Monday, 19 November 2012

WaniTa SyurGa?





1)Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)

2)Drp Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

3)Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: “Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak.” (Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda: “Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!”

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan.

4)Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka.” (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.

5)Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: “Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia.”

6)Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. “Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya.” (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat
.

Thursday, 21 June 2012

Terasing

ku petik entry ini dri seorang sahabat yg sayangkn sahabatnya lillahitaala melalui blog MMPG...

TERASING DI SINI...

Bismillahirrahmanirrahim...

Daripada Abu Hurairah r.a, baginda Rasulullah S.A.W bersabda: “islam bermula dalam keadaan asing, dan ia akan kembali menjadi asing”

Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh keseronokan
Siang malam asyik bersukaria
Tidak jemu mencari hiburan
Sedangkan aku terasing disini
Tidak banyak menghibur diri
Kerana aku lebih bimbang
Dibuai kelalaian dunia



Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kegembiraan
Sentiasa mengejar impian
Menggapai cita-cita tertinggi
Sedangkan aku terasing di sini
Tidak punya keinginan tinggi
Kerana aku lebih takut
Matlamat akhirat tak tercapai



Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kesenangan
Berlipat kemewahan
Berganda harta kekayaan
Sedangkan aku terasing di sini
Tidak punya apa-apa
Kerana aku lebih risau
Amal ibadat tak mencukupi




Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kebanggaan
Mengena pelbagai perhiasan diri
Menarik perhatian ramai
Sedangkan aku terasing di sini
Tiada yang sudi memandang
Kerana aku lebih rela
Membungkus diri melindungi maruah


Aku memerhati mereka di sana
Hidup penuh kebahagiaan
Menikmati indahnya hidup berteman
Saling rindu dan mencintai
Sedangkan aku terasing di sini
Hanya duduk bersendirian
Kerana aku lebih kuatir
Diri melanggar batas menjejak zina




“ sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan, sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama”



Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?”
Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”

( Hadith riwayat al-Tirmidhi dan Abu Daud)


“ islam terasing di zaman permulaannya, islam kembali asing di zaman kemudiannya, beruntunglah mereka yang menjadi asing"



Buatmu generasi MMPG, ingin admin petik di sini kalam mutiara As-Syahid Imam Hassan Al-Banna:

“Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh,maka akan aku berjalan keseluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda,aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka,tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yg tersergam indah.”

Ayuh generasi MMPG, bangunlah daripada kealpaanmu dan tidur lenamu dari tipu daya duniawi, tetapkan matlamatmu hanya Allah dan Rasul-Nya di hatimu,
Letakkan dunia di tanganmu, bukan dihatimu
Antum adalah generasi yang ditarbiyah dengan didikan islam, jangan pula antum menjadi virus dan bakteria yang mencemarkan islam,.
Mulianya antum bukan hebatnya antum, tapi mulianya antum kerna islam yang antum bawa,.

Jadilah antum seperti KOMPAS,
sentiasa menghala ke arah utara tidak kira di mana berada,
Samada di gunung-ganang, bukit-bukau, hutan belantara,
Tetap saja jarum kompasnya menghala ke arah utara..
Begitu juga antum,
Tidak kira di mana antum berada,
Carilah hidayah petunjuk Allah agar antum tak tersasar dari jalan yang lurus...
Akhir kata, semoga antum semua menjadi penerus keseinambungan generasi pembangun islam yang semakin asing,

Dan,

Semoga kita semua menjadi bangsa yang terasing ketika itu....

Sunday, 26 February 2012

janji

 cerita ni aku dpt dri entry seorg sahabat..ceritanya brmula..
   
Setelah terbangun dari lena yang panjang penangan panadol dan musim sejuk di sini, saya merajinkan diri membalas messages dan emails yang sudah lama terperuk di inbox. Email yang bertarikh 15 nov 2011, baru sempat saya buka tadi. Saya tidak mengenali pemilik email, sepertimana beliau tidak mengenali saya. Mungkin email saya beliau dapat dari page blog facebook saya. Beliau memperkenalkan diri. 

"Oh, pangkat kakak", bisik hati saya. 

Email yang separa panjang itu saya baca. Beginilah saya mengreply nya. Saja ingin berkongsi, mungkin juga menjadi panduan untuk mereka yang mengalami dilema yang sama..

**************************************************************************

Salam akak. Maaf saya sangat sibuk kebelakangan ini. Ni baru berkesempatan check email. Maaf buat akak tunggu lama. Berbesar hati akak percayakan saya untuk menceritakan masalah, maaf juga jika saya tidak dapat membantu sepertimana yang akak harapkan. Tapi saya akan cuba sedaya upaya, dengan izin Allah.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
[2:286]

Ini janji Allah, sebagai orang islam, kita wajib meyakini janji Allah. Apa yang akak hadapi adalah ujian daripadaNya. Untuk apa ujian itu.? Sebab Allah tak sayang akak.? Tak.! Sebab Allah sayang akak. Allah nak buat akak lebih kuat. Allah tak uji orang yang Dia tak sayang. Kalau Allah tak sayang akak, Dia akan biarkan je akak, tak hiraukan akak. Dan Allah yakin akak boleh hadapi ujian ni. Cuma Dia nak tengok setakat mana kesanggupan akak untuk terima ujian ni. Adakah akak akan salahkan Dia..? 

Farah yakin, dengan ujian ni, buat akak lebih dekat dengan Allah kan.? Manusia memang macam tu, macam saya, bila susah baru ingat Allah. Tapi memang tu kelemahan kita. Sebab tu Allah datangkan ujian, tanda Dia sayang kita, supaya kita lebih dekat kepadaNya.

Solat, puasa, keluarkan zakat dan buat benda-benda wajib tu bukan tanda kita muslim yang baik. Tu kewajipan kita. Tanda kita muslim yang baik adalah apabila kita dekat denganNya. Meredhakan setiap yang telah Dia tetapkan. Yakin dengan janjiNya.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
[2:216]

Setiap ujian yang Dia datangkan adalah untuk buat akak lebih dekat denganNya. Tapi tu terpulang pada cara kita terima ujian tu. Kalau kita redha, inshaAllah kita akan lebih dekat denganNya tapi kalau kita mengeluh dan tak dapat terima ujian tu, jadilah sebaliknya. Kita akan menyalahkan takdir, kita rasa hilang percaya kepada Allah dan lebih terpengaruh kepada hasutan syaitan untuk buat kita makin jauh denganNya. Nauzubillah..

Akak seorang yang kuat.! Saya percaya. Kalau tak, masakan Allah bagi akak ujian macam ni. Dan akak berhak untuk dapat orang yang lebih baik daripada cinta-cinta akak sebelum ni..! Ambil ibrah(pengajaran) dari semua yang dah berlaku tu. Setiap orang ada cerita mereka tersendiri.

Akak dah terima ujian yang kuat sebelum kahwin. Nanti bila dah kahwin, datang ujian-ujian lagi, akak tak heran dah, kacang je nak hadapi sebab akak pernah hadapi ujian yang lebih kuat.

Saya sangat berpegang teguh kepada dua ayat di atas. Panduan hidup saya. InshaAllah. Sangat membantu apabila ujian-ujian saya datang.

Meredhakan, sangat membantu untuk membuatkan
hari-hari kita sentiasa cerah :)

Oh, akak minta doa kan.? Ada satu doa untuk menghapuskan sesuatu yang ingin dilupakan dalam hati.

Akak letak tangan atas dada, baca surah ar-Ra'd ayat 39,

“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada 'Ibu segala suratan'.” 
[13:39]

Lepas habis baca, genggam tangan dan buat macam campak jauh2. Letakkan sepenuh keyakinan kepada Allah, inshaAllah, akak akan dapat melupakannya secara perlahan-lahan.

Luka memang pedih. Tapi sedalam mana pun luka tu, pasti terubat. Ada parut.? Kan banyak je yang jual ubat parut sekarang. Sorry sarcastic sikit. Tapi yakinlah,

“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
[94:5-6]]

Wednesday, 8 February 2012

tafakur



Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya padamu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...Ya Allah... Ya Allah...llah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya padamu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...

Tuesday, 7 February 2012

maahad

dibawah ini diantara sahabat-sahabat seperjuanganku.....namun sedih sebab ada sahabat yg lain tiada cebisan kenangan yang dapatku lakarkan...

ni time kami ada jamuan lunch delight dengan cikgu-cikgu...jamuan terakhir kami sebagai student 5 akaun kat MMPG ....n_n


ni pulak time kenduri kat umah kawan (pikah)....tp empunya diri tak ada sebab dah melangkah pergi meneruskan perjuangan ditempat lain.....

ni diantara sahabat seperjuanganku time STAM...or kami gelarkan diri kami sebagai student
 DIPLOMA OF ARABIC...haha

ni pun diantara rakan seperjuanganku time kat MMPG....sekarang semua dah bawa haluan masing-
masing apa pun wish you all good luck...n_n

rakan-rakan dalam menempuhi suka-suki kehidupan sepanjang bergelar warga maahad....ni time lepas SMRAM ...bestttt sebab relex sangat time tu.. tapi diriku pulang kerana ada kematian...

detik manis bersama guru kelas (teacher azlin) dan juga suaminya yg tercinta (sir majdi)...ni pun time jamuan....rindunya....

ha...ni rakan seperjuanganku yg baru di bumi terangganu...dibawah satu pelayaran yg bergelar BAHTERA...ni time akhir sem 1...n_n


duhai sahabat...
secantik manapun musim luruh di dunia ini...
seindah manapun kelopak bunga sakura jatuh berguguran....
sesejuk manapun titisan salju menyembah bumi....
sekilau manapun mutiara didasar lautan....

namun..

tiada apa yang mampu menandingi keikhlasan dalam persahabatan antara kita semua..
harusku akui sahabat,
suatu hari nanti mungkin diriku akan kau lupakan
tapi...
aku ingin engkau tahu bahawa aku tak akan pernah lupakan dirimu
pintaku jika aku ada melakukan kesilapan...
tulislah ia diatas pasir
agar ia hilang dibawa ombak....
namun...
apabila aku melakukan sesuatu yang membahagiakan dirimu
tulislah ia didalam hatimu
agar ia terus tersemat didasar sanubarimu....
semoga terlakar sebuah memori indah
dariku seorang sahabat....
buat insan bergelar sahabat...n_n

hadiah


Hari ini aku nak kongsi satu entry yang mana  sangat mendalam sangat bagi aku dalam blog Aku Islam....sebab dari situ mengingatkan aku takkala aku diberi satu hadiah terindah dari Allah bagi mendekatkan aku lagi dengannya disuatu ketika...Dari hadiah itu juga banyak yang aku pelajari dalam mencari kekuatan dalam mengharungi liku kehidupan yg mendatang.......

Kerana aku di sapa ujian.  Aku belajar mengenal kehidupan.  Bahawasanya hidup bukan sahaja berteman suka dan bahagia.  Tetapi di corak hampa dan air mata.  Maka, aku mengenal erti sabar dan belajar tersenyum walaupun perit terus menerus menagih hiba.
Ketika kehendakku tidak bisa di genggam.  Aku belajar menjadi insan matang.  Mensyukuri segala yang ditakdirkan.  Bukan merungut mencipta sesalan.  Kerana ku tahu bahawa segalanya tidak semudah apa yang ada dibayanganku.  Dunia hanya persinggahan yang sering menagih pengorbanan.
Ku sedari aku bukanlah sempurna.  Aku belajar menjadi diri aku apa adanya.  Kerana ku yakini bahawa.  Allah itu menjadikan kita tidak sama.  Dan kita sememangnya memiliki kelebihan dan kekurangan yang tidak serupa.
Kegagalan semalam telah menghancurkan impian.  Namun kerana kegagalan itulah aku mengikat suatu kesimpulan.  Bahawa tidak semua yang kita kehendakkan, akan berjaya berada di tangan.  Kegagalan itulah yang menjadi guru memberi pengajaran.
Menyedarkan aku bahawa walaupun kita merancang,  Jangan pernah lupa bahawa Allah juga merancang.  Dan perancangan Allah sememangnya jauh lebih hebat dan penuh hikmah kebaikan di setiap kejadian.
Kehilangan yang terjadi sememangnya menebuk lubang terdalam dihatiku.  Namun kerana kehilangan itu aku belajar sesuatu.  Bahawa setiap yang datang akan berlalu.  Tiada apa yang kekal di dunia ini kecuali Allah yang satu.  Lalu ku isikan pecahan-pecahan yang telah terjadi di hatiku.  Dengan cintanya Dia yang mengukuhkan kembali hatiku yang layu.

Dunia telah mengajarkan aku memilih untuk selalu berasa kecewa dan terluka, namun hanya dengan mengingati Allah sahajalah aku kembali menyedari dan redha.  Bahawa segalanya adalah ketentuanNya dan akhirnya akan belajar dari segenap peristiwa.