Saturday 3 October 2015

bintang

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh..bersama kita maju berundur jangan sekali-kali..haha tajuk yg tidak berpangkal..

Orang kata bersahabat biar beribu ,berteman biar sampai haru biru, namun musuh jangan sampai ada walaw satu..nauzubillah??..lumrah bersahabat  sangat unic , seunic rasa yg hadir dalam perhubungan itu..rasa yg tidak dapat digambarkan namun cukuplah terlukis didalam hati..biar nampak tidak peduli tidak bermakna tidak beerti , biar tidak dihubungi tidak beerti tidak diingati ,biar tidak disapai tidak beerti tidak mengenali , biar diluka tidak beerti tidak menyangi ,biar dijauhi tidak beerti dibenci..kerana kita semua punya alasan tersendiri … namun ingatlah..bila kita percaya pada persahabatan yg dihulurkan maka yakinlah sekali kita bersahabat kita akan sentiasa bersahabat walawpun apa terjadi  biar masa berganti..kerana persahabatan tanpa kepercayaan is nothing…kepercayaan tanpa kejujuran juga hopeless… kejujuran tanpa rasa kasih jaga empty relationship…namun kasih dalam kepura-puraan lebih baik jangan dihulurkan….it’s painless..(tiba-tiba speaking..hee)

Because you all are my star

Biar mereka jauh ataupun dekat , yang kadang-kadang kelihatan atau tidak namun percayalah mereka sentiasa ada dan pernah menyerikan hidup kita dengan kilauan tersendiri…tanpa mereka,engkau bukan lah siapa-siapa ..masih ingatkah kau lagi saat kau dikejauhan dari keluarga tercinta..siapakah yang mewarnai dan menyerikan kehidupan kau sepanjang tempoh itu?? siapakah yang sudi menghulurkan bantuan kala kau memerlukan?? siapakah yangmenghantar kau ke klinik dan hospital saat kau kesakitan?? siapakah yang melayan cerita-cerita meqapu kau??yang paling penting siapa yang sudi dengar luahan saat kau rasa perlukan seorang pendengar ,ada kala kau rasa nak menangis meluahkan betapa berat rasa dalam hati??jawapanya , pada anda sendiri..teman walawpun kehadiran meraka mungkin sekejap sahaja dalam hidup kita namun percayalah dalam tempoh itu banyak sebenarnya dia telah lakukan untuk kita, sama ada kita sedari ataupun tidak..banyak kata-kata mengenai kawan yang aku pernah baca..antara yang paling menari hati aku adalah kata-kata ni:

“ duhulu kita pernah bersahabat tertawa bersama,sedih bersama namun kini setelah masa berlalu kita seolah-olah orang asing yang baru berjumpa “

Hairankan??tapi hakikatnya aku rasa benda tu pernah berlaku dalam setiap persahabatan..biasalah insan-insan yang hadir dalam hidup kita datang dan pergi yang kekal tak semua kita boleh membilangnya , bak kata pepatah kalau jodoh tu panjang ukhuwah tu akan still berterusan..antara nak dan tak nak ja..namun percayalah setiap apa yang berlaku pasti ada alasan tertentu..

kalau boleh aku mendefinesi,makna teman , sangat luas dan unik maknanya, kerana bagi setiap insan andai diminta mentakrifkannya...pasti pelbagai makna yg akan kita ketemui..teman insan yg kehadirannya diperlukan, kepergiaanya ditangiskan ,kejauhannya dirindukan, kata-katanya menenangkan, perilakunya menghiburkan, kepercayaannya amat kita utamakan...ianya bukan perasaan yg dipaksa oleh kita terhadap insan bernama teman tersebut namun ianya hadir dengan sendiri seikhlas persahabatan yg diberi..biar mungkin tiada selalu disisi namun sentiasa diingati..sentiasa cuba ada ketika diperlukan..memberi kepercayaan dan dipercayai antara ciri2 yg penting selain menyayangi diri kita kerana Allah..kerana bila rasa kasih itu kerana-Nya tiada istilah lupa andai doa itu diutuskan dalam setiap sujud.. disaat terluka ianya akan sembuh dengan segera kerana memikirkan tiada insan yg sempurna, tiada erti cemburu kerana kita semua ada hak untuk kebebasan dan rezki masing-masing,maka yg tinggal dalam diri hanya rasa sayang..apa makna sayang? kalian sendiri lebih arif mentakrifkannya ..namun ketahuilah sebenar-benar sayang mereka akan jaga kita ingatkan kita dari kelalaian dan kealpaan,dan kehadiran mereka mengingatkan kita kpd-Nya..jika suatu hari nanti, diri ini tidak layak melangkah menuju ke syurga harap masih ada sahabat yg sudi memimpin tangan ini mengajak ke sana nanti bersama-sama..insyaallah..oppss lupa...lagi satu..terima baik buruk kita seadanya... 

nak jadi sahabat yg sempurna itu mustahilll..namun mencuba untuk menjadi sebaik-baik sahabat itu kita masih ada peluang..aku sendiri bukan sahabat yang baik..yg sentiasa ada dengan sahabatku ketika hampir apatah lagi selalu menghubungi ketika mereka jauh..melafazkan kata sayang lagilah berkurun menanti dizahirkan..tapi hanya kita sahaja yg tahu betapa kita menyayangi mereka semua...diam tidak beerti melupakan tidak hubungi tidak bermakna tidak peduli..kita sentiasa ada untuk mereka jika mereka memerlukan ..membantu jika kita mampu..mendoakan itu sudah tentu..sesungguhnya kita semua punya kelemahan maka terimalah kekurangan mereka seperti kita ingin diterima..aku sedar aku juga bukan teman yg baik yg mampu mengingatkan sahabat-sahabatku yg lain kepada-Nya sentiasa, namun keinginan itu sangat tinggi setinggi  mana keinginanku ingin diingatkan diperjalanan ini..teman ketahuilah dirimu bahawa senyummu membahagiakan namun pilumu mengusarkan hati kami..

andai diri tidak sesempurna mana
jangan ditagih kesempurnaan insan lain
kelak tidak akan kau ketemu dimana-mana..
melainkan pencarian tanpa kesudahan..
belajarlah menghargai kehadirannya,
baru kau sedari betapa dia permata yg berharga..
kerana tidak ditemukan kita dengan seseorang itu melainkan dirinya membawa seribu satu hikmah yg tersisip tanpa pengetahuan kita sehingga tiba waktunya barulah terzahir hikmahnya..
terima kasih sahabat..terima kasih, terima kasih.. semoga Allah menjaga mereka untuk kita selalu..



ingat no budiess perfect ok👌..



titik.