Thursday, 6 November 2014

menjatuhkan

بين الأمس واليوم
ANTARA SEMALAM DAN HARI INI.
oleh:
Imam As-syahid Hassan Al-Banna
BAB-3 FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHANCURKAN NEGARA ISLAM.

Di dalam kekuatan hebat dan tanah yang meluas ini, faktor-faktor merungkai mula meresap ke
dalam kehidupan umat al Quran ini. Faktor ini membesar dan berkembang sedikit demi sedikit
sehingga akhirnya telah merobek Daulah Islam ini dengan hancurnya pusat kerajaan Islam pada
kurun ke 6 Hijrah di tangan Tartar. Sekali lagi ianya berlaku pada kurun 14 Hijrah (Kejatuhan
Khalifah Othmaniah). Peristiwa ini meninggalkan kesan yang amat buruk. Umat Islam
bertaburan dan negara Islam menjadi negeri-negeri kecil.

Faktor-faktor yang menjadikan demikian:

i) Perpecahan politik, asabiyyah (fanatik), berebut pangkat dan kepemimpinan. Sedangkan Islam telah
memberi amaran keras dalam masalah ini. Islam telah mengingatkan supaya menjauhkan diri
dari kepimpinan. Islam berulang kali menarik perhatian umatnya bahawa inilah faktor yang
merosak dan menghancurkan mana-mana rakyat dan negara. Allah berfirman, maksudnya;
"…dan janganlan kamu bertelagah, nescaya kamu akan gagal dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah,
sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" (al Anfal :46). Disamping itu Islam juga sangat
berpesan supaya ikhlas kerana Allah semata-mata dalam percakapan, perbuatan dan hindarkan
dari suka kemasyhuran dan pujian.

ii) Perbezaan pandangan dalam agama dan mazhab, menyeleweng dari agama yang sepatutnya aqidah dan
amalan tetapi bertukar menjadi cakap-cakap dan istilah kaku yang mati. Kecuaian terhadap kitab Allah,
sunnah Rasulullah saw, jumud dan fanatik terhadap pendapat dan kata-kata seseorang, suka bertengkar
dan berdebat sedangkan semua perkara ini ditegah oleh Islam. Rasulullah saw bersabda,
maksudnya "Tidak sesat sesuatu kaum itu selepas mereka mendapat hidayat kecuali oleh kerana
mereka suka bertengkar".

iii) Tenggelam dalam pelbagai kemewahan dan kenikmatan, suka berhiburan dan keseronokan. Ianya
berlaku begitu dahsyat pada pemerintah-pemerintah Islam lebih dari apa yang berlaku kepada
pemerintah bukan Islam. Padahal mereka telah membaca firman Allah, maksudnya; "Dan jika
kami hendak membinasakan negeri, maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di
negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu. Maka sudah
sepatutnya berlaku terhadapnya ketentuan kami dan kemudian kami hancurkan negeri itu sehancurhancurnya".
(al Isra':16)

iv) Peralihan kuasa dan pimpinan kepada bukan Arab; samada kepada Farsi, Dailam (suku Kurd),
Mamalik, Turki dll. Kebanyakan mereka ini tidak pernah merasa kemanisan Islam yang sebenar.
Hati-hati mereka tidak dapat disinari oleh cahaya al Quran disebabkan kesukaran memahami
maksud-maksudnya. Sedangkan mereka telah membaca firman Allah, maksudnya, "Hai orang-orang
yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaan mu orang-orang yang di luar
kalangan mu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagi mu. Mereka
menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang
disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepada mu ayatayat
(Kami) jika kamu mahu memahaminya". (Al Imran :118)

v) Mengabaikan ilmu-ilmu teknologi dan sains sebaliknya menghabiskan masa dengan teori falsafah dan
ilmu-ilmu khayal yang mandul. Sedangkan Islam mengesa mereka supaya mengkaji, menyelidik
segala rahsia-rahsia kejadian, meneroka di muka bumi dan berfikir tentang makhluk Allah
sebagaimana firman Allah, maksudnya; "Katakanlah, perhatikanlah apa yang ada di langit dan bumi".
(Yunus:101).

vi) Sikap pemerintah yang tertipu dengan kekuatan sendiri dan cuai untuk mengkaji perkembangan
masyarakat lain sehingga mereka ketinggalan dalam persiapan dan persediaan yang mana akhirnya
mereka telah di cakup sekali gus. Al Quran telah memerintahkan mereka supaya sentiasa
berwaspada dan jangan lalai. Ia mensifatkan orang-orang yang lalai dan cuai tak ubah seperti
binatang bahkan lebih sesat dari itu. Firman Allah, maksudnya; "Dan sesungguhnya Kami jadikan
untuk (isi neraka jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak di
pergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak di
pergunakannnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi)
tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat- ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan
mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang- orang yang lalai" (al-A'raf:179).

vii) Terpedaya dengan tipu muslihat musuh yang manis di bibir. Mereka merasa kagum dengan cara kerja
dan kemewahan hidup kufar musuh. Mereka terburu-buru meniru kufar tanpa mengira baik buruk.
Sedangkan al-Quran sangat menegah muslimin dari meniru atau menyerupai kufar. Al-Quran
terus terang memerintah supaya tidak menyerupai kufar dan perlunya memelihara ciri-ciri
identiti Islam. Firman Allah, maksudnya; "Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti
sebahagian dari orang-orang yang al Kitab nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir
sesudah kamu beriman" (aL-Imran:100). Di ayat yang lain, maksudnya; "Hai orang-orang yang
beriman, jika kamu taati orang-orang itu nescaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada
kekafiran) lalu kamu menjadi orang yang rugi" (aL-Imran:149).

syiar-syiar

بين الأمس واليوم
ANTARA SEMALAM DAN HARI INI.
oleh:
Imam As-syahid Hassan Al-Banna
BAB-2 SYIAR-SYIAR PRAKTIK BAGI SISTEM INI.

Sistem al Quran ini berbeza dengan segala sistem dan teori-teori falsafah ciptaan manusia. Ia
tidak membiarkan segala dasar dan ajaranNya tinggal sebagai teori sahaja dalam diri manusia
atau juga tidak sebagai pendapat-pendapat dalam buku-buku atau sebagai kata-kata di bibir
mulut sahaja.

Dasar Islam disyariatkan untuk ditumpu, diperkukuh dan dimanfaatkan kesan dan hasilnya
sebagai interpretasi yang praktik. Umat yang beriman dan mempercayainya mesti bersungguhsungguh
melaksanakan kerja ini. Ianya hendaklah dianggap sebagai suatu kefardhuan dan
mereka yang meremeh-remehkannya tidak boleh dipandang ringan. Orang yang
melaksanakannya akan diberi pahala dan mereka yang meninggalkannya akan dibalas dengan
balasan yang mungkin boleh mengeluarkan mereka dari masyarakat Islam.
Di antara tanggungjawab penting dalam sistem ini yang dijadikan sebagai satu tembok untuk
pemusatan prinsip-prinsipnya ialah:

1. Sembahyang, zikir, taubat, istighfar dsbnya.
2. Puasa, menjaga diri, beringat dari boros.
3. Zakat, sedekah dan berbelanja di jalan kebaikan.
4. Haji, melancung, mengembara, menyelidik dan memerhati kerajaan Allah.
5. Berusaha, bekerja dan menjauhi dari meminta.
6. Jihad, berjuang, menyediakan pejuang dan menjaga keluarga pejuang serta kebaikan mereka
di kala mereka berjauhan.
7. Amar ma'ruf dan memberi nasihat.
8. Mencegah dari yang mungkar, pemulauan orang ramai terhadapnya dan orang-orang yang
melakukannya.
9. Menambah ilmu pengetahuan setiap muslim dan muslimat dalam berbagai bidang hidup
yang sesuai untuk mereka.
10. Baik pergaulan dan berakhlak dengan akhlak yang baik.
11. Sentiasa menjaga keselamatan tubuh dan memelihara pancaindera.
12. Ikatan yang baik di antara pemerintah dengan rakyat dengan menjaga dan taat.

Setiap Muslim dituntut mempraktikkan kewajipan ini dan memperjuangkannya sebagaimana ia
telah di terangkan oleh sistem al Quran. Setiap Muslim jangan sekali-kali mencuaikannya walau
satu daripadanya. Kesemua kewajipan ini telah disebutkan di dalam al Quran. Segala amalan
Nabi saw dan para sahabat menerangkan pelaksanaan ini dengan jelas dan terang. Tiap-tiap
amal tersebut mengukuh dan tertumpu kepada prinsip-prinsip sistem Islam yang kesemuanya
memberi faedah kepada seluruh manusia.

memperbaiki


بين الأمس واليوم
ANTARA SEMALAM DAN HARI INI.
oleh:
Imam As-syahid Hassan Al-Banna

BAB -1 MANHAJ AL-QURAN DALAM MEMPERBAIKI MASYARAKAT.

Al Quran adalah penghimpun segala cara untuk membaiki masyarakat. Ia telah diturunkan ke
atas Nabi saw. Ianya dibacakan kepada orang-orang mukmin dari masa ke semasa menurut
keadaan, suasana dan sempena.
Firman Allah, maksudnya
.
"Demikianlah supaya kami perkuat hati mu denganNya dan Kami (menurunkanNya) dan
membacakanNya kelompok demi kelompok. Tidaklah orang-orang kafir itu datang kepadamu (membawa
sesuatu yang ganjil) melainkan Kami datangkan kepada mu suatu yang benar dan yang paling baik
penjelasannya".
(al Furqaan:32-33).

Apabila sempurna wahyu itu diturunkan dan dipelihara di setiap dada dan pada mashaf-mashaf
dalam masa lebih kurang dua puluh dua tahun, Allah telah kumpulkan di dalamnya penjelasan
tiap-tiap perkara untuk umat ini. Dasar-dasar pembaikian dan pengislahan masyarakat yang
sempurna yang didatangkan oleh al Quran itu berlegar dibawah qaidah-qaidah ini:

1) Ketuhanan (Rabbaniah).
2) Ketinggian jiwa manusia.
3) Peneguhan aqidah terhadap adanya pembalasan.
4) Pengisytiharan persaudaran di kalangan manusia.
5) Membangunkan seluruh laki-laki dan wanita serta pengisytiharan tanggungjawab dan
persamaan di antara keduanya serta penentuan tugas masing- masing secara detail.
6) Jaminan untuk masyarakat dengan penetapkan hak-hak kehidupan, pemilikan, kerja,
kesihatan, kebebasan, pelajaran, keselamatan individu dan penentuan sumber laba.
7) Memelihara dua kehendak semulajadi; keinginan memelihara jiwa dan memelihara
keturunan dengan mengatur keinginan perut dan seks.
8) Keras dan kesungguhan dalam memerangi jenayah-jenayah berat.
9) Menguatkan kesatuan umat ini menghapuskan seluruh unsur-unsur dan sebab yang
membawa perpecahan umat.
10) Mewajibkan umat supaya berjihad dalam menegakkan prinsip-prinsip kebenaran yang
didatangkan oleh sistem ini.
11) Menjadikan negara sebagai wakil kepada fikrah Islam dan negara bertanggungjawab
melindunginya. Negara juga bertanggungjawab untuk melaksanakan matlamatnya dalam
masyarakat yang khusus(Negara Islam) dan menyampaikan fikrah ini kepada seluruh
manusia.

Saturday, 25 October 2014

Biarkan

Tidak kita disayangi melainkan kita belajar menyanyangi terdahulu..satu sifat yang selalu ada dalam diri kita ini adalah satu sifat bernama ego..sifat ego inilah yang selalunya menghalang lafaz sayang dilafazkan pada tempatnya dek kerana terlalu takut akan sesuatu yang tidak pasti hujung pangkal sebabnya telah menyebabkan lafaz itu terkubur sehinggakan ada sampai tidak terlafaz hingga ada insan yg terlambat untuk menyatakannya..


janganlah kita tergolong dalam golongan yg kedekut dalam memberi kasih sayang..bayangkan orang yang kita sayangi itu pergi sebelum tahu bahawa kita menyayanginya..terutama mak ayah lakukanlah sehingga mereka tahu dan yakin betapa kita menyayangi mereka kerana saat mereka pergi dan kita tak sempat mengambarkan betapa kita menghargai mereka...pasti tiada rasa yang muncul melainkan beribu bahkan berjuta sesalan yang tidak dapat dizahirkan betapa peritnya untuk ditangung...

 percayalah naluri semua manusia bahkan haiwan sendiri mahu dikasihi dan disayangi..
kerana ianya mengambarkan betapa kita kehadiran kita dihargai dan dirasai bukan seperti patung yang mana sedar atau tidak sahaja kehadirannya..saat kita sedar betapa pentingnya nilai kasih sayang itu dalam sesebuah perhubungan kita pasti menyesal kerana  tidak melakukannya semenjak dari dulu..sayangnya kita kepada mak ayah,adik beradik,sahabat,suami isteri ,pemimpin kita ,negara kita, guru-guru,para sahabat ,junjungan besar nabi muhammad s.a.w dan terutamanya kasih sayang kita kepada Allah s.w.t..kerana nikmat rasa disayangi amatlah manis sehingga mampu mengilangkan segala kesusahan yang bersarang dihati...adakalanya kita tidak sedar yang kita sering kali nak diberi perhatian tanpa memikirkan rasa dan perasaan orang lain yang mana mereka juga menusia biasa seperti kita yang perlukan perhatian seperti mana kita mahukan..namun sedikit sekali kesedaran dalam diri kita mengenainya sehinggakan kita menghampakan secebis rasa yang ingin dihargai dek kerana sikap pentingkan diri dalam diri kita...




sesetengah orang berbeza caranya dia menzahirkan rasa sayang namun bagaimana pun cara kita menzahirkan rasa itu cuba pastikan orang tahu kita sayang pada mereka...yang penting..sayanglah mereka kerana Allah iaitu sayang yang membawa orang yang kita sayang menuju keredoan-Nya..dan jujur aku bukan termasuk insan-insan yang pandai menzahirkan rasa sayang namun aku sentiasa berdoa kepada-Nya agar dia hadirkan rasa itu kepada mereka-mereka yang aku sayang didalam hati mereka..
that i love them always..

Friday, 10 October 2014

Husnul khatimah

Mimpi-mimpiku malam itu bukan sekadar mimpi biasa...kerana disebaliknya terselit satu petanda... 
Mereka insan terpilih...yang dipilih oleh Allah dikalangan kita-kita semua..Sesungguhnya untuk mendapat tempat disisinya bukannya mudah namun ianya juga bukannya susah, kerana kita mempunyai pilihan samaada mahu dipilih ataupun tidak.Bak kata orang dimana ada kemahuan disitu ada jalan...betul tak??...Sudah menjadi suatu lumrah dalam kehidupan sentiasa ingin mendapat apa yang dihajati dan jika ianya berhasil ia seolah-olah satu kemenangan, kejayaan dan satu kepuasan yang tiada tandingan..Dan aku rasa mereka-mereka ini insan yang berjaya itu... kerana terlihat antara tanda-tanda kejayaan itu disaat pemergian mereka...mewangi haruman jasadnya biarpun tanpa sebarang pewangi mengiringi, mengalir air-air jernih dihidungnya ada ketikanya, bahkan jasadnya seolah-olah seorang insan yang sedang dalam tidur keletihan walawpun hampir sehari tiada namun jasadnya masih berasa panas dan lembut..Namun, hakikatnya untuk berjaya bukan mudah kerana ada usaha dan kegigihan yang ditagih, serta ada pengorbanan yang harus dilakukan...pasti meraka telah melalui semua itu untuk menjadi orang yang terpilih,  kerana rasa perasaan menjadi insan terpilih itu gembiranya tidak ada gambaran dapat dilakarkan..kerana ianya satu pilihan terakhir bagi segala pilihan kerana selepas itu tiada lagi istilah terpilih dan dipilih kerana itu yang terakhir...kenapa terakhir?...kerana Allah lebih sayangkan mereka...kenapa terpilih?...kerana termasuk dalam kalangan yang meninggal dalam husnul khatimah insyaallah...Mengenali mereka ini aku belajar dan memahami beberapa perkara dalam kehidupan..dimana kehadiran mereka sentiasa memberi pengajaran..dan pemergian mereka sangat meninggalkan kesan..Aku bersyukur  kerana termasuk antara insan yang mengenali mereka...Ya sangat bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk mengenali dan mengambil pengajaran dari hambanya yang terpilih ini kerana mereka insan - insan istimewa yang mempunyai akhlak dan peribadi yang mulia...mungkin kerana ingin mingingatkan aku hamba-Nya yg lemah lagi hina ini..sesungguhnya bukan aku seorang yang merasainya namun diakui oleh semua yang mengenali mereka....bagi aku, sekalipun mereka- mereka ini jauh dari penglihatan aku namun hakikatnya mereka sentiasa dekat dan sentiasa ada dalam ingatan aku....




Mengharap dan berdoa akan memperoleh kejayaan itu merupakan satu matlamat mahupun cita-cita tertinggi setiap insan termasuk aku kerana tiada apa yang lebih bermakna melainkan menemui pengakhiran dalam keadaan baik, husnul khatimah dan penuh keredoaan daripada diri-Nya....Allahummaamin...
dan..
Percayalah sesungguhnya Allah sentiasa ada disisi kita..dan sentiasa ada untuk diri kita...
maka rebutlah kasih sayang-Nya itu...

Tuesday, 30 September 2014

tenang

Sebuah ketenangan merupakan salah satu nikmat Allah yang paling bernilai buat diri kita dan perlu kita hargai, kerana dari situ titik punca kepada semua perkara(hampir..)


....kerana saat ketenangan itu hilang jiwa kita seolah-olah berada dalam kekucaran, minda juga menjadi seakan-akan hilang fungsinya seketika..kerana apabila ketenangan diragut segala konsentrasi juga turut berada dalam keadaan getting low..percayalah.. masih segar diingatan aku, saat aku ditanya oleh seorang senior aku time dekat maahad dahulu apakah yang aku faham tanda redo Allah terhadap diri kita..jawab aku sambil tersenyum.. hati tenang apabila kita melakukan sesuatu itu..tertawa mereka mendengar jawapan aku ketika itu..tapi jujur aku katakan sebenarnya aku merasai keredoaan-Nya itu saat aku melakukan sesuatu dan aku berasa tenangnya dengannya , maka aku rasakan Dia ada bersama aku saat aku melakukan perkara tersebut..jika muncul perasaan yang kurang enak aku yakin pasti ada sesuatu yang telah aku lakukan itu salah... kerena itulah disetiap doaku dahulu kini dan sentiasa akan ada kalimah ini yang meniti dibibir ini takkala insan kerdil ini menghadap Sang Penciptanya ..Ya Allah disaat aku lalai terleka kau sentuhlah hatiku sedarkanlah aku selalu janganlah kau tinggalkn aku... kerana aku sangat takut di tinggalkan sendirian, aku sangat takut kau jauh daripada aku, sebab perasaan itu sangat sakit , dan sangat perit untuk dihadapi ..diri dan hati jadi kosong sekosongnya...biar sekalipun aku punyai segala-galanya disekelililng...namun tidak akan pernah mampu menandingi kasih sayang-Mu terhadap aku...dan percayalah jaga hubungan kita dengan sesama manusia, terutamanya dengan mak ayah  dan juga hubungan kita dengan-Nya sebaikknya, ketenangan itu akan sentiasa akan muncul...dan ketahuilah , sesungguhnya mak ayah itu insan yang penuh dengan karamah buat kita semua..

#sayang mama abah...

Tuesday, 29 April 2014

syuhada


Terinspirasi dari catatan buku nota ahmad ammar:

Sesungguhnya aku bukan orang hebat,bahkan jauh lagi ingin sampai ke tahap itu..atau mungkin tak kan tergapai diri ini untuk menjadi seperti demikian..namun apa yg aku fahami dengan hebat itu..hebat bagi aku adalah seseorang yg dirinya mengapai  kejayaan setelah bersusah payah demi hal tersebut..hebat lagi jika kejayaan itu, dalam usaha memperjuangkan Agama Allah dan seangkatan dengannya..bila mendengar kata2 perjuangan sahabat ini hatiku berkobar-kobar turut merasainya..alhamdulillah Allah masih pinjamkan nikmat kesedaran dalam diri aku yg lemah ini…walawpun tiada dayaku untuk bangun segagah beliau dalam perjuangan ini..namun aku juga punya keinginan…


Tuhan,
Ketika aku ucap aku cinta padamu
Biarlah kukatakn kpadanya yg hatinya tertaut pada-Mu
Agar aku x jatuh dalam cinta yg bukan kerana-Mu
Sebagaimana org bijak berucap
Mencintai sesorang bukanlah apa-apa
Dicintai seseorang adalah sesuatu
Dicintai oleh orang yg kau cintai sangatlah beerti
Tpi Dicintai oleh Sang Pencinta adalah segalanya….

Sabda nabi: keajaiban bagi seorang muslim dalam urusannya,sesungguhnya semua urusanya adalah baik belaka.ini hanyalah utk mukmin sahaja .jika berada di dalam kegembiraan dia bersyukur, jika ditimpa musibah dia bersabar..

Dan..
Akan ditanya diakhirat nanti oleh Rabbul jalil tentang masa mudamu dan masa sihatmu,ke mana telah anda gunakan.jangan diminta peluang kedua dripada Allah kerana peluang telah diberikan.Inilah masanya….

Iaitu,kamu beriman kpda Allah dan Rasulnya serta kamu berjuang membela dan menegakkn agama Allah dengan harta benda dan diri kamu sendiri yg demikian itulah yg lebih baik bgi kmu,jika kmu hendak mengetahui (hakikat yg sebenar) …surah as-saff:10-11



Perbezaan antara org yg gagal dan Berjaya:

Seorang yg Berjaya sentiasa ad kerja yg nk buat,
seorang yg gagal sentiasa ada alasan yg diberi,
Seorang yg Berjaya sentiasa berkata”biar saya buat kerja ini utk awk,
seorang yg gagal sentiasa berkta”ini bukan kerja aku…
Seorang yg berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap masalah,
seorang yg yg gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan..
Seorang yg Berjaya berkata”perkara ni susah,tpi x mustahil dilakukan’,
seorang yg gagal berkata”perkara ni x mustahil dilakukan tpi ia terlalu susah”
Seorang yg Berjaya melakukan kesilapan akan berkta “aku dah silap”
Seorang yg gagal melakukan kesilapan akan berkta “ini bukan silap aku’
Seorang yg Berjaya sentiasa memberikan komitmen,
Seorang yg gagal sentiasa memberikan janji-janji,
Seorang yg Berjaya menyimpan azam & cita-cita,
Seorang yg gagal menyimpan angan2 tanpa usaha,
Seorang yg Berjaya berkata’aku mesti lakukan sesuatu”
Seorang yg gagal berkata “sesuatu mesti dilakukan..,
Seorang yg Berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah,
Seorang yg gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang,
Seorang yg Berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi,
Seorang yg gagal membiarkan sesuatu terjadi,
Seorang yg berjaya belajar dripda kegagalannya,
Seorang yg gagal hnya meratapi kegagalannya,
Seorang yg Berjaya menyaksikan keceriaan,
Seorang yg gagal menyaksikan kesedihan,

Sesungguhnya…

Ada 4 hal yg dapat mengangkat seseorang kpda darjat yg tinggi,walawpun amal dan ibadahnya sedikit..iaitu sifat-sifat penyantun,merendah diri,pemurah dan budi pekerti yg baik…itulah kesempurnaan iman    
(..abul qasim al-junaid..)

Fikirlah apa lagi yg perlu dilakukan kerana hidup ini terlalu suntuk…dan hanya bekalan yg cukup serta rahmat Allah boleh memberi kita jaminan untuk kehidupan yg satu lagi…

Dan ingat…
Hiduplah sesuka hatimu,sesungguhnya kamu pasti mati..cintai siapa saja yang kamu senangi,sesungguhnya kmu psti akn berpisah dengannya..lakukan apa saja yang kmu kehendaki,sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya..dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan…
(ibnu Abbas)


WHEN VISION IS CLEAR THE ACTION BECOME EASIER