Saturday, 8 March 2014

Bahtera



S.A.H.A.B.A.T
Walau seindah mana pun bunga-bunga sakura berguguran sewaktu musim luruh, indah lagi persahabatan antara kita smua yg terlakar sepanjang perjalanan ini…mungkin antara kita tak nampak seperti sehati sejiwa (gurl vs boy)  namun degupan ukhuwah itu sentiasa terasa…biar kita tak selalu bersemuka tertawa ria namun kesan yg tinggal cukup berbekas melahirkn senyum tawa…kamu,aku,dia,dan kita semua punya kisah kita tersendiri..kisah-kisah yg lahir angkara gerangan semuanya kita yg punya banyak ragamnya..


Kata-kta ini pernah aku tujukan sewaktu masa dlu nmun aku hadirkn ia semula beserta sambunganya...




Semusim nan indah antara kita kini tiba ke pengerakhiran bukan.. pengakhiran kpda menghitungan hari demi hari yg x thu bagaimana ingin dilakarkn rasanya…sedihhh ke gembira… hurmm…kata orang penantian satu penyiksaan namun andai dilawankan dengan perpisahan satu kelukaan yg mna satu lebih kita pilih..?? namun hakikatnya penantian kita smua slama 3 tahun untuk merangkul sebuah sijil pengiktirafan ilmu kini tiba ke penghujungnya…




sesungguhnya…


Persahabtan memang sesuatu yg unik kerana disitu kita akan temui pelbagai kisah melalui pelangi suka duka dalam kehidupan..didalamnya terdapat tawa riang , kelukaan , kasih sayang, persengkataan , kesefahaman , kesabaran , keegoaan , pengorbanan , keikhlasan dan macam-macam jenis lagi…namun disebalik itu semua terdapat satu yg x dapat kita nafikan..iaitu kita semua adalah SAHABAT..





ini kerana bila sekali kita bersahabat kita akan terus bersahabat selamanya -lamanya… tidak kira andai sekarang kita semua satu hati dan mungkin suatu hari nanti kita antara kita sudah tak saling mengenali mahupun mengasih…ataupun ada dikalangan kita yg pergi menemui ilahi tapi ingatlah antara kita semua pernah ada kisah tersendiri…


siapa kita untuk menyalahkan mahupun dipersalahkan atas apa-apa yg bakal terjadi bukanlah apa yg ingin disampaikan namun apa yg tinggal antara kita itulah yg menjadi pengharapan dan merupakan sebuah kenangan…


Kalau dulu kita semua saling tidak mengenali… kamu dan aku terdapat pelbagai tangapan yg hinggap dihati kita tentang dia,dia dan dia…
namun setelah hari-hari yg kita lalui sepanjang tempoh ini dalam menempuhi saat suka duka ,  tawa riang dan susah payah bersama membuatkan kita sedar siapa kamu , aku , dia dan mereka semua sebenarnya …
mereka yg punyai sifat  garang yg disulami ke’humble lan , tegas yg disulami kemsraan , kesopanan yg disulami ketegasan , kematangan yg disulami kefahaman , keanakkan yg disulami keceriaan , ketabahan yg disulami kegembiraan , keriangan disulami keikhlasan dan lain-lain…





sesungguhnya tiada ucapan yg puitis dapat aku layarkan buatmu teman kerana aku bukannya sasterwan gah seperti mana farazdaq , dan lain-lain namun aku hanya insan lemah bergelar teman yg ingin berterima kasih atas persahabatan yg terbina ini…maafkan aku atas segala kekurangan diri ini yg mungkin ada menyakiti ,menguris ,mengasari kamu semua..semoga kita semua beroleh kejayaan yg kta impikan..bercerita tentang matlamat isinya x kan cukup untuk diluahkan namun aku sentiasa berdoa kpadanya..ya Allah permudahkanlah urusanku urusan sahabat-sahabatku sesungguhnya engkau maha mengetahui akan lemahnya kami, kau permudahkanlah segala urusan kami..kurniakanlah kpd kami kejayaan dunia akhirat dan rahmati kami selalu,disaat kami lalai terleka kau sedarkanlah kami,saat kami diuji olehmu kau kuatkanlah hati kami,saat kami terjatuh kau tabahkanlah hati kami, saat kami gembira redoilah kami,dan jdikanlah kami hambamu yg mendapat tempat disisimu selalu sesungguhnya kau Zat yg maha agung lagi maha mengasihani…aminnn Ya Allah..

TEMAN..
ANDAI HASSAN AL-BANNA kisah PERJUANGAN
ANDAI UMAR ABD AZIZ kisah PEMERINTAHAN
ANDAI BILAL BIN RABAH kisah KEHAMBAAN
MAKA,
KALIAN & AKU ADALAH kisah PERSAHABATAN

Akhir kalam ,x dilupakan.. buatmu sahabat syafaat b.salim biar dirimu dijemput ilahi dhulu sesungguhnya kenangan yg terlakar antra kita smua akan menjadi sebuah epilog yg sentiasa terukir indah disisi kmi sahabat2 mu di Bahtera UnisZa..
Al-fatihah...

edit : 24 feb 2015

sebuah memories...
last day last paper at unisza untuk diploma bahasa arab..23.3.2014


last kelas dgn Dr hakim..kelas terakhir sebelum final... 
take a pic with our lecterur a.k.a dokter cinta kami semua hehe.

time sem 3 dip...program 1 love 1 life 1live.. 

 official graduat..wlwpun x smua ad tpi senyuman still terukir..nice

pegi makan2 umah kawan(sakinah)..ada majlis..n we're invaited..hee 
  
pra-konvo kali1 dekat masjid putih atau nama femes dia masjid terapung..ok 123 senyum semua..

ni majlis sambutan hari raya bhtera kali 1 kite orang...

pra-konvo ke 2..ada jurukemera import datang..hee..sabo je dia lyn karenah kami semua...

pic lagi...senyum..free style..

ok..next..formal pulak...

ni pulak sem 1 kut asanya..first gambo together as bahterian..ngan tazah sekali.. 

last one...ex-konvo with ustazah latifah...last one posing gradution tuk diploma..

Friday, 28 February 2014

Aku dan mereka


Andai masa lalu mampu kita putarkan kembali untuk merubah segalanya,pasti ramai manusia sanggup berkorban deminya.Bahkan duit,harta dan pangkat sekalipun mungkin  bukan menjadi saingannya.Namun hakikatnya ia hanya sebuah angan-angan palsu yang tidak layak menari-nari dibenak fikiran kita kerana ia hakikat yang mustahil akan berlaku.Sebuah kenangan yang direntasi oleh masa juga nilainya tidak mampu di hitung kerana di dalamnya tersimpan sebuah dairi kehidupan kita dalam meniti usia sejak mula dan padanya tersisip seribu satu rahsia.

Namun..
 Masa yang berlalu biarkan ia pergi, semoga hari yang mendatang menjadi hari-hari yang lebih baik dari semalam dan sebelumnya.insyaallah.

Kini...

Kita mula mengatur langkah demi langkah menuju tempat yang ingin dituju...dalam usaha mengapai matlamat dihati.Adakalanya badai dan gelombang ombak muncul memukul dan membuatkan kita tersungkur rebah dan terluka..Namun perlahan- lahan kaki ini cuba menongkah untuk bangun kembali membina semula sebuah impian yang dimusnahkan..Namun tidak kurang juga pelangi indah suka suki  yang turut mewarnai liku- liku hidup ini sepanjang itu..Terima kasih Allah diatas segalanya..Sememangnya kami bersyukur sangat mempunyai peluang untuk merasai pengalaman demi pengalaman yang menjitukan diri..Dapat merasai susah senang makna sebuah kehidupan..Dapat merasai penat lelah dalam menempuh kejayaan..Walawpun mungkin apa yang telah kami lalui tidak sesukar mahupun sehebat orang lain untuk dibanggakn ataupun sebaliknya namun kita perlu memberi pengiktirafan pada diri kerana berpeluang menghadapinya..haha syabas wahai diri...

Namun yakinlah ini baru permulaan bagi segalanya sesungguhnya perjalanan kita masih lagi jauh yang mana aku pasti lebih banyak onak duri bakal kita harungi...Kerana itu lah makna sebuah K.E.H.I.D.U.P.A.N..iaitu sebuah medan kita berlumba- lumba mencari bekal untuk menuju ke negeri akhirat..yang mana dalam menuju ke perjalanan itu banyak yang perlu kita hadapi dan tempuhi..Biar berlainan matlamat dan visi namun yg utama ianya perlu brtunjangkn syariah..iaitu..Segalanya kembali kepada untuk meraih mardhotillah...Sesunguhnya aku ini hanyalah insan biasa yang tidak punya apa-apa yang istimewa disisi manusia namun punya cita-cita mendapat tempat disisi Allah biarpun hanya secebis..tapi rasa malu ini sentiasa melingkari diri apa kah saja usaha aku untuk meraih tempat itu sedangkan tiada usaha yang dapat dilihat untuk mengapai cita-cita tersebut...Tapi percayalah wahai diri biarkan diri mu sentiasa berusaha mencari,dan terus mencari untuk mengapai tempat itu kerana ia akan mmbuatkan kau sentiasa berusaha untuk memperolehinya..sesungguhnya Allah itu maha mengetahui apa yang kita tidak tahu...jadi keep it up..Biarkan apa sahaja pndangan orang kepasa kita let it go..yang pnting apa pandangan Allah kepada kita tu yang mesti let it up..make we the "someone" at his side..as our mission..

Sunday, 3 November 2013

Pemberian





Kawannnku…sedarkah kita semua dengan segala pemberian Allah kepada kita samaada dari segi  kepandaian , kekayaan , kecantikan mahupun yg lain-lain…sesungguh itu semua merupakan ketetapan Allah yg penuh dengan kerahsiaan yg tak kan pernah terjangkau oleh fikiran kita sehingga terzahir didepan mata kita hikmahnya….sebagai contoh dalam hidup ini kita diberi nikmat pancaindra yang serba lengkap tanpa ada cacat celanya wlwpun terdapat sebahagian daripada kita diuji dgn kecacatan namun apa yg membeza kan kita adalah hatie kta, pengalamn hidup kita,matlamat kita dan lain-lain lagi yg tidak nampak secara zahir… Oleh kerana ia sesuatu yg tersembunyi didalam diri…jujur aku katakan diantara kita tak banyak perbezaan dalam melalui liku-liku hidup ini kerana takkala aku menuntut dibangku sekolah kamu jua begitu , saat aku meningkat dewasa menuju ke menara gading kamu juga turut punya keinginan untuk kesana..jika dilihat secara kasar ia mungin ditafsirkan apa yang kamu lalui aku juga lalui..ya memang betul !! namun tak semua apa yg kamu lalui aku juga lalui…demikian  juga aku , tak semua yg aku lalui kamu turut lalui..sesungguhnya apa yg aku dapati melalui  perjalanan itulah  yg menjadikan diri aku sekarang..kamu??tepuk dada tanyalah diri…

....................


Namun aku bersyukur dikelilingi oleh sahabat-sahabat  dan saudara yang pelbagai karenahnya yang mana melalui mereka aku menafsir liku-liku mehnah hidup ini yg dilalui oleh sebahagian manusia…banyak yang aku pelajari dari setiap pengalaman-pengalaman suka-duka mereka dan dari situ jugalah terlihat olehku terang dan nyata tentang sikap manusia yang Allah nyatakan iaitu punyai banyak sangat kelemahan.. termasuklah diriku ini… iaitu insan yg sering terleka dan lalai...jika nak dibandingkan dengan akhlak rasulullah memang tak pernah tercapai oleh aku yg hina ini, sedangkan akhlak seorang anak yg soleh pun belum sepenuhnya aku penuhi bahkan sesuku pun belum rasanya…tapi aku sentiasa mencuba untuk menjadi yg terbaik buat mereka..alwaysss...

Namun hanya Allah sahaja yg tahu betapa diri ini sentiasa bergantung seribu mahupun berjuta-juta pengharapan kepadanya dalam melalui ranjau-ranjau kehidupan ini yg bagi aku adakalanya penat sangat untuk aku hadapi..takkala setiap hari terbuat dosa samaada sedar ataupun tidak, dan kelalaian yang aku insafi mahupun tidak..namun siapa kita untuk menyoal mengenainya kerana itulah kehidupan yg harus aku dan kamu tempuhi sebagai seorang hamba kepadanya kerana dalam hidup ini tiada siapa yangg sempurna melainkan kekasih Allah iaitu insan mulia bergelar Rasulullah…tapi itu semua akan terasa ringan takkala kita mengenal erti S.Y.U.K.U.R ...bersyukur kerana masih dipinjamkan nafas ini,bersyukur kerana kesihatan diri, bersyukur kerana nikmat iman dihati, bersyukur kerana masih ada peluang untuk bermuhasabah diri dan bersyukur atas segalanya yg diberikan buat diri kita yg lemah ini...jadi apalagi jommm belajarlah menghargai sebelum semua itu ditarik oleh ilahi.!!! 



Sunday, 6 October 2013

Nilai

Sedar atau tidak, pasti terkadang jiwa insani itu dihimpit naluri untuk bermegah-megah dengan setiap kelebihan yang dimiliki. Tatkala iman mula goyah, taqwa mula merapuh, nafsu merasuk nurani suci, lalu hati tunduk pada bisikan syaitan nan keji. Waktu itu, insani juga bisa terlupa bahawa tiap-tiap satu nikmat yang dikecapinya itu hadir hanya dengan izin Allah s.w.t. Lihatlah, betapa liciknya sang iblis! Sehinggakan, terkadang itu, di dalam jalan dakwah yang mulia ini, mampu terbitnya fitnah yang merugikan. Walhal, amal palsu menampakkan cerminan bahawa kita seolah-olah berada di atas jalan yang benar. Alangkah ruginya jika selama ini segala amal ibadah kita tidak diterima Khaliq! Maha Suci Allah yang tiap-tiap jiwa berada dalam genggamanNya! Kami mohon berlindung daripada melakukan amal yang sia-sia!


Apakah itu amal yang sia-sia?

Itulah amal yang didasari rasa 'ujub, riak dan takabbur. Bilamana landasan keikhlasan sudah mulai robek, diri lantas mendabik dada! Amal ibadah yang sepatutnya dilaksanakan berteraskan ketaatan kepada Ar-Rahman, mula mengintai pengiktirafan manusia lain. Harapan kepada pujian ramai mula berbunga-bunga. Saat ada pula yang lebih berjaya, hasad dengki mula mengambil tempatnya! Saat ada yang tersungkur, dia bersyukur! Betapa, manusia ini hamba yang hina dina. Waras akalnya tidak bersatu dengan kata hati, lalu pantas sahaja mendabik dada tanpa sedikit pun rasa malu. Betapa, dia hampir sahaja terlupa bahawa setiap denyut nadinya itu berada di bawah pengawalan Tuhan Yang Satu.

Pernahkah kita berfikir, sebaik sahaja usai solat fardhu yang kita lakukan; Adakah solatku ini diterima? Masih wujudkah lagi pandangan kasih Allah kepadaku? - Jika ya, teruskanlah istiqamah dengan pertanyaan-pertanyaan sebegini. "
Seburuk-buruk pencuri ialah orang yang mencuri di dalam solatnya. Para sahabat bertanya, siapakah orang itu? Maka Rasulullah s.a.w menjawab; orang yang tidak sempurna rukuk dan sujudnya" -H.R Ahmad. Mengapa penulis mengaitkan soal hina hamba dengan solat? Kerana, solat adalah asas dan merupakan tiang kepada agama seseorang muslim. Malah, amalan pertama yang akan ditanya di akhirat kelak juga merupakan solat fardhu seseorang hamba itu. Jika baik solatnya, maka baiklah seluruh amalannya dan begitulah sebaliknya. Justeru, marilah kita kembali menilai khabar iman dan amal kita. Adakah solat kita mampu mengawal diri daripada melakukan perkara keji dan mungkar seperti apa yang terkandung dalam kalamullah itu? Ikhlaskah kita dalam menunaikan solat, atau hanya atas dasar tidak tahan mendengar leteran ibu ayah? Atau hanya atas alasan amalan ikut-ikutan sahaja? Tanpa sekelumit pun rasa untuk berusaha mengkaji hikmah sebenar solat terhadap diri manusia? Barangkali juga ada di antara kita yang bersolat hanya kerana ingin menunjuk-nunjuk. Maha Suci Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Penerima taubat, ampunkanlah dosa kami dan terimalah taubat kami..

Kasih sayang Allah s.w.t meliputi seluruh kerajaan lagit dan bumiNya. Kerana itulah setiap makhluk yang bernyawa mendapat bahagian rezeki mereka masing-masing. Betapa hebatnya rencana Al-Manan dan betapa hinanya nilai seorang hamba! Masakan dengan sedikit tempias nikmat Allah itu dia bisa merasakan diri cukup sempurna? Mengaku diri dengan kemuliaan, mengangkat diri dengan ilmu pengetahuan yang masih cetek pada hakikatnya, memanjangkan mata pada keindahan dunia, dan menghambakan diri kepada nafsu yang menggila, semua ini sifat tercela yang harus dibuang jauh-jauh dengan hanya satu cara. Yakni penyucian nurani hati dengan hiasan sifat tawaddhuk dan semaikanlah rasa jiwa kehambaan kerana sesungguhnya manusia itu tiada daya dalam melawan kekuasaan Allah s.w.t. Ibnu Umar pernah meriwayatkan sebuah hadis, sabda Rasulullah s.a.w yang mulia;
" Sesungguhnya, hati ini boleh berkarat sebagaimana berkaratnya besi bila terkena air. Baginda ditanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana cara membersihkannya? " Rasulullah menjawab, "Perbanyakkanlah mengingati mati dan membaca Al-Quran"-(H.R Baihaqy)

Pertolongan yang tidak disangka-sangka

Tanpa kita ketahui, sebenarnya pertolongan Allah itu sering sahaja berlaku secara tiba-tiba dan tidak disangka-sangka. Bagi yang sentiasa meletakkan diri dalam keindahan tawakkal kepadaNya, saat pertolongan dan bantuan Allah itu lahir, jiwanya sentiasa dirundung rasa keinsafan. Lidahnya tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur sehinggakan air matanya turut sama menyatakan rasa terima kasih tidak terhingga kerana masih mendapat pandangan kasih Ar-Rahman. Lantas, amalnya diperhebat kerana dalam diri tersemat indah rasa kehambaan. Keimanannya bahawa dengan mengingati Allah dikala senang, pasti mendapat perhatian Allah di kala susah semakin menebal. Alangkah indahnya saat jiwa berada dalam dakapan iman!

Bagi jiwa yang sakit, pasti pertolongan yang hadir itu dirasakan dengan berkat usahanya sendiri dengan menafikan bahawa tiap-tiap yang berlaku itu hanya terjadi dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa. Inilah realiti kehidupan yang terjadi pada umat baginda rasul, Muhammad s.a.w yang diuji dengan pangkat dan harta kekayaan. Begitu juga dengan konteks pelajar yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Masih wujud sebilangan besar pelajar yang terlupa untuk mensyukuri nikmat kejayaan yang diberikan Tuhan kepada mereka. Mengapa hal ini terjadi, berbalik kepada jawapan yang sama. Kerana lunturnya rasa dan jiwa kehambaan.

Justeru, bagi orang-orang yang beriman, jangan pernah dirisaukan dengan perihal balasan Allah s.w.t kepada mereka. Sesungguhnya karunia Allah sangat luas. Masakan Allah tidak mengetahui penat lelah hamba-hambanYa yang soleh? Sehinggakan dunia dan seluruh isinya tidak layak diberikan sebagai ganjaran kepada mereka. Yang menanti pasti singgahsana nan indah di syurga kelak. Jangan pernah membiarkan penyakit ujub, riak dan takabbur merebak di hati. Juga jangan pernah menyesal andai segala apa yang kita kecapi tidak kita perolehi. Tiada satu makhluk pun yang bisa menandingi kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t. Pasti, bagi mereka yang terlibat di dalam jalan dakwah ini, persoalan mengenai himpitan-himpitan masalah menebal di benak fikiran. Barangkali pernah juga terlintas " Benarkah apa yang aku lakukan ini? Jika Allah meredhai apa yang aku lakukan, masakan aku diuji sebegini rupa?" Ingatlah, berjuang memang pahit! Kerana syurga itu manis. Masakan, jalanan perjuangan dihampar permaidani merah? Bersyukurlah bagi mereka yang diuji dengan kesusahan sedangkan ujian berupa kesenangan itu sememangnya lebih payah.


Jiwa Hamba

Semaikanlah jiwa hamba dan hindarkanlah diri dari mendabik dada dengan kemuliaan dan harta benda. Sucikanlah hati dengan memperbanyak amalan zikir dan bacaan Al-Quran kerana Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepada kita; di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi ibnu Abbas;
" Seseorang yang tidak ada sedikitpun Al-Quran di dalam hatinya adalah seperti rumah yang kosong," (H.R Tarmizi) Nauzubillahi minzaalik. Bagi mereka yang sedang merawat hati, jangan pernah khuatir dengan persoalan berupa " Mengapa semakin aku cuba merawat hati, semakin aku menemui kebuntuan, semakin aku menyedari kekotoran yang berlumut-lumut?" Inilah tanda bahawa hati itu sedang dirawat. Demikian jualah yang berlaku kepada tubuh badan kita saat para doktor menjalankan diagnosis. Jasad yang dirasakan sihat rupa-rupanya menghidap pelbagai penyakit-penyakit merbahaya. Oleh itu, nilailah kembali betapa kita ini sebenarnya mampu mengecapi nikmat kehidupan hanya dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa. Beristighfarlah dengan ibu segala istighfar andai pernah terdetik di dalam hati rasa 'ujub,riak dan takabbur. Mudah-mudahan redha Allah bersama kita..

Allahumma irhamna bil Quran, Waj'alhu lana imaman wa nuran wa hudan wa rahmah. Allahumma zakkirna minhuma nasina wa 'allimna minhuma jahilna, waj'al hulana hujjatan ya Rabbal'Alamin..

Ya Allah kasihanilah kami dengan Al-Quran, jadikanlah ia imam, cahaya dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami ketika lupa serta bimbinglah kami ketika kami tidak mengetahui serta jadikanlah Al-Quran itu hujjah bagi kami..




Penulisan yang baik bukan?Aku kongsikan kerana aku temui satu nilai yang sangat besar dalam penulisan ini..


Sunday, 23 June 2013

Metafora

malam ni malam nisfu syaaban..tiba-tiba tergerak rasa hati ni nak layan blog "genta rasa"(my favourite blog) kejap..dan Alhmdullah dari situ aku temui banyak solving solution untuk perbaiki diri dan juga jiwa. :)
antaranya..via GENTA RASA...

Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.
Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.





• Metafora air limau dan luka di tangan
Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.
Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.


• Inilah erti bahagia
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT AL QURAN DAN AS SUNAH:

1. Beriman dan beramal salih.
“Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97)
Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.

2. Banyak mengingat Allah .
Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)

3. Bersandar kepada Allah.
Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa. Allah berfirman:
“Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)

4. Sentiasa mencari peluang berbuat baik.
Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya:
“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)

5. Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.
Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula. Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)

6. Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:
“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”. Firman Allah:
“Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)

ZIKRULLAH YANG MEMBAWA BAHAGIA

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Zikrullah akan memberi ketenangan buat hati. Ketenangan hati itulah kebahagiaan sebenar. Tetapi kenapa ada orang yang berzikir tetapi hati tidak ataupun belum tenang?
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti.
Ingatlah, untuk menjaga kebersihan hati, (selalin berzikir) kita perlu menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.  Jadi berhati-hatilah menjaga hati kerana ia adalah punca ketenangan dan kebahagiaan diri!
Kita harus melatih hati kita supaya sentiasa berniat baik dan inginkan sesuatu yang baik. Sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperbanyak doa agar Allah SWT mengurniakan kita hati yang bersih dan selalu dekat dengan-Nya. Itulah beberapa hal yang mungkin dapat kita jadikan landasan untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia ini dan juga sebagai bekal untuk menghadapi kehidupan akhirat nanti.
Sebenarnya kebahagiaan hidup yang hakiki dan ketenangan hanya didapatkan dalam agama Islam yang mulia ini. Sehingga yang dapat hidup bahagia dalam erti yang sebenarnya hanyalah orang-orang yang berpegang teguh dengan agama.

Sunday, 31 March 2013

Terima Kasih



   


   Setiap bangun tidur dan membuka mata,yang terucap adalah kalimat syukur bahwa Allah masih mengizinkan diri ini kembali melihat fajar.Merasai hembusan angin bayu pagi yang menerebusi celah jendela dan menjumpai semua yang semalam terlihat sebelum mata terpejam masih seperti sedia kala, tidak ada yang berubah.

   Kemudian melangkahlah dengan iringan doa dan menuju arena perjuangan kehidupan,dengan tuntutan-Nya lah diri ini tak melangkah ke jalan yang salah,tak menjamah yang bukan hak,tak melihat yang dilarang,tak memamah yang tidak halal,tak mendengar yang batil,dan tak banyak melakukan hal yang sia-sia.Kerana setiap waktu yang terlewat pasti akan ditagih tanggunjawabnya.Lantaran semua jalan yang dilalui akan diminta kesaksiannya atas diri ini dan sebab seluruh indera ini akan diminta bicara tentang apa-apa yang pernah tercipta.

    Hari ini, masih ada lalai terbuat.Masih juga lengah sehingga khilaf tercipta.Mesti segunung peringatan pernah didengar,mulut ini masih terselit berucap dusta,saringan telinga ini tetap tak mampu membendung suara-suara yang lalaikan dan masih saja ada perbuatan yang salah.Setiap hari menangis, setiap hari meminta ampunan,setiap hari mencipta dosa,esok sibuk bersujud,meluluhkan air mata,menyusun kalimah doa,mengayam pinta smoga Allah menghapusnya,bahkan kadang2 terlupa.Padahal,bias saja sedetik kemudian diri ini tak lagi sempat memohon ampunan.Lupakah bahawa waktu sangat cepat berlalu.Lupakah pula bahawa menyesal di akhirat hanyalah kesiaan yang nyata?

   Bagaimana jika hari esok tak pernah datang, padahal baru saja seharian ini berenang di lautan dosa,padahal belum sempat menghapus noda hari ini , kelmarin,seminggu yang lalu,setahun lalu dan bertahun-tahun yang lalu.Bagaimana jika Allah tak berkenan membukakan mata diri ini setelah sepanjang malam terlelap? Bagaimana jika perjumpaan dan riang ria kita bersama keluarga semalam adalah yang terakhir kalinya,ketika esok harinya ruh ini melihat seluruh keluarga menangisi jasad ini yang terbujur kaku berkafan putih..

   Bagaimana jika matahari esok terbit dari barat, tak seperti biasanya dari timur? Padahal hari ini lupa menyebut nama-Nya.Padahal di hari ini,belum sempat mengunjungi satu persatu keluarga,kerabat,sahabat,tetangga dan orang-orang yang pernah tersakiti oleh lidah dan tindakan kita.Sudah terlalu lama tak mencium tangan kedua orang tua mencari keredhaannya,walau tak terhitung salah diri.Belum lagi sempat berderma,setelah derma kecil beberapa tahun lalu yang sering kita banggakan.

   Dan jika memang esok tak pernah datang.Sungguh kasihan diri ini.Benar-benar kasihan, bila belum sempat mencuci dosa sepanjang hidup,bila belum mendengar ungkapan maaf dari orang-orang yang pernah terzalimi,bila belum menyisihkan harta yang menjadi hak orang lain,bila belum sempat meminta ampun atas segala salah dan khilafnya yamg tercipta.
Maka saat pagi Allah masih memperkenalkan diri menikmati fajar ,mulaikan hari dengan kalimat..

“Terima Kasih Allah”
“Terima Kasih Allah”
“Terima Kasih Allah”

Semoga kita semua beroleh keampunan dari ilahi atas segala kesilapan dan kejahilan kita sepanjang hidup bernama manusia..
Wallahualam

Saturday, 9 March 2013

Jiwa




Pertolongan yang tidak disangka-sangka

Tanpa kita ketahui, sebenarnya pertolongan Allah itu sering sahaja berlaku secara tiba-tiba dan tidak disangka-sangka. Bagi yang sentiasa meletakkan diri dalam keindahan tawakkal kepadaNya, saat pertolongan dan bantuan Allah itu lahir, jiwanya sentiasa dirundung rasa keinsafan. Lidahnya tidak henti-henti mengucapkan rasa syukur sehinggakan air matanya turut sama menyatakan rasa terima kasih tidak terhingga kerana masih mendapat pandangan kasih Ar-Rahman. Lantas, amalnya diperhebat kerana dalam diri tersemat indah rasa kehambaan. Keimanannya bahawa dengan mengingati Allah dikala senang, pasti mendapat perhatian Allah di kala susah semakin menebal. Alangkah indahnya saat jiwa berada dalam dakapan iman!

Bagi jiwa yang sakit, pasti pertolongan yang hadir itu dirasakan dengan berkat usahanya sendiri dengan menafikan bahawa tiap-tiap yang berlaku itu hanya terjadi dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa. Inilah realiti kehidupan yang terjadi pada umat baginda rasul, Muhammad s.a.w yang diuji dengan pangkat dan harta kekayaan. Begitu juga dengan konteks pelajar yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Masih wujud sebilangan besar pelajar yang terlupa untuk mensyukuri nikmat kejayaan yang diberikan Tuhan kepada mereka. Mengapa hal ini terjadi, berbalik kepada jawapan yang sama. Kerana lunturnya rasa dan jiwa kehambaan.

Justeru, bagi orang-orang yang beriman, jangan pernah dirisaukan dengan perihal balasan Allah s.w.t kepada mereka. Sesungguhnya karunia Allah sangat luas. Masakan Allah tidak mengetahui penat lelah hamba-hambanYa yang soleh? Sehinggakan dunia dan seluruh isinya tidak layak diberikan sebagai ganjaran kepada mereka. Yang menanti pasti singgahsana nan indah di syurga kelak. Jangan pernah membiarkan penyakit ujub, riak dan takabbur merebak di hati. Juga jangan pernah menyesal andai segala apa yang kita kecapi tidak kita perolehi. Tiada satu makhluk pun yang bisa menandingi kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t. Pasti, bagi mereka yang terlibat di dalam jalan dakwah ini, persoalan mengenai himpitan-himpitan masalah menebal di benak fikiran. Barangkali pernah juga terlintas " Benarkah apa yang aku lakukan ini? Jika Allah meredhai apa yang aku lakukan, masakan aku diuji sebegini rupa?" Ingatlah, berjuang memang pahit! Kerana syurga itu manis. Masakan, jalanan perjuangan dihampar permaidani merah? Bersyukurlah bagi mereka yang diuji dengan kesusahan sedangkan ujian berupa kesenangan itu sememangnya lebih payah.


Jiwa Hamba

Semaikanlah jiwa hamba dan hindarkanlah diri dari mendabik dada dengan kemuliaan dan harta benda. Sucikanlah hati dengan memperbanyak amalan zikir dan bacaan Al-Quran kerana Rasulullah s.a.w pernah berpesan kepada kita; di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi ibnu Abbas;
" Seseorang yang tidak ada sedikitpun Al-Quran di dalam hatinya adalah seperti rumah yang kosong," (H.R Tarmizi) Nauzubillahi minzaalik. Bagi mereka yang sedang merawat hati, jangan pernah khuatir dengan persoalan berupa " Mengapa semakin aku cuba merawat hati, semakin aku menemui kebuntuan, semakin aku menyedari kekotoran yang berlumut-lumut?" Inilah tanda bahawa hati itu sedang dirawat. Demikian jualah yang berlaku kepada tubuh badan kita saat para doktor menjalankan diagnosis. Jasad yang dirasakan sihat rupa-rupanya menghidap pelbagai penyakit-penyakit merbahaya. Oleh itu, nilailah kembali betapa kita ini sebenarnya mampu mengecapi nikmat kehidupan hanya dengan izin Dia Yang Maha Berkuasa. Beristighfarlah dengan ibu segala istighfar andai pernah terdetik di dalam hati rasa 'ujub,riak dan takabbur. Mudah-mudahan redha Allah bersama kita..

Allahumma irhamna bil Quran, Waj'alhu lana imaman wa nuran wa hudan wa rahmah. Allahumma zakkirna minhuma nasina wa 'allimna minhuma jahilna, waj'al hulana hujjatan ya Rabbal'Alamin..

Ya Allah kasihanilah kami dengan Al-Quran, jadikanlah ia imam, cahaya dan rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami ketika lupa serta bimbinglah kami ketika kami tidak mengetahui serta jadikanlah Al-Quran itu hujjah bagi kami..