Sesungguhnya
aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan
kepada-Nya dalam (menjalankan) agama. (Az-Zumar 11)
Iblis
menjawab, Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali
hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka. (Sad 82-83)
Ikhlas.
Apa keistimewaan ikhlas sehinggakan orang yang memiliki ciri-ciri itu mendapat
keredhaan dan kebaikan dunia akhirat Perkataan ikhlas selalunya digunakan
ketika kita sedang memberi sesuatu dengan suka dan rela hati, kerana cinta
kepada penerimanya. Tanpa kita sedari, maksud ikhlas itu jauh lebih mendalam. Ada ikhlas di dalam
ikhlas dan ada ikhlas lagi di dalamnya. Sejauh mana tahap keihklasan kita
-apakah niat kita yang baik pada mulanya semata-mata mendapat keredhaan Allah
tapi kemudiannya dipengaruhi syaitan supaya riak itu juga dikira tidak ikhlas.
Seorang
lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat
Anda tentang seseorang yang keluar (dari rumahnya) untuk berjihad di jalan
Allah, dia ingin mencari pahala dan populariti sebagai seorang yang berani, apa
yang ia perolehi Nabi menjawab, Tidak ada apa-apa. Walaupun ditanya
beberapa kali, jawapan Rasulullah tetap juga sama.
Kemudian Nabi bersabda,
'Sesungguhnya
Allah tidak menerima segala amal, kecuali amal yang dikerjakan dengan ikhlas
dan untuk mencari keredhaan Allah'. (HR An-Nasa'i)
Na'uzubillah.
Lantas,
oleh kerana keikhlasan berubah-ubah bersama niat, kita perlu menetapkan niat
sebelum melakukan sesuatu perkara. Sebelum keluar ke universiti, tetapkan apa
niat kita belajar. Kita tidak sanggup melihat kafirun dan jahiliyyah lagi yang
memegang pemerintahan negara. Kita mahu menegakkan agama islam. Kita tidak mahu
digelar orang beragama yang tidak berilmu, orang da'wah yang hanya cakap
pandai. Inilah sebabnya kita pergi menuntut ilmu. Semuanya lillahita'ala.
Bila
anda mula gembira jika dipuji, berhati-hatilah kerana riyak hampir saja timbul
lalu memadamkan segala niat awal anda yang ikhlas kerana Allah.
Dan
tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia. (Al-Ikhlas 4)
Apakah
kita sedangkan menyamakan Allah dengan puji-pujian manusia Na'uzubillah. Anda
selalu solat di masjid namun lama-kelamaan ia semakin pudar dengan riyak dalam
hati. Rugilah anda. Bukanlah mengatakan solat di masjid itu riyak. Cuma
kita perlu berhati-hati antara ikhlas, teladan kepada orang lain atau riyak.
Tepuk dada tanya hati.
Ya
Allah, apakah amalanku yang selama ini kuanggap ikhlas kerana-Mu telah dikaburi
riyak. Ya Allah, jauhkanlah aku yang syirik yang nyata dan yang tidak nyata.
Rasulullah
s.a.w bersabda, Mohonlah perlindungan kepada Allah dari Jubbil Huzn. Mereka
bertanya, Apakah itu, wahai Rasulullah Nabi s.a.w menjawab, Suatu lembah di
Neraka Jahannam, di mana setiap hari, Jahannam sendiri berlindung darinya
sebanyak empat ratus kali. Mereka bertanya, Untuk siapakah ini disiapkan, wahai
Rasulullah Jawab Nabi, Disiapkan untuk para qari' (pembaca Al-Quran) yang riyak
dengan amalan mereka. (HR Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Na'uzubillah.
Betapa
bahayanya riyak ke atas diri kita. Halus dan tidak nyata tapi mengubah
keikhlasan kita dalam melakukan pekerjaan.
Manusia
mengadili hanya dengan deria mereka. Namun, amal semua manusia hanya Allah yang
mengetahui.
Tanda-tanda
ikhlas dapat disimpulkan seperti berikut:
1. Menuduh diri berasa kurang sempurna dalam melaksanakan
kewajiban kepada Allah.
2. Merasa keikhlasan dalam diri itu tiada dan selalu mempertanya
keikhlasan diri sendiri.
3. Tidak terpengaruh dengan ujian atau celaan, tetapi tetap
istiqamah.
4. Tidak berubah walaupun manusia berubah dalam hal ketaatan atau
kemaksiatan.
5. Niat menjadi pusat pemerhatian dalam kehidupan.
6. Berusaha merahsiakan amal kebaikan kecuali ketika memberi
teladan kepada orang lain.
Mungkin, orang yang menangis ketika beribadah di khalayak ramai
itu lebih ikhlas daripada orang yang beribadah di dalam bilik seorang diri
(yang riyak).
Sumber Ishlahul Qulub @ Menggapai Surga dengan hati, Amr Khalid.