolong sangat handle program ganti dia, sebab dia ada hal.kebetulan aku balik  johor,tak sampai hati pulak nak tolak” kata Iman.”insyaalah aku ok je Iman” Nia terpaksa menyusahkan Iman menumpangkannya pulang ke kampung menaiki kereta gara-gara tiket bas habis disebabkan lambat beli.Mana taknya orang nak balik  buka posa la di rumah  kan dah nak masuk bulan Ramadhan.
                     ………………………………………………………………………………………………................
“ Panggggg” satu tamparan hinggap ke pipi Nia, dan seterusnya dan seterusnya.Cukup tiga kali tamparan lalu kakaknya duduk kembali menghadap televesyen sambil makan mee yang dihidangkan oleh ibu. Nia terkaku, tergamam tidak mampu berkata apa-apa.Mangkuk yang diambil di dapur masih  dipegang erat lalu Nia duduk berdekatan dengan makanan yang dihidangkan, berdua dengan kakaknya.” Achik ada buat salah ke akak “ Nia bertanya  dalam nada hiba dan tangisan yang tertahan “ jangan tanya akulah kenapa “ Kak Mia membalas tanpa rasa.

“ dua minggu sebelum kak mia pulang ke kampung dia mengalami kemalangan dan tercampak masuk ke dalam gaung,dua hari orang cari dia tapi tak jumpa, selepas tu baru kak Mia pulang ke rumah dihantar oleh seorang pak cik yang kebetulan terjumpa denganya, dan sejak itu perangainya sedikit berubah”Ibu tenang menceritakan satu persatu kisah yang terjadi agar aku memahami, demi Allah ketika itu hanya air mata yang berbicara betapa hiba, dan remuk hati ini.Ibu dan abah tak nak menganggu aku sebab nak final maka  mereka pendamkannya rasa itu ,nak dirawat memerlukan mereka-mereka yang betul-betul pakar mengenainya.Wahai ibu dan abah kekuatan apakah yang membuatmu setabah ini.Dan akak Mia kenapa wajah adikmu ini tidak boleh kau tatap??(mengalir lagi mutiara jernih tak mampu ditahan lagi)..Jawapannya kerana Allah sangat menyanyangi hamba-hambanya maka sebab itu kita ini terus di uji ,diuji dan diuji.....bersambung.

Keluarga

Keluarga adalah orang yang kita harapkan akan sentiasa menjadi yang paling dekat dengan kita. Biar kadang semua telah menjauh membawa haluan bersama keluarga masing- masing namun kita tidak akan pernah lupa, darah yang mengalir dalam diri kita ini adalah darah yang sama. Sejujurnya kita sentiasa mengharapkan keluarga adalah orang yang akan mencintai kita secara zahir mahupun dalam diamnya, yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita, yang akan sentiasa turut gembira dan sedih diatas kegembiraan dan kelukaan kita. Tiada istilah dalam kamus hidup ini diajar erti ego atau dendam dalam keluarga melainkan hanya dipenuhi dengan kasih dan sayang...

Biar kadang ego merosakkan hubungan kita, biar kadang tutur kata menjarakkan kita, biar kadang tindakan kita membuatkan ada yang terluka percayalah bahawa air yang dicincing tidak akan pernah putus. Manusia hanyalah insan biasa yang tidak pernah terhindar daripada tersalah langkah, namun jangan kita hukum atas kesalahan itu selamanya..kerana hidup ini terlalu singkat untuk kita saling menjauh hati sedangkan kita tidak tahu siapa dulu yang akan pergi dijemput ilahi. 

Begitu banyak keluarga sekarang yang berpecah belah tidak lagi sehati. Seorang ibu yang sanggup tinggalkan anaknya di dalam tong sampah, si ayah pula sanggup meratah si anak tanpa rasa, si kakak dan si abang bergolak merebut harta, si adik yang tidak punya rasa mengorban jiwa mengambil ganja. Dimanakah silapnya kita pada hari ini sehingga berlakunya semua ini? Sungguh diri ini sendiri takut menghadapi hari mendatang. Tidak sanggup melihat perpecahan demi perpecahan yang semakin hilang pertimbangan. Entahlah apakah rasa si ibu dan bapa yang melihat situasi ini? Adakah mereka melahirkan anak- anak mereka untuk melihat perpecahan ini semua. Sungguh dunia kini sangat tenat setenatnya. Keluarga rakyat malaysia sendiri juga tidak kurang menghampakan. Disaat rakyat diberi kuasa untuk memilih pemerintah. Bukan Islam yang cuba menjaga menjadi pilihan namun si mereka yang bersetongkol dengan orang kafir pemusnah agama juga menjadi idaman. Ya Allah sungguh hati ini sayu sangat yang tersangat dalam. Ya Allah aku mohon engkau kuatkan lah iman dalam hati dan diri kami. Ya Allah.Jangan pernah engkau tinggalkan kami walaupun sesaat.Jangan engkau murka dengan kami. Sebaliknya engkau kasihanilah kami..Satukanlah hati kami hamba-hamba mu ini yang kadang terlalai. Bimbinglah kami, suami isteri kami, ibu bapa kami, ahli keluarga kami semua ke arah jalan yang engkau redoi. Sesungguhnya engkaulah tuhan yang maha penyayang lagi maha mengasihani kami umat- umatmu. Aamin.


Berpegang dengan point yang ke 5.Keluarga adalah yang utama.Susah senang kita akan terkesan pada keluarga kita. Terima kasih Ya Allah kau hadirkan dan pinjamkan insan bernama adik- beradik dalam hidup ini.Yang mewarnai dan sentiasa ada disisi serta tiada galang ganti. 

Terima kasih atas segalanya yang dicurahkan,segala kebaikan yang diberikan dan segala kenangan yang mengamitkan ingatan, terima kasih abah, mama, chaq,b.cik, k.syuk,k.teh,lala dan siti dan semua ahli keluarga mentuaku yang lain. Semoga Allah jaga insan-insan yang aku kasihi lagi cintai ini sentiasa ,dijauhkan dari rasa sedih, dijauhkan dari perkara yang tidak diingini dan sentiasa dalam redo-Mu.Kerana aku yakin bila kau redo dengan mereka maka mereka sentiasa dalam jagaan-Mu.

Saturday, 2 April 2022

Perjalanan

Perjalanan hidup diteruskan lagi setelah satu demi satu fasa kehidupan didunia di lalui. Bermula dari zaman kanak- kanak , zaman remaja dan kini perlahan- lahan mengorak langkah melalui dan menghayati zaman dewasa. Zaman ini aku dapati merupakan zaman kehilangan dan perpisahan antara jasad. Samaada ajal atau waktu yang memisahkan. Zaman semua orang mula membawa haluan sendiri dan sibuk dengan tanggungjawab yang sedang dipikul sebagai seorang insani. Sungguh terima kasih ya Allah kerana memberi segala ruang dan peluang yang sangat banyak kepada diri ini dalam melalui perjalanan ini.Begitu banyak pengalaman yang mendewasakan penuh suka duka yang akan aku ingati sehingga akhir hayat nanti. Kala aku menulis tentang perjalanan ini, sebenarnya aku terasa sebuah kehilangan dan rindu pada insan- insan yang aku gelar teman sewaktu masa dahulu. Masing- masing membawa diri.Masing - masing dengan kehidupan sendiri, pekerjaan sendiri , dan keluarga sendiri. Kadang aku akui sukar untuk menjelaskan tentang kenapa aku sendiri mula menjauhi diri dari mereka atau kenapa mereka sedang menjauhi aku. Egokah aku bila tidak lagi bertanya khabar dengan mereka atau terlukakah aku bila menyedari diri sebenarnya tidak lagi diperduli. Melangkah pergi dalam diam itu mungkin lebih baik demi menjaga hati sendiri dari perpura - pura kuat seperti tiada hati. Berjalanlah kita semua pada jalan yang sedang terbentang di depan mata dengan sebaiknya. Usah di kesali perkara yang lalu.Usah didendami luka yang lama. Maafkanlah luka yang pernah digiris dan terpahat dengan doakan mereka yang pernah juga memberi kenangan suka tanda keikhlasan hati menyanyangi. Jangan jadi manusia amnesia yang hanya menilai pada luka baru namun bunga yang pernah diberi dahulu sebagai kenangan tidak diperduli. Perjalanan kita masih jauh lagi untuk kita mendabik dada, juga jangan lupa perjalanan ini juga penuh dengan kejutan untuk kita merasa lega.Mati itu pasti namun ia rahsia ilahi. Berjalanlah kita semua dalam perjalanan ini dengan waspada dan kumpullah bekalan jangan alpa. Aku sedar aku bukan "si dia yang dalam perjalanan dan banyak bekalannya" tapi aku hanya insan biasa yang punya rasa rindu dalam perjalanan ini yang sedang meluahkan dan mengingatkan bahawa jangan lupa mengumpul bekalan untuk ke sana.Menuju alam yang seterusnya dan seterusnya hingga menetap di tempat yang kekal selamanya iaitu syurga.Fihifzillah buat mereka yang sentiasa dalam doa ini, mereka yang aku gelarkan sebagai teman. Tuhan mohan jagakan mereka untuk aku...

Saturday, 12 February 2022

Kahwin!

Berabuk sudah rasanya blog ni bila aku dah habis belajar..maklum lah masa banyak memikirkan hal- hal lain, jadi tak sempat nak berayat dalam ni..tapi lately entah macam datang balik rasa rindu untuk menaip ni..jadi meh aku nak kongsikan kisah cinta aku ya disebabkan i dah kawin!! Setelah sekian lama menutup pintu hati dari terbuka sebelum masanya, tiba-tiba bila sudah menjadi orang bekerjaya maka dugaan berkaitan kahwin tu mula menjelma..zaman ko dah mula kena buat pilihan , bila ada risikan demi risikan yang datang(macam banyak je kan bunyi bahasa tu kan haha)...disebabkan time tu hati memang tak da rasa nak kahwin lagi maka di tolak la risikan demi risikan yang hadir itu tanpa rasa bersalah..sehinggalah risikan yang terakhir aku tolak tu Allah datang kan sebuah rasa yang menjawab semua rasa dalam hati aku ni..yakni rasa serba salah dan berdosa sangat( andai kata dalam kalangan mereka tu ada jodoh aku)..Aku mula solat hajat dan istiqarah atas semua yang aku lakukan( macam novel orp tapi itulah hakikatnya bila aku rasa sangat perlukan jawapan di atas sebuah kepastian) ,akhirnya Allah jawab persoalan tu dengan sebuah hati yang  terbuka untuk menerima seseorang..siapa?Orang yang pernah aku tolak masa aku tiada rasa tapi rasa itu Allah yang hadirkan kembali bila aku mula bersedia. Mohammad Nazme Bin Mohd Sabri antara nama yang ada dalam risikan itu..Allah ilhamkan rasa ingin mengenali dia dalam ramai-ramai yang aku tolak tu even tidak pernah terfikir oleh aku, dia sebenarnya tulang rusuk aku yang hilang..Dia skuadmate aku di zaman universiti aku...Dia datang dengan cara yang aku suka, menyunting tanpa perlu dulu melakar cinta, belajar menghormati aku dari apa yang diketahuinya, dan belajar menerima aku seadanya biar banyak kekurangan yang aku zahirkan tanpa selindung darinya..Dia buat aku tak perlu berpura- pura jadi orang lain hanya untuk jadi yang terbaik di depan mata dia( aku tak suka berpura dan tak suka orang berpura- pura didepan aku)..I just want to be my self..

Aku bagi masa setahun untuk kami sama- sama bersedia, dan Alhamdulillah dia lulus dengan baiknya..sabar dengan segala karenah aku yang kadang- kadang menguji raga.."

Disebabkan time tu tgh pkp jadi susah sikit la dia nk datang rumah jumpa mama abah..tapi Alhamdulillah bila kita niat untuk buat benda baik..Allah permudahkan semuanya..maka bulan 6 jumpa family, bulan 8 bertunang and as my wish bila kenal awal-awal dulu nak kahwin dalam tempoh setahun..maka dengan izin Allah bulan 12 tahun 2020 kami kahwin sebab aku terima dia dulu bulan 12 2019...dan segala urusan disepanjang itu tersangatlah Allah mudahkan dan semua berjalan seperti yang diharapkan..Now we're happy husbend and wife dan sentiasa mendoakan agar rumah tangga yang dibina ini sentiasa dirahmati dengan Rahmah dan Sakinah serta dikurniakan zuriat yang Soleh dan solehah..Doakan ya!

We're not perfect but we still can be perfect by complet by each other...Insyaallah.

Kenapa aku cerita semua ni?Sebab..aku nak cerita betapa hebat aturan Allah yang dia susun untuk aku. Dia biarkan aku rasa dicintai dan mencintai dalam diam kerana-Nya, Namun sebenarnya Dia jaga aku dengan cara yang sangat aku tidak sangka(maksudnya aku saja yang tahu)

Cinta selepas kahwin is real.Dan rasa itu sangat sukar untuk diungkapkan melalui kata-kata namun hanya dirasailah oleh orang yang ingin merasainya...

Done Kahwin! Hehe

Simpan sini buat tatapan dan kenangan di usia tua nanti.😘

Assalammualikum Cinta!







Sunday, 25 November 2018

Hari Jubah

Biar apa pun keputusan yang kau perolehi sepanjang kau belajar, selagi perit susah itu kau tempuh untuk belajar hakikatnya kau telah pun berjaya!

Kerana setiap daripada kita punya jalan cerita yang berbeza, kepandaian yang berbeza-beza, kepakaran yang berbeza dan rezeki yang tertulis juga berbeza-beza, tapi kita berkongsi cita-cita yang sama iaitu ingin berjaya..maka hargailah hari kejayaan tersebut dengan segembiranya tanda tahniah kau telah berjaya mengharunginya...tak sedikit yang mengalir air mata disepanjang jalan untuk menghabisknnya, tidak kurang yang hampir mengalah dipertengahannya, ada juga yang diuji sehingga hampir berhenti bila tiba dikesudahannya..Namun dengan izin-Nya kita masih diberi kesempatan untuk menghabiskannya dengan jayanya..terima kasih Ya Allah, terima kasih.

Menitis air mata ini tidak mampu diseka lagi takkala bibit bicara yang diucapakan oleh pengerusi majlis pada hari konvokesyen aku baru-baru ini berkisarkan mengenai dua insan hebat kurnian ilahi buat setiap anak-anak iaitu ayah dan Ibu. Ditambah dengan video ringkas ketika kami semua mula menjejakkan kaki di bumi unisza semasa degree ,cukup membuatkan suasana didalam dewan tersebut sayu....terimbau akan dua susuk yang hebat, iaitu mereka , ibu dan ayah kita semua!

Ibu dan Ayah mereka insan yang paling berjasa disepanjang perjalanan seorang anak itu menimba ilmu tanpa pengorbanan dan jerit payah mereka menyekolahkan kita pada masa kecil dahulu mungkin kejayaan itu tidak mampu kita genggam pada hari ini..Insan yang mengunakan kudrat mereka semaksimum mereka untuk kegembiraan anak mereka, insan yang sakit dalam diam demi anak tercinta,insan yang adakalanya menahan lapar demi mencukupkan keperluan anak mereka, insan yang berkorban segalanya demi seorang anak semampu mereka..juga seorang insan yang sanggup hadapi segala kesusahan demi kesenangan anak-anak mereka...

Mungkin selepas hari tersebut masih ada dikalangan kita yang masih belum dikurniakan kerja, tidak bermakna segala usaha kita selama ini sia-sia belaka namun percayalah rezeki dan aturan-Nya sentiasa tidak pernah salah alamat..cuma ia mungkin tertangguh untuk suatu masa, yang pasti ia pasti akan tiba.Cuma kita jangan pernah berputus asa untuk mencuba dan terus mencuba.Ingatlah disebalik usaha kita itu ada insan yang mengharap dan mendoakan kejayaan kita sentiasa...

Back to the story...Hari Jubah..

Aku nak abadikan kenangan terindah hari tersebut disini..Ini kisah aku..

Sebulan sebelum hari konvokesyen aku, abah warded lagi dek kerana kaki dijangkiti bekteria...time tu aku bersyukur sangat sebab aku dah tak perlu fikir tentang study dan ada di rumah, jadi aku boleh fokus 100% dekat abah dan family..kerja? alhamdulillah aturan Allah untuk aku sangat mudah,Dia hadirkan insan-insan yang sangat memahami aku jadi aku tidak ada masalah dengan hal kerja,mintak cuti sentiasa lulus.

Aku harap sangat konvokesyen aku kali ini family aku akan ada semua, terutamanya mama dan Abah. .Alhamdulillah Dia yang maha besar sahaja maha mengetahui rasa hati ini ketika berada di dalam dewan baru-baru ini, dari jauh aku melihat dua susuk tubuh tersebut berada dengan aku pada hari bahagia tersebut...menitis air mata ini berkali-kali dalam diam pada hari tersebut tanda syukur gembira terharu dan segalanya bercampur baur tidak mampu ditahan lagi...

Kenapa ?

Kerana sepanjang aku belajar dari darjah 1 hingga ke tingkatan 5, masuk diploma habis diploma, masuk degree, tauliah inspecter sukarelawan bak kata semua hari- hari penting aku disepanjang tempoh tersebut abah tidak pernah ada bersama..Namun aku akur dan faham disetiap apa yang berlaku itu dan tidak pernah mempersoalkannya..Maka apabila kali ini abah gagahkan diri, berkali terhenti kerana penat,mengharungi perjalanan yang jauh , kuatkan kaki melangkah demi langkah, dan tahan sejuk sehingga melihat aku menerima sijil diatas pentas dan dia terus keluar, entah detik itu..aku rasakan segala kesedihan yang lalu hilang dengan sekelip mata...Aku bagaikan mahu berteriak dan jerit pada semua "weiiii ni abah aku....ni ma aku"....

Pernah suatu masa dahulu ada kawan yang bertanya pada aku, "weii gee aku tak pernah nampak pun ayah hang"sebab disetiap tahun aku naik pentas untuk hari anugerah cemerlang, setiap tahun jugaklah mama dan kakak aku sahaja yang hadir..rasa aku ketika itu tuhan sahaja yang tahu..

Even kali ini aku naik pentas bukan sebagai pelajar terbaik ,mahupun pemegang first class, namun aku tahu aku sudah berusaha semampu aku,dan capai matlamat yang aku harapkan..itu sudah cukup aku berasa puas dan biarpun terselit juga hakikatnya sedikit rasa terkilan..Namun akan aku jadikan ia pemangkin untuk aku terus berjaya pada masa hadapan In syaa Allah..

Oleh sebab itu(tiba-tiba formal hee) aku mintak cuti awal , sebab nak rai family terutamanya bila diorang cakap nak datang Unisza bawa ma abah..Disebabkan depa akan sampai sehari sebelum aku konvo, maka aku kena ada dah untuk depa disepanjang tempoh itu tanpa gagal(cakap bahasa kedah sikit)..jadi aku buat keputusan datang Unisza awal spend time dengan insan-insan yang aku rindui disana dulu sepuasnya, nak jumpa murabbi dan para asatizah, ambik masa sikit pergi tempat yang nak pergi, pre konvo dengan kawan-kawan sebelum aku spend time vocation konvo ni dengan family sepuasnya.Terkilan juga sebenarnya tak sempat pun jumpa semua yang aku nak jumpa espesially para asatizah, sebab masa dah terikat dengan family.In Syaa Allah aku nak jejak balik bumi tarbiyah ni jumpa mereka semua suatu hari nanti. Sahabat-sahabat yang lain pun tak dan nak jumpa dan bertegur sapa semoga berjumpa lagi juga In Syaa Allah.

Akhir kata itulah hari paling indah bagi aku, sangat indah bila dapat bersama dengan family..biarpun sedih juga sebab still tak complete semua, ada yang tidak boleh hadir..tapi bila teringat abah dan mama ada bersama ketika itu..Aku sangat bersyukur bahkan tersangat bersyukur atas kesempatan yang Allah pinjamkan tersebut..

Maka benarlah ibu dan Ayah satu anugerah yang tidak ternilai ,nilainya...selagi kita yang masih mempunyai dua insan hebat ini maka hargailah mereka sebaiknya...

Terima Kasih Ya Allah , untuk hari jubah yang Istimewa ini...(kesat air mata).









Saturday, 24 November 2018

Classmate

Unic betul kehidupan aku di bumi tarbiyah UniSZA ni..3 tahun pertama aku naik bahtera pelayaran dalam menimba ilmu,sesudahnya sambung pula naik bas selama 4 tahun untuk mengukuhkan lagi ilmu yang dipelajari.apa tu Bahtera dan Bas? Itulah gelaran bagi kos aku sepanjang disana.BAhtera(Diploma Bahasa dan kesusateraan Arab) dan Bas pula (Bachelor of Arabic studies).Alhamdulillah sejujurnya 7 tahun tersebut bukan tempoh yang singkat bagi aku,cukup ia menjadi saksi air mata ini pernah mengalir,senyum tawa ini pernah terukir, hati ini pernah terasa perit,dan hati ini juga pernah diselebungi rasa gembira dan kasih ,namun semua kisah dan pengalaman yang aku perolehi tersebut yang mengajar aku untuk dewasa melaluinya.Terima kasih Ya Allah atas aturan indah-Mu buat hambamu ini.

Dalam post-post sebelum ni,aku ada cerita dah tentang antara insan yang hadir dalam hidup aku ,yang dengan mereka banyak yang aku belajar melalui suka duka dalam tempoh kami bersahabat.Untuk post kali ni,aku rasa nak up pula tentang mereka yang juga cukup istimewa dalam diri ini yang turut mewarnai kehidupan aku sepanjang tempoh aku menimba ilmu di bumi UniSZA.Siapa mereka?

Merekalah merupakan insan yang terdiri 
daripada insan-insan yang hebat,biar dikalangan mereka ramai yang lebih muda daripada aku atau seusia namun mereka cukup membuatkan aku rasa kagum dan berterima kasih atas kehadiran mereka,biar kadang nampak tidak peduli normal la kakak-kakak kan mana nak tunjuk sangat sayang tu dekat adik-adik..tapi disebaliknya jujur aku katakan yang aku berasa sangat  beruntung dengan kehadiran mereka ,membuat pensyarah-pensyarah aku tersenyum bangga dan terhibur.sebab aku sedar aku mungkin belum mampu menjadi hebat seperti mereka semua,tapi yang aku tahu aku sudah melakukan sebaik dan sedaya yang aku mampu untuk menjadi terbaik.. Dan mereka semua itu adalah rakan-rakan sekelas aku!




Hari pertama kelas degree masih baik je semua,bila dah masuk minggu-minggu ke seterusnya memang nampak la asobiah antara kami semua..bermacam geng mula muncul ada geng stpm,geng stam,geng asasi,geng kelantan,geng ganu dll dan diantara yang paling asobiah sekali adalah geng aku,iaitu geng sek diploma hhhaha..kan dah cakap tadi perangai "kakak" tu tak nak hilang kan..padahal sepatutnya railah adik-adik..maaf la ye adik-adik ,kakak-kakak hampa pun tak cukup matang lagi time tu.


Bila masa dah berganti masa, nampaklah 
Ukhuwah antara kami semua mula tersemai...kami semua agak ramai kali ni dalam 80 lebih tapi efford semua orang nak mengenali antara satu sama lain tu adalah..aku nampak semua tu...even yang laki mahupun perempuan.Tapi tu lah disebabkan aku pun agak sibuk dengan persatuan yang lain-lain hingga kadang-kadang aku rasa macam aku sendiri yang menjarak diri dengan mereka semua,bila dalam kelas pula banyak habiskan masa dengan budak-budak dip ja...tapi nak tahu apa yang buat aku tersentuh gila? bila depa still layan kita dengan baik sangat,buat kita tak rasa ada gap even jarang lepak sama-sama..terharu wehhhh(ni air mata nak ngalir ni)...

"orang lain pun ada yang lagi busy kut steady ja boleh get along dengan situasi dan rai semua orang"


 Itulah yang aku sedar tentang lemahnya diri aku,dan dengan sebab itu jugalah aku berterima kasih buat mereka yang sudi menerima diri ini sebagai teman biar sedikit sekali masa aku dengan mereka,sedikit sekali bantuan yang aku hulurkan,sedikit sekali penghargaan yang aku berikan..tapi mereka masih sudi menghulur tangan sebagai teman..terima kasih,terima kasih dan terima kasih..Terima kasih atas segala kenangan,kebaikan,perhatian,tawa ria dan segalanya yang tidak terungkap oleh kata-kata.





For me a few years ago and now mungkin istilah kakak itu sentiasa wujud,namun kalian dan aku tiada lagi gap antara kita..jika aku diperlukan ,aku bukakan seluasnya tangan ini untuk menghulurkan bantuan..kerana sekali kita bersahabat selamanya tetap sahabat..dan kekal bersahabat...





Untuk geng diploma yang aku rindui sentiasa, kalian lah insan yang paling lama mengenali aku ,yang tahu kekurangan aku dan yang masih sudi menerima aku seadanya. Mungkin aku tiada hadiah yang cukup indah sepanjang persahabatan kita semua, namun cukuplah aku ingin kalian tahu doa aku untuk kalian semua tidak pernah putus sejak pertama kali kita semua bergelar teman.Semoga ia mampu menjadi saksi dihadapan-Nya nanti bahawa cinta ini buat mereka tanda ikhlas persaudaraan kerana-Nya.


Aku selalu bercita ingin jadi yang terbaik buat mereka semua ,hingga aku lupa sifat manusia itu tiada yang sempurna...semakin hati ingin membahagiakan semakin banyak hati pula yang dilukakan tanpa disedari..maka benarlah kita hanya mampu merancang ,namun Dia lebih mengetahui akan segala-Nya .walawpun jasad yang memisahkan kita,kalian semua hadiah terindah buat aku ,sebuah kenangan yang sentiasa buat hati ini terasa nikmatnya sebuah rindu..

Dan tidak dilupakan Para astizah dan murabbi yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, mendidik dan memberi sokongan kepada kami sentiasa.Salam sayang dan Ingatan buat kalian semoga Allah memelihara dan menjaga kalian buat kami yang kejauhan.Tanpa kalian siapalah kami...Terima kasih para murabbi ku.




Sunday, 9 September 2018

Degree kehidupan




Sungguh hati ini mulai rindu!

Dalam banyak-banyak sem, sem 8 degree lah yang bagi aku masa yang sangat mencabar sebab pengakhiran sebuah pengajian yang penuh pertanggungjawapan ada di sebaliknya…lama kut study kat sana hampir 7 tahun, tapi tak bermakna aku kuasai keseluruhannya tapi sekurang-kurangnya sepanjang tempoh itu aku disedarkan dengan kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri ini..dan aku sedang cuba untuk memanfaatkan imu yang dicurahkan dengan sebaiknya..Doakan ya..
…………………………………………………………………………………………………………
Coretan kali ini ,sebenarnya sebuah ucapan terima kasih buat semua insan yang hadir disepanjang aku menimba ilmu di bumi Terengganu.Sungguh Allah itu maha kuasa atas segalanya,begitulah juga indahnya percaturannya..

Terima kasih Allah ,terima kasih yang tidak terhingga atas segala nikmat dan kasih sayangnya terhadap diri ini,yang tidak pernah meninggalkan diri ini walaw sesaat,yang sentiasa ada saat diri ini rebah dan lelah,dan yang sentiasa mengingatkan diri ini bahawa aku sorang hamba,yang hadirkan para murabbi yang hebat-hebat dalam mendidik diri ini dan tidak lupa juga menganugerahkan aku kawan-kawan yang baik disekelilingku disaat aku jauh seketika dari keluarga tercinta.
Maaf jika aku bukan seorang yang periang yang boleh hiburkan disaat kalian kebosanan mahupun kesunyian, maaf juga jika aku selalu tidak ada saat diperlukan, maaf jika kehadiran diri ini hanya menyiksakan,maaf jika diri ini kurang mengingatkan engkau tentang tuhan,maaf juga jika diri ini kelihatan sombang bila berdekatan,maaf juga para asatizah sebab tak mampu menjadi kebanggaan , maaf sebab sikit sekali bantuan yang aku huluran,maaf ,maaf dan maaf juga atas segala perbuatan diri ini yang ada menyinggung mana-mana perasaan.

Dalam usaha  ingin berikan yang terbaik buat kalian, kadang aku lupa aku manusia biasa yang tidak terlepas dari segala kekurangan…Biarpun banyak kekurangan diri ini, namun aku bersyukur Dia masih hadirkan kalian yang hebat-hebat ini dalam mewarnai kehidupan aku sepanjang tempoh itu..Bukan seorang bahkan setiap dari kalian membuatkan aku mengucap syukur.

Allah hadirkan aku pensyarah-pensyarah yang sangat lembut dan menyayangi pelajarnya, yang sabar dan tekun mendidik anak buahnya yang tidak sunyi mengingatkan tentang kehebatan Dia yang maha kuasa , yang penuh teladan dan hebat ilmu mereka ,namun sentiasa humble dikalangan manusia-manusia diluar sana.Dia juga hadirkan aku juru latih-juru latih yang tidak pernah jemu mendidik kami menjadi manusia berguna dan menegur kala kami terleka .Merekalah para ayah dan ibu-ibu kami ketika menuntut disana.

Seterusnya, Aku juga ingin lahirkan kesyukuran kerana Dia juga hadirkan aku sahabat, kawan dan teman yang sentiasa ada disepanjang pejalanan aku menimba ilmu.Biar pelbagai istilah yang ada ,namun bagi aku ia membawa satu makna iaitu insan yang hadir dalam diri ini sebagai teman dan akan sentiasa menjadi teman .Mereka yang membuat aku ketawa, mereka yang mengingatkan kala aku terleka, mereka yang turut merasa sakit bila aku terluka, mereka yang menghulurkan bahu saat aku terasa letih dengan dunia, mereka yang sabar dengan karenah ini yang kadang sukar dibaca, mereka yang sama-membantu tanpa minta dibalas jasa, mereka yang menerima diri ini walawpun tahu banyak kekuranganya, mereka yang percaya pada diri ini seadanya,mereka yang ketawa dengan lawak aku yang kadang-kadang hambar (ehhh) dan yang paling aku hargai yang tidak pernah melupai diri ini biar apa yang terjadi mahupun kadang situasi yang memaksa kita menjarakkan diri .Terima kasih sahabat,terima kasih semua.

Dalam kehidupan ini ramai yang kita akan temui, pelbagai ragam akan kita hadapi namun belajarlah untuk memahami dan belajarlah untuk tidak menjadi hakim pada situasi.Kerana setiap kita ada perjalanan sendiri dan tidak semua kita perlu jelaskan hakikat yang dihadapi.Hingga terkadang kita perlu memilih untuk tebalkan hati agar tak mudah terluka saat tersakiti dan cuba tidak menyakiti.Kerana ini sebuah kehidupan jugalah kau dan aku perlu kena sentiasa belajar memaafi biar terkadang kita sendiri tidak tahu apa sebab atas sesuatu yang terjadi.
Aku tahu kita semua manusia biasa yang berkongsi sama rasa..namun yang berbeza antara kita bagaiman kita menterjemahkan rasa tersebut . Namun satu rasa yang bagi aku sukar untuk dilafazkan dengan kata-kata ,tapi cukuplah bagi aku yang mengetahuinya yakni..

“ Rasa sayang kepada semua yang pernah hadir dalam hidup aku dan hanya Dia maha mengetahui akan segalanya,”

That why blog aku ni nama “Aku& Mereka” sebab ,jika hidup ini tentang aku sorang,jujur aku katakan ia mungkin bukan apa-apa, namun bila ia tentang aku dan insan-insan lain its more valueble sebab itu berkait tentang kenangan aku dengan mereka atau peringatan buat aku dan mereka..haa sweet tak kah kah kah.Sebelum ni blog ni aku namakan dengan “Durrah Safiyyah” Permata yang suci  ,sebuah ingatan buat aku agar sentiasa menjadi permata yang baik, tapi disebabkan sayangnya aku dekat saudara-saudara seislam yang lain semakin menebal(bahasa aras tinggi) maka aku tukar blog tu jadi tempat peringatan dan kenangan aku dengan semua,dan muncullah hashtag #Aku&mereka.

Maka bagi aku kehidupan ketika belajar degree bukan sekadar penambahan ilmu yang berlaku ia juga men”degreekan kehidupan aku serba sedikit.Hidup ini bukan tentang kita seorang namun saling berkait dengan insan lain. Terima Kasih semua..Siapa?Kalian lah...insan yang pernah hadir dalam hidup aku biar hanya singgah seketika mahupun mendoakan dalam diam,atau masih disisi biarpun dekat mahupun kejauhan..Sekali lagi terima kasih aku ucapkan..



Tuesday, 3 April 2018

Usrahti





“Satu ketika dulu aku pernah menangis teresak-esak kerana rindukan suasana dan didikkan yang aku tidak lagi temui di bumi pantai timur ini, rasa yang tidak dapat aku gambarkan bagaimana namun hakikatnya ia cukup membuatkan aku terasa kehilangan dan kesorangan biarpun dalam keramaian”
Namun aku yakin Allah itu maha mendengar akan rintihan hamba-hambanya…..
…………………………………………………………………………………………………………. 

”Assalammualaikum adik, akak nak jumpa kejap boleh”

Satu mesej masuk ke dalam inbox aku.”Entah sapa akak ni tiba–tiba ada number aku” kata aku sendiri.Tapi entah kenapa hati aku terasa berat untuk berkata tidak kerana ketika itu tiada sebarang asbab untuk aku menolak.Dan siapa sangka rupannya mesej tersebut menjadi  pembuka kepada sebuah ukhuwah dan persahabatan yang terbina kerana-Nya yang pernah terputus seketika dahulu.Lagi sesekali air mata ini tidak mampu diseka lagi dek kerana terharu dan gembira. Allah masih sayangkan aku dengan temukan aku dengan mereka semua biar agak sedikit lewat berbanding yang lain.

                Sepanjang aku bergelar budak usrah rasanya aku tidaklah begitu bermasaalah, namun hakikatnya terkadang untuk jadi seorang yang baik itu tidak mudah,apabila terkadang diuji dengan mehnah dan hati yang lemah.Kerana itulah ,mungkin ia dipanggil mujahadah.Takkala diri ingin melangkah untuk membina diri kearah yang lebih baik, tika itu juga bayu kelalaian menyapa diri.Menjadi lebih baik?Aah ,cuba istiqamah dengan sesebuah amalan yang mampu menjadi bekal selain ibadah yang wajib dan menjadi teladan yang baik kepada sahabat-sahabat dan insan-insan disekeliling aku.Sebab tiada ertinya seseorang saudara itu jika hanya inginkan diri sendirinya sahaja yang mahu menuju ke syurga-Nya tanpa cuba mengajak yang lain turut serta bersamanya.Namun itulah kekurangan aku yang paling lemah.Aku sendiri tidak mampu pun menegur sebarang kesalahan bahkan aku juga terkadang terjerumus didalamnya.Sungguh manusia itu sifatnya lemah.Tapi sebaik-baik manusia adalah apabila dia sedar dia melakukan kesalahan,dia memohon keampunan dan sentiasa mencuba menjadi lebih baik.

Masa kian berlalu dan aku semakin sibuk dengan komitmen yang aku ada dan dipertanggungjawabkan, kesahihannya hanya insan-insan yang ada berdekatan dengan aku ketika itu mengetahui. Ketika itu , jika mengikut akal dan fikiran maka segalanya pasti akan aku abaikan ,tapi sungguh aku tidak faham kenapa hati aku masih kuat untuk terus hadir berkomitmen dalam ikatan yang aku gelar love circle ni(usrah) . Setelah aku renungkan kembali dengan hati ,maka jawapannya hadir satu persatu menyakinkan diri. Pertama, aku tak nak menangis kerana rindu kehilanganya lagi.Kedua,Sebab aku masuk kerana-Nya,bukan kerana siapa-siapa. Ketiga ,kerana aku tahu melaluinya aku akan lebih sentiasa bermuhasabah diri.Keempat, kerana Allah sayang akan diri yang hina ini. Biar berkali-kali kelalaian yang aku lakukan,begitu juga berkali-kali peluang dan ruang Dia bukakan untuk diri ini.Jujur setiap kali program ,aku tak sempat pun untuk bersedia.Bukan sengaja namun hanya Dia yang tahu betapa masa aku penuh dengan segala tanggungjawab yang lain, namun  keyakinan kerana-Nya dengan niat untuk mendidik diri ini maka aku hadir dengan tenang dan terbuka dan disetiap kali itu jugalah hati ini bersyukur kerana masih lagi ada insan-insan yang sudi memberi peluang dan ingatkan diri tentang hidup ini hakikatnya perjalanan menuju Ilahi.

Setelah itu,aku juga diberi kepercayaan demi kepercayaan yang cukup buat hati ni berkata, kalian tak kenal aku pun siapa lagi sebenarnya..kenapa masih mampu beri kepercayaan-kepercayaan  tersebut??Dan jujur aku cakap tiada manusia yang tidak tersentuh hatinya kerana diberi kepercayaan, kerana sebuah kepercayaan itu bukan melibatkan diri sendiri sahaja namun melibatkan pihak lain.Sebab itulah andai diberi kepercayaan maka jagalah ia sebaiknya.Aku juga sebenarnya tidak lepas dari termiss mana-mana perkara dan program adakalanya. Dek terlalu sibuk dengan perkara lain hingga ada perkara yang aku terlupa,namun takkala  tersedar mohonlah maaf,sebab kita berkomunikasi dengan manusia yang punya perasaan. Cuma terkadang bukan cuba memberi alasan namun kita sahaja yang tahu apa berlaku ketika itu.Kerana kadang tak semua perkara perlu diceritakan.
Bercakap tentang perasaan, rasanya semua dapat membacanya,baik dari segi perbuatan dan juga percakapan.Dan aku nampak usaha membina rasa dan kasih sayang itu daripada mereka diantara kami semua.Hakikat yang aku sedari,aku sebenarnya bukan siapa-siapa pun untuk mereka sayang, tapi aku tak segan nak cakap yang mereka ini sebenarnya telah buat aku jatuh cinta dengan mereka. Mereka cuba untuk membina ukhuwah biar dalam payah, mereka  cuba memahami biar terkadang tidak diterangkan situasi,mereka cuba menghiburkan takkala kesunyian,mereka berkongsi rasa setulusnya mereka rasa tanpa paksa.That’all make me fall in love with them.

                Terkadang ,aku juga merasa menjadi diri aku tidak mudah kerana terlalu banyak hati yang perlu dijaga,mana dengan sahabat usrah,kawan-kawan kelas, kawan suksis,kawan persatuan yang mana mereka semua orang yang berbeza dan aku bertanggungjawab dengannya,kerana semua hati bagi aku terlalu berharga untuk dilukai.namun terkadang dalam berjaga-jaga, aku terlukai juga tanpa sedari.Sesungguhnya,Dia maha mengetahui betapa hati kecil ini sentiasa berdoa ,agar dijagakan dan difahamkan hati-hati mereka yang aku sayangi itu dengan sebaiknya.Kerana jalan yang aku pilih ini penuh dengan pengorbanan masa dan segalanya kerana-Nya.Berapa banyak ajakkan dan masa gembiraku dikorbankan,namun itu semua aku akur melainkan satu, aku harap mereka faham dengan situasi aku berada dan aku cuba bahagi sebaiknya..Ditambah sekarang diambang perpisahan , semua sibuk ingin mencipta kenangan demi kenangan.Aku selalu berdoa agar tidak dipertembugkan situasi yang aku perlu memilih antara dua keadaan yang mana aku takut tidak mampu membuat pilihan.

Kenapa aku ceritakan semua perkara diatas?
Sebab itu semua bukti yang betapa pentingnya kepercayaan dalam sesebuah ukhuwah dan persahabatan.Betapa pentingnya menjaga hubungan dengan insan lain tanpa sekadar memikirkan tentang diri kita.Betapa terkadang kita diberi pilihan dan terpaksa membuat keputusan mengikut kepentingan.Betapa perlunya kefahaman dan kesungguhan bukan kerana ikut-ikutan namun datang dari ilmu yang mendalam.Usrah bukan sekadar aku dan engkau saling mengingati,namun ia berkaitan dengan sebuah hubungan tidak rasmi yang ikatannya tulus kerana Ilahi.Sama-sama berjanji untuk menegakkan islam disaat dunia sekarang sakit dinakhoda pemimpin yang diuji.Memang jalannya bukan mudah,ia menagih pengorbanan dan sedikit lelah namun selagi kau percaya akan janji Allah, syurga-Nya buat hambanya yang sabar diuji dan tabah.
Aku bukan sesiapa,dan sedar akan diri ini sebenarnya dibandingkan sahabat yang lain diluar sana.Namun aku hanya ingin berkongsi kerana sayang akan semua.Sekadar peringatan dan nasihat kala diri ini dan kalian berasa berat dengan segalanya.

 Terima kasih sahabat, terima kasih atas segalanya.

Tuesday, 13 March 2018

Sukarelawan



Aku suka baca buku yang memberi inspirasi pada diri, buku tentang orang-orang hebat yang memberi manfaat kepada orang lain.Rasa kagum dengan mereka ini, sebab dalam keramaian manusia yang hidup pada zaman ini masih ada segelintir manusia yang masih lagi sudi memikirkan tentang orang lain.Paling aku kagum ,mereka yang dari kalangan orang biasa namun jiwa mereka besar untuk membantu saudara lain yang memerlukan, dan orang kaya yang tidak pernah berkira berbahagi harta untuk dikongsi bersama.Orang selalu cakap hidup ini hanya sementara maka manfaatkan lah ia sebaiknya sebelum kita menutup mata. 

Cemburu betul aku dengan orang yang selalu buat baik ni, tak tau macam mana diorang fikir.Zaman aku baru betul-betul bagaikan disapa kesedaran , time tu kisah Ahmad Ammar dijemput ilahi dalam keadaan yang masih muda.Selepas aku baca tentang ammar ni cukup memberi aku macam tamparan yang hebat dalam hati ini, sappppppp "kau nak buat apa sebenarnya untuk hidup ini?  kalau sekadar nak kejar nikmat duniawi yang hanya pinjaman ini, jangan pernah tanya kenapa kau miskin dan terkapai-kapai harapkan pertolongan-Nya disana nanti.Hidup ini sesungguhnya Allah pinjamkan hanya sementara kepada kita, untuk Dia lihat bagaimana kita manfaatkan peluang telah Dia yang diberikan ini .Jika kita sendiri tak pernah sedar akan tangungjawab kita sebagai khalifah di mula bumi ini, maka kita tidak akan pernah rasa bertanggungjawab pun untuk jadi hambanya yang taat dan patuh pada perintahnya.Ramai manusia hari ini yang mengaku islam, namun berapa ramai juga yang malu nak mengamalkan islam dalam hidupnya. Islam bukan terlalu jumud namun jangan pula terlalu bebas sehingga sagala syariat diambil ringan. Tidak perlu pergi jauh mahupun menuding jari pada orang lain, cukup aku melihat pada diri sendiri. Bercita mengubah dunia yang semakin tenat, namun sedikit penat terkadang sudah melunturkan semangat, bagaimana nak bangunkan islam diluar sana jika diri sendiri tidak usaha menjadi lebih baik.

Kembali kepada tajuk asal semula,kenapa sukarelawan?Dalam berbuat kebaikan sebenarnya banyak jalan yang boleh kita lalui untuk melaksana niat yang murni tersebut.Namun antara jalan lain yang aku dapati dalam dunia yang semakin kurang sikap peduli ini adalah dengan sukarelawan.Melaluinya kita bertemu dengan pelbagai lapis masyarakat dan dari mereka kita menimba pengalaman dan ibrah.Terkadang kita terlalu selesa dengan apa yang kita ada sehingga lupa untuk memikirkan tentang insan lain.Bukan niat untuk sibuk menjaga tepi kain orang lain tapi cuba memberi sedikit sumbangan takkala kudrat ini mampu digunakan.Aku bukan dari keluarga yang senang yang mampu menghulurkan bantuan yang cukup untuk meringankan segala bebanan,cuma aku punya rasa ingin berkhidmat dan membantu sementara aku masih diberi kesempatan dan ruang.

Apabila diberi kesempatan untuk berkhidmat dalam sebuah organisasi yang aku dan sahabat yang lain tubuhkan iaitu Ummatic Mission Relief Assosiation of Malaysia , sejujurnya aku sendiri tidak pernah menyangka betapa aturan Allah itu secepat itu.Terharu dan lafaz syukur yang mampu aku hadirkan kerana diberi peluang dan kesempatan untuk berbakti pada pertubuhan kecil ini. Banyak yang kami lalui bersama sepanjang proses penubuhan organisasi ini, jujur aku cakap tidak mudah.Namun bila kita sedar ada lagi insan lain disekelilig kita, rasa itu hilang seakan kalah dengan semangat itu. Banyak yang aku pelajari dari organisasi tersebut yang kami gelarkan ia sebagai UMRelief .Kami terdiri daripada beberapa orang pelajar ketika mana ia ditubuhkan.Maka komitmen belajar itu tidaklah begitu terganggu kerana kebanyakkan program yang kami jalankan tidak bertembung, cuma yang penting bagaimana kita menguruskan masa untuk memastikan setiap program yang dirancang dapat dijalankan sebagaimana ia telah dirancangkan.Alhamdulillah dengan bantuan , panduan , dan nasihat daripada pengerusi organisasi yang tidak pernah jemu dan bosan dengan kerenah kami, banyak juga program kami berjaya dilaksanakan dengan jayanya biar terkadang melalui saat kritikal dan sebagainya yang bagi aku itu normal secara lumrahnya.Cuma satu bagi aku, lakukanlah apa perkara sekalipun yang ingin kita lakukan dalam hidup ini, jangan pernah lupa niatkan ia semuanya tidak lain untuk meraih keredoan-Nya,insyallah dipermudahkan olehNya.Jika tidak ditemui perkara itu dalam mana-mana perbuatan kita maka semaikanlah ia.

Maka ,akhir kata dan sedikit ingatan buat diri ini juga, aku ulang... 
"hidup ini hanya sementara, maka manfaatkan ia sebaiknya sebagai bekal kita untuk menuju negeri akhirat sana".Ahmad Ammar meninggal dalam usaha ingin membina ummah, tanya diri ,dengan sumbangan apa yang kita ingin kita sumbangkan sebelum meninggal nanti.

Buat teman seperjuangan di UMRelief terima kasih atas segalanya.

Kenangan




Bercerita tentang kisah silam pasti semua orang tak terlepas dari merasainya.Sebuah esat yang berharga yang terbenam jauh di dasar hati namun tersimpan untuh ia di dasar memori.Sebuah kenangan yang berlalu dan beredar meninggalkan kita , itulah ia dipanggil sebuah bingkai kenangan.
Bila akhir-akhir ini selalu la nampak orang buat throwback mengimbau masa lalu, tiba-tiba rasa macam nak terpengaruh pula.

Bila meningkat dewasa ni,hakikatnya banyak sebenarnya perubahan yang telah berlaku dalam diri kita sama ada menjadi lebih baik atau masih lagi berada di tahap yang lama.Tidak mengira sama ada baik dari segi lahiriah mahupun batiniah dan sebagainya.Namun yang pasti bila bercakap mengenainya ia cukup membuatkan kita kembali ke belakang semula.Rindu.

Zaman kanak-kanak yang penuh keriangan dan penuh suki-suki mula menerjah.Zaman baru nak kenal dunia luar dan belajar tentang sesuatu.Masa yang tak dapat nak digambarkan bagaimana , dalam otak just fikir tentang main lepas tu main lagi.Huh berbeza sungguh dengan kanak-kanak di palestin, syria semua.Tapi itu lah kenangan masa kecil kita.Paling sweet bila terimbau time besday la..kecik-kecik dulu pun dah ada member sambut besday then bagi hadiah, sampai la darjah enam.Walawpun tak dak la dapat hadiah kek dan sebagainya tapi nampak la kesungguhan dan ingatan tu..terharu.Sekarang semua dah bawa haluan masing-masing just bising dalam group je.Apa-apa pun bagi aku bukan bertemu jasad itu bukti persahabatan, namun ingatan dalam kejauhan itu hakikatnya lebih aku harapkan.Kerana aku tahu kita punya haluan yang berbeza jika diizinkan olehnya insyaallah kau,kau dan aku pasti bertemu akhirnya.

Bila meningkat besar sikit kita dah mula didedahkan dengan pelbagai erti tentang kehidupan tapi baru sikit tak sampai separuh lagi la aku rasa.Kita macam budak baru nak up, semua benda nak cuba nak try, habis semua perkara kita cuba terokai.Dari satu pengajaran ke satu pengajaran.Paling rindu zaman tu sebab baru je meninggalkannya.Bagi budak asrama macam aku, hidup kami memang berkisar dengan kawan.Apatah lagi,apabila dapat kawan yang sekepala, memang nak menangis ja rasa.Geng bangun paling lewat time mandi ,kononya nak biar adik-adik mandi dulu,last-last terlambat. Akhirnya masbuk kena tulis nama dengan exco kerohanian,haha.Tak kurang nakalnya time  lari sembunyi belakang bilik prep dan bawah katil gara-gara malas nak pergi dewan makan,order makanan kat luar pastu buzy buat keja lain sampai lupa nak makan sampai makanan kembang.Nasib baik ada kawan-kawan yang support makan sekali, kalau tak mesti serba salah dibuatnya nak buang.Kemudian bab baju sekolah pula, semangat ni letak nila ramai-ramai nak nampak kemas , sekali bertampung bila baju basah lain terkena baju yang bernila tu.. sanggup la basuh balik then buh nila lagi rajin ..Alahai..tapi time tu dah jadi senior la, yang boleh jadi macam tu, time jadi adik -adik pada awal-awal dulu baik je semua perangai,bangun pagi pun dah pukul 4 pagi.Antara yang tak dapat lupa juga , kes besday time zaman sekolah menengah. Banyak kali juga la buat aku punya mutiara jernih jatuh tersentuh.Sahabat, mereka memang insan istimewa bukan oku yang hadir dalam diri kita.Just aku ni la jenis tak berapa pandai sangat nak show off sebab tu bukan kepakaran aku, serius dulu nampak la juga asobiah dikalangan kami dek kerana kelas yang berbeza, namun alhamdulillah "gap" tersebut telah runtuh bila kami semua membawa haluan sendiri selepas habis spm .Masa yang berlalu telah mengubah segalanya menjadi lebih baik.Terima kasih Ya Allah. 

Lagi..rindu ada program tarbiyah dan Kem tamrin , rindu program- program di asrama, gotong royong setiap hari jumaat , keceriannya , malam tayangannya..dan tak lupa juga ngan kes-kes misteri nusantara yang berlaku..paling lagend time esok nak PMR bole pulak peristiwa macam tu berlaku ,maka studylah budak-budak ni dalam gelap sampai dalam pukul 2 baru lampu menyala kembali.Perkara biasa la tu bagi budak asrama sebelum gimik bermula dia kasi feel dulu.Then antara banyak-banyak kenangan yang tak pernah dapat aku lupakan adalah, kenangan dengan murabi-murabi aku yang tak pernah letih dan bosan mendidik diri ini dan sahabat yang lain menjadi manusia.Mereka menjadi guru mereka juga penjadi ibu dan ayah buat kami ketika kami di sekolah.Walaupun sekarang terasa sedikit jauh dari mereka, namun doa ini buat mereka tak pernah lupa.Disebabkan banyak masa aku disekolah maka banyak kenangan aku berkisar denganya.

Kemudian,time solat kami solat berjemaah sama-sama 5 hari sekali,selepas solat zikir sama-sama, tak lupa juga setiap kali sementara mnunggu bermulanya perjumpaan akan ada orang ketuai mulakan zikir..kadang-kadang ada malam muhasabah diri..Dulu-dulu itu semua macam dah jadi perkara biasa so, macam tak berapa takjub sangat rasa tapi sekarang bila dah tak jumpa suasana macam tu..baru tahu langit tu tinggi ke rendah,sumpah aku rindu.

Ketika aku bercerita tentang semua ni,sebenarnya aku menyambung penulisan yang terkubur pada suatu masa dahulu .Saat aku rasa hati ini bagaikan takungan air yang menampung beban air,begitulah rasa rindu ini yang lama terpendam akhirnya aku alirkan rasa itu melalui penulisan ini. Masa itu sifatnya berlalu maka kita kekalkan ia dengan ingatan dan kenangan.