Thursday 26 January 2012

5 syarat

dikongsikan daripada blog mmpg...


Demikian pesan Nabi kita.
Kenapa ye?
Kita sangat terkesan dengan cara hidup siapa yang menjadi pendamping kita.
Kita selalu cuba untuk memenuhi kepuasannya agar diri kita diterima sebagai kawannya.
Maka,
Carilah kawan baik yang cara hidupnya selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah.
Carilah kawan baik yang kepuasan hidupnya diletakkan dengan memuaskan kehendak Allah.
Nak cari di mana?
Hmm, memang susah nak cari.
Mudahnya, kita jadilah kawan yang terbaik untuk siapa sahaja yang hadir sebagai 'kawan' dalam hidup kita.
Sayangi mereka. Tunjukkan mereka contoh terbaik. Disebabkan mereka 'istimewa'lah, Allah jumpakan kita dengan mereka. Jom, hargai kawan-kawan di sekeliling kita hari ini juga.
Bagaimana menghargai?
Oh! Anda jauh lebih kreatif daripada saya. Jika tiada kreativiti, mintalah idea daripada Allah yang Maha Kreatif, sumber inovasi kita semua. Serulah nama-nama-Nya yang kreatif, Ya Kholiq, Ya Musowwir, Ya Badi'.
Terasa kreativiti-Nya sangat dekat, kan?
Kalau kawan tu tak beragama, macam mana?
Berkawanlah dengan sesiapa sahaja. Namun untuk mengangkat seseorang sebagai 'kawan baik', perhatikanlah sungguh-sungguh agamanya.
Apa kata ulama yang kita sayangi?



- sekadar gambar hiasan-


Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan: “Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.” Syarat-syaratnya ialah:
1. Orang yang berakal: Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.
2. Baik dari segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.
3. Orang yang soleh: Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.
4. Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia: Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.
5. Orang yang benar perkataannya: Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.

Thursday 12 January 2012

Tarbiyah





Paket tarbiyah Islamiyah adalah bahan yang menjelaskanpentingnya tarbiyah dan tujuan tarbiyah yang sebenarnya. Setelah mengetahui proses takwinul ummah dan bagaimana ikatan ukhuwah sebagai kekuatan terbentuknya ummat, maka bahan tarbiyah ini sebagai ini sebagai realisasi takwinul ummah itu sendiri. Dalam bahan ini akan sedikit menjelaskan bagaimana tarbiyah itu berkesansehingga dapat dilaksanakan dengan baik.

Kalimat tarbiyah akhir-akhir merupakan kalimat yang umum dan biasa disebut di setiap tempat. Tidak ada orang yang tidak mengenaltarbiyah. Istilah tarbiyah dapat diartikan secara umum, baik bersifat pendidikan di sekolah umum atau sekolah agama, maupun segalaprogram Islam yang dilaksanakan di masjid, LSM, organisasi, dan lainsebagainya. Tarbiyah erat maknanya dengan usrah, membaca buku dan mengikuti berbagai aktiviti Islam seperti ceramah, seminar,tadzkirah, dan sebagainya. Pengertian tersebut semuanya semuanyabenar mengikuti pemahaman masing-masing. Namun demikian bahan tarbiyah ini erat maknanya dengan takwin (pembentukan), yangberarti pembinaan pribadi muslim dan pribadi da’I sehingga timbulkesadaran Islam yang syumul dan benar.

Beban tarbiyah Islamiyah ini dimulai dengan pengenalan jahiliyah yang mempunyai ciri-ciri bodoh, hina, lemah, miskin, danberpecah belah, sehingga keadaan ini merupakan kesesatan yangnyata. Keadaan jahiliyah yang demikian ada ketika sebelum datangnya Rasul Muhammad SAW dan keadaan jahiliyah ini mungkin juga munculpada keadaan sekarang ini, minimal dari segi ciri dan keadaan dalammasyarakat kita bahkan di sebagian ummat Islam. Keadaan ini perlu diselamatkan dengan tarbiyah Islamiyah. Kedatangan Rasul membawadan memberikan tarbiyah kepada ummat Islam. Tarbiyah yangdisebutkan Al Qur’an mempunyai tiga marhalah yaitu tilawah,tazkiyah, dan mengajarkan kitab. Tarbiyah robbani tersebut harus merujuk kepada Al Qur’an sehingga sesuai dengan sunnahnya bahwaAl Qur’an turun ke dalam hati manusia. Tarbiyah yang utama adalahmelalui pendekatan Al Qur’an karena akan memudahkan hati mendapatkan hidayah dan merubah pribadi dari jahiliyah kepada Islam. Keuntungan dari tarbiyah ini adalah pribadi muslim yang ditarbiyah akan dapat mengoptimalkan potensinya dan merasakan kebahagiaan dan kenikmatan dunia dan akhirat. Pendekatan tarbiyahini akan mencapai matlamat dan hasil yang dikehendaki.
Tarbiyah yang berkesan juga perlu dilengkapi dengan berbagai uslub dan wasilah sehingga dapat mencapai matlamat yang dikehendaki. Metode takwiniyah memperhatikan kebutuhan mad’u,cara penyampaian bahan agar dapat diterima mad’u, juga sasaranyang harus diperhatikan dan dilaksanakan oleh da’i pelaku dakwah.Pendekatan tarbiyah dalam mengikuti Rasul mentarbiyah sahabatperlu digali, diambil, dan diamalkan mengikuti perkembangan situasidan kondisi setempat.

Permasalahan tarbiyah yang kurang berkesan disebabkan olehsituasi yang tidak mendukung, pribadi da’i yang tidak mempunyaikecenderungan sebagai murabbi, pemahaman tarbiyah yang kurangtepat, murabbi yang tidak dibesarkan oleh tarbiyah, mad’u yang tidakberpotensi untuk berubah dan mad’u yang banyak hambatan sepertikepribadian, pemikiran, tingkah laku dan sebagainya.

Untuk lebih memahami pelaksanaan tarbiyah dengan baik, makaperlu mengenal sasaran tarbiyah. Diantara sasaran tarbiyah adalah mendapatkan tasawur yang jelas mengenai Islam secara benar dan sempurna, memunculkan rasa ‘izzah, dan membentuk kepribadianIslam, memunculkan harakah sehingga menghasilkan, mewujudkan masuliyah di atas landasan syar’i, tanzim, dan membangun kafaah dakwah, ta’lim, dan fanniyah. Dilihat dari tujuan ini maka tarbiyahtidak saja memberikan pengajian agar muncul pengetahuan Islamtetapi tarbiyah juga membentuk pribadi muslim yang mempunya iakidah dan akhlak, mamiliki ‘izzah Islam, bergerak dalam harakahIslamiyah, membentuk pribadi da’i, membina pribadi yangbertanggung jawab dan membangun potensi, sehingga dengan potensi dan pribadi yang ditarbiyah ini dapat digunakan untuk kepentingan ummat dan jama’ah dalam menegakkan syariat Islam.Syariat Islam yang ditegakkan oleh kader-kader yang ditarbiyah ini dan kader-kader yang sudah memasuki dakwah ke lapisan masyarakat dengan menggunakan kepakaran, keahlian, posisi, keberadaan, pengaruh, dansebagainya. Tarbiyah bukan segala-galanya, tetapi tarbiyah dapat membentuk pribadi muslim dan juga memelihara keislaman yangdimiliki sehingga dapat menyokong program-program harakah.

        Tarbiyah.,tarbiyah,tarbiyah... Ya Allah rindu sangat aku dengan semua tu..sekarang baru faham dan rasai apa yang dikatakan oleh akak-akak dan abg-abg seperjuangan yang lain pada suatu ketika dulu di maahad.Kini aku sudah menjadi seperti mereka yang membawa diri menempuh laluan hidup yang seterusnya iaitu kehidupan IPTA.Jujur aku katakan disini aku terasa sangat kehilangan sesuatu.???bila aku tenung dalam-dalam barulah aku sedar yang kehidupan aku kini dah tidak seperti dulu lagi yang bila dahagakan tarbiyah kena pandai-pandai cari sendiri tak macam dahulu, orang yang suapkan antara nak dengan tak nak ja.Alhamdulillah...masa itu aku sedar tentang kepentingannya dalam menempuh hari-hari aku yang mendatang so aku pun hayati segala ilmu yang diberi dengan sebaik yang aku mampu.Tapi iman kita tak akan sentiasa kuat sebagai manusia biasa perkara macam tu memang lumrah bagi kita.Ditambah pula dengan cubaan dan dugaan zaman sekarang yang mengancam dan menyiksa jiwa dengan segala kemungkaran yang berlaku di depan mata.Saat itu baru aku faham kenapa ustaz aku,ustazah aku,akak-akak dan abg-abg tu nak sangat kami mengenali apa yang dikatakan itu tarbiyah kerana dari situ kami lebih mengenal Allah dan dari situ kami akan lebih terpelihara dan tak terbabas dari landasan kebenaran dan terjebak dalam jalan keindahan dunia semata-mata.....Hal seperti itu dah menjadi satu perkara biasa, suka atau tidak aku kena tempuh juga namun ianya bukan mudah bagiku kerana untuk kuat perlu dibina benteng iman setiap minit dan saat agar aku tak diserang peluru berbisa ciptaan syaitan laknatullah itu.... sesungguh Allah saja yang tahu betapa hati ini bergantung dan berharap padanya dalam mencari  kekuatan dalam mengharungi liku-liku hidup ini.....