Monday 21 November 2022

Air Mata Ramadhan



Mutiara jernih itu akhirnya tidak mampu di seka lagi, lalu Nia membiarkan sahaja ia jatuh ke pipi, semakin lama semakin laju ia mengalir.”Sungguh ujianmu itu kerana kasih sayangmu Ya Allah.Aku mohon kuatkanlah hati ini dan keluargaku dalam mengharungi semua ini”,Nia bermonolog sendirian di atas tangga rumah neneknya petang itu sementara menunggu waktu berbuka.Nia Atira binti Nazam Aziz seorang pelajar tahun ke dua ijazah Akuantan, seorang gadis periang dan ramah yang disenangi oleh rakan-rakan di kolejnya.Namun siapa sangka disebalik senyuman yang terukir indah itu terdapat suatu rasa yang sangat berat sedang dia tanggung.
Rasulullah SAW bersabda, “barang siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan menguji dengan ujian-Nya.” Jadi, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya yang terselit disebaliknya.
                                   …………………………………………………………………………………….
“Amin – amin Ya Rabbal alamin’ tangan yang sedang menadah sejak beberapa ketika tadi disapu ke muka. “Alhamdulillah “ Nia berbisik sendirian selepas menunaikan solat asarnya petang itu, lalu dicapainya henset di atas katil dan mencari nama ibunya lalu di hubungi. “Tut,tut,tut “ hampa tidak berjawab.”Alaa.. ibu tak angkat call la pula,orang tengah rindu ni”, Nia merungut sendirian di dalam bilik.
“Nia, oo Nia jom pergi pasar malam nak? Aku tak tahu kenapa petang ni mengindam sangat  nak makan cendol pulut please” mengajak Iman hanani rakan sekelas Nia yang tiba-tiba menjenguk ke dalam bilik mengejutkan Nia yang baru usai solat. “Ehh ko ni datang  dari mana aku tak tahu tiba-tiba ajak orang pergi pasar, ko tak nampak ke aku tengah sibuk tahap menteri ni call ibu aku tak dapat-dapat” Nia tersenyum sambil dicebik mulutnya kepada Iman. Nia sangat mengenali sifat kawannya itu, Iman seorang kawan yang sangat menjaga hati kawan-kawannya dan paling rare tentang Iman ni walawpun dia makan banyak macam membela haha  tapi badan dia memang lagend ,bak kata orang kena tiup angin timur pun tak mustahil terbang huh. Nia menangguhkan seketika hasrat untuk menelefon ibunya, lalu  bersiap untuk keluar menemani Iman.Walawpun  ketika itu musim final exam sedang melanda, namun perut yang mengidam mengatasi segala-galanyanya jangankan lautan dalam sanggup direnangi,
Malam tu selepas selesai isyak Nia menelefon sekali lagi ibunya, entah kenapa rasa dihati tersangatlah homesick ketika itu, namun sekali lagi hatinya hampa. Panggilannya  tetap juga tidak berjawab. Lalu dicarinya nama kak Mia,kakak sulungnya yang tinggal seketika bersama ibunya dikampung lalu di hubungi..entah kenapa hati Nia berasa sesuatu yang tidak sedap seolah-olah ada sesuatu yang terjadi namun diabaikan perasaan tersebuat setelah beberapa ketika panggilan  Nia dijawab oleh ibunya, “Ya Allah ibuuu, ibu ke ni?Assalamualaikum ibu.”  Nia bertanya sambil berlompat kegirangan bila mendengar suara keramat milik ibunya di hujung panggilan, menitis juga butir-butir air matanya entah kenapa. Lalu  bermulalah sesi luahan yang sudah lama tersimpan , satu per satu  topik dibualkan dan ibunya lebih suka menjadi pendengar setia kepada anak bongsunya itu.”Ibu k.cik balik minggu depan tau insyaalah, rindu sangat nak balik jumpa semua,3 bulan rasa macam tiga tahun lama dia.” perbualan berakhir setelah hampir 10 minit mereka berbual.Usai itu Nia terus mencari port yang paling baik dan selesa untuk memulakan study. Bagaikan dicharge semangatnya selepas berbual dengan ibu tercinta yang nun jauh di sana. Disusun beberapa buah buku di atas katil dan mulalah helai demi helaian Foundation in Accountancy diselak dan diulangkaji sehinggalah dia tersedar gara-gara alarm jam Azie Zulaika roomate kesayangannya disebelah mengamuk mintak dimatikan.Nia bangun daripada tempat tidurnya dengan muka pemalas plus benggang lalu menutup alarm tersebut “haish jam ni arwah juga dengan aku ni” membebel Nia sendiri, sedangkan Azie  masih lagi hanyut dibuai mimpi. “Azie..ooo Azie bangun-bangun dah pukul 4 ni, ko nak study kan”. Azie membuka matanya malas. “Azie nanti ko  gerak aku subuh ya,”Nia memberi isyarat lambaian lalu ditarik selimutnya kembali.
                           ………………………………………………………………………………………….
“Kringgggg,kringgggggg” alarm Nia pula mrngambil alih mengemakan bilik tersebut selepas 2 jam kemudian. Nia terjaga ,jam di screen telefon menunjukkan pukul 6 pagi.”Masyaallah study banyak sangat ke aku ni, sampai nak buka mata pun macam ada batu duk bersangkut ” .Nia mengeluh sendirian. Matanya meliar ke sekeliling baru dia perasan Azie tidak ada di  dalam bilik, mandi kut  budak hafal Al-quran tu. Seronok tengok dia sejuk perut ibu mengandung , tiba-tiba rasa macam terinspirasi.Setelah setahun baru nak terinspirasi ke Nia haha teruk betul. Nia menggelengkan kepalanya. Maka, berlalulah hari-hari Nia dengan lima paper yang harus ditempuhi. Disebabkan jarak antara satu subjek dengan subjek yang lain agak jauh, menyebabkan berkuranglah sedikit rasa bebanan untuk cover semua bab sebelum peperangan bermula..Sehinggalah ,akhirnya….
Semua pelajar dibenarkan meninggalakan dewan peperiksaan dengan keadaan senyap..
“ Weh Nia esok kita bertolak awal cikit boleh? sebab aku ada janji dengan cikgu aku kat sekolah malam tu.Dia mintak tolong sangat handle program ganti dia, sebab dia ada hal.kebetulan aku balik  johor,tak sampai hati pulak nak tolak” kata Iman.”insyaalah aku ok je Iman” Nia terpaksa menyusahkan Iman menumpangkannya pulang ke kampung menaiki kereta gara-gara tiket bas habis disebabkan lambat beli.Mana taknya orang nak balik  buka posa la di rumah  kan dah nak masuk bulan Ramadhan.
                     ………………………………………………………………………………………………................
“ Panggggg” satu tamparan hinggap ke pipi Nia, dan seterusnya dan seterusnya.Cukup tiga kali tamparan lalu kakaknya duduk kembali menghadap televesyen sambil makan mee yang dihidangkan oleh ibu. Nia terkaku, tergamam tidak mampu berkata apa-apa.Mangkuk yang diambil di dapur masih  dipegang erat lalu Nia duduk berdekatan dengan makanan yang dihidangkan, berdua dengan kakaknya.” Achik ada buat salah ke akak “ Nia bertanya  dalam nada hiba dan tangisan yang tertahan “ jangan tanya akulah kenapa “ Kak Mia membalas tanpa rasa.

“ dua minggu sebelum kak mia pulang ke kampung dia mengalami kemalangan dan tercampak masuk ke dalam gaung,dua hari orang cari dia tapi tak jumpa, selepas tu baru kak Mia pulang ke rumah dihantar oleh seorang pak cik yang kebetulan terjumpa denganya, dan sejak itu perangainya sedikit berubah”Ibu tenang menceritakan satu persatu kisah yang terjadi agar aku memahami, demi Allah ketika itu hanya air mata yang berbicara betapa hiba, dan remuk hati ini.Ibu dan abah tak nak menganggu aku sebab nak final maka  mereka pendamkannya rasa itu ,nak dirawat memerlukan mereka-mereka yang betul-betul pakar mengenainya.Wahai ibu dan abah kekuatan apakah yang membuatmu setabah ini.Dan akak Mia kenapa wajah adikmu ini tidak boleh kau tatap??(mengalir lagi mutiara jernih tak mampu ditahan lagi)..Jawapannya kerana Allah sangat menyanyangi hamba-hambanya maka sebab itu kita ini terus di uji ,diuji dan diuji.....bersambung.

Keluarga

Keluarga adalah orang yang kita harapkan akan sentiasa menjadi yang paling dekat dengan kita. Biar kadang semua telah menjauh membawa haluan bersama keluarga masing- masing namun kita tidak akan pernah lupa, darah yang mengalir dalam diri kita ini adalah darah yang sama. Sejujurnya kita sentiasa mengharapkan keluarga adalah orang yang akan mencintai kita secara zahir mahupun dalam diamnya, yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kita, yang akan sentiasa turut gembira dan sedih diatas kegembiraan dan kelukaan kita. Tiada istilah dalam kamus hidup ini diajar erti ego atau dendam dalam keluarga melainkan hanya dipenuhi dengan kasih dan sayang...

Biar kadang ego merosakkan hubungan kita, biar kadang tutur kata menjarakkan kita, biar kadang tindakan kita membuatkan ada yang terluka percayalah bahawa air yang dicincing tidak akan pernah putus. Manusia hanyalah insan biasa yang tidak pernah terhindar daripada tersalah langkah, namun jangan kita hukum atas kesalahan itu selamanya..kerana hidup ini terlalu singkat untuk kita saling menjauh hati sedangakan kita tidak tahu siapa dulu yang akan pergi dijemput ilahi. 

Begitu banyak keluarga sekarang yang berpecah belah tidak lagi sehati. Seorang ibu yang sanggup tinggalkan anaknya di dalam tong sampah, si ayah pula sanggup meratah si anak tanpa rasa, si kakak dan si abang bergolak merebut harta, si adik yang tidak punya rasa mengorban jiwa mengambil ganja. Dimanakah silapnya kita pada hari ini sehingga berlakunya semua ini? Sungguh diri ini sendiri takut menghadapi hari mendatang. Tidak sanggup melihat perpecahan demi perpecahan yang semakin hilang pertimbangan. Entahlah apakah rasa si ibu dan bapa yang melihat situasi ini? Adakah mereka melahirkan anak- anak mereka untuk melihat perpecahan ini semua. Sungguh dunia kini sangat tenat setenatnya. Keluarga rakyat malaysia sendiri juga tidak kurang menghampakan. Disaat rakyat diberi kuasa untuk memilih pemerintah. Bukan Islam yang cuba menjaga menjadi pilihan namun si mereka yang bersetongkol dengan orang kafir pemusnah agama juga menjadi idaman. Ya Allah sungguh hati ini sayu sangat yang tersangat dalam. Ya Allah aku mohon engkau kuatkan lah iman dalam hati dan diri kami. Ya Allah.Jangan pernah engkau tinggalkan kami walaupun sesaat.Jangan engkau murka dengan kami. Sebaliknya engkau kasihanilah kami..Satukanlah hati kami hamba-hamba mu ini yang kadang terlalai. Bimbinglah kami, suami isteri kami, ibu bapa kami, ahli keluarga kami semua ke arah jalan yang engkau redoi. Sesungguhnya engkaulah tuhan yang maha penyayang lagi maha mengasihani kami umat- umatmu. Aamin.

Saturday 2 April 2022

Perjalanan

Perjalanan hidup diteruskan lagi setelah satu demi satu fasa kehidupan didunia di lalui. Bermula dari zaman kanak- kanak , zaman remaja dan kini perlahan- lahan mengorak langkah melalui dan menghayati zaman dewasa. Zaman ini aku dapati merupakan zaman kehilangan dan perpisahan antara jasad. Samaada ajal atau waktu yang memisahkan. Zaman semua orang mula membawa haluan sendiri dan sibuk dengan tanggungjawab yang sedang dipikul sebagai seorang insani. Sungguh terima kasih ya Allah kerana memberi segala ruang dan peluang yang sangat banyak kepada diri ini dalam melalui perjalanan ini.Begitu banyak pengalaman yang mendewasakan penuh suka duka yang akan aku ingati sehingga akhir hayat nanti. Kala aku menulis tentang perjalanan ini, sebenarnya aku terasa sebuah kehilangan dan rindu pada insan- insan yang aku gelar teman sewaktu masa dahulu. Masing- masing membawa diri.Masing - masing dengan kehidupan sendiri, pekerjaan sendiri , dan keluarga sendiri. Kadang aku akui sukar untuk menjelaskan tentang kenapa aku sendiri mula menjauhi diri dari mereka atau kenapa mereka sedang menjauhi aku. Egokah aku bila tidak lagi bertanya khabar dengan mereka atau terlukakah aku bila menyedari diri sebenarnya tidak lagi diperduli. Melangkah pergi dalam diam itu mungkin lebih baik demi menjaga hati sendiri dari perpura - pura kuat seperti tiada hati. Berjalanlah kita semua pada jalan yang sedang terbentang di depan mata dengan sebaiknya. Usah di kesali perkara yang lalu.Usah didendami luka yang lama. Maafkanlah luka yang pernah digiris dan terpahat dengan doakan mereka yang pernah juga memberi kenangan suka tanda keikhlasan hati menyanyangi. Jangan jadi manusia amnesia yang hanya menilai pada luka baru namun bunga yang pernah diberi dahulu sebagai kenangan tidak diperduli. Perjalanan kita masih jauh lagi untuk kita mendabik dada, juga jangan lupa perjalanan ini juga penuh dengan kejutan untuk kita merasa lega.Mati itu pasti namun ia rahsia ilahi. Berjalanlah kita semua dalam perjalanan ini dengan waspada dan kumpullah bekalan jangan alpa. Aku sedar aku bukan "si dia yang dalam perjalanan dan banyak bekalannya" tapi aku hanya insan biasa yang punya rasa rindu dalam perjalanan ini yang sedang meluahkan dan mengingatkan bahawa jangan lupa mengumpul bekalan untuk ke sana.Menuju alam yang seterusnya dan seterusnya hingga menetap di tempat yang kekal selamanya iaitu syurga.Fihifzillah buat mereka yang sentiasa dalam doa ini, mereka yang aku gelarkan sebagai teman. Tuhan mohan jagakan mereka untuk aku...

Saturday 12 February 2022

Kahwin!

Berabuk sudah rasanya blog ni bila aku dah habis belajar..maklum lah masa banyak memikirkan hal- hal lain, jadi tak sempat nak berayat dalam ni..tapi lately entah macam datang balik rasa rindu untuk menaip ni..jadi meh aku nak kongsikan kisah cinta aku ya disebabkan i dah kawin!! Setelah sekian lama menutup pintu hati dari terbuka sebelum masanya, tiba-tiba bila sudah menjadi orang bekerjaya maka dugaan berkaitan kahwin tu mula menjelma..zaman ko dah mula kena buat pilihan , bila ada risikan demi risikan yang datang(macam banyak je kan bunyi bahasa tu kan haha)...disebabkan time tu hati memang tak da rasa nak kahwin lagi maka di tolak la risikan demi risikan yang hadir itu tanpa rasa bersalah..sehinggalah risikan yang terakhir aku tolak tu Allah datang kan sebuah rasa yang menjawab semua rasa dalam hati aku ni..yakni rasa serba salah dan berdosa sangat( andai kata dalam kalangan mereka tu ada jodoh aku)..Aku mula solat hajat dan istiqarah atas semua yang aku lakukan( macam novel orp tapi itulah hakikatnya bila aku rasa sangat perlukan jawapan di atas sebuah kepastian) ,akhirnya Allah jawab persoalan tu dengan sebuah hati yang  terbuka untuk menerima seseorang..siapa?Orang yang pernah aku tolak masa aku tiada rasa tapi rasa itu Allah yang hadirkan kembali bila aku mula bersedia."Cik ah aku baru duk bayang hang dengan tudung labuh keluar dari ferari" kata kakak aku yang hampa bila aku tolak pilihan dia dan abang ipar aku nak satukan aku dengan anak kawan mereka..anak Dato' ..namun aku masih sedar siapa diri aku..even aku hanya perlu berkata "ya". Mohd Nazme Bin Mohd Sabri antara nama yang ada dalam risikan itu..Allah ilhamkan rasa ingin mengenali dia dalam ramai-ramai yang aku tolak tu even tidak pernah terfikir oleh aku, dia sebenarnya tulang rusuk aku yang hilang..Dia skuadmate aku di zaman universiti aku...Dia datang dengan cara yang aku suka, menyunting tanpa perlu dulu melakar cinta, belajar menghormati aku dari apa yang diketahuinya, dan belajar menerima aku seadanya biar banyak kekurangan yang aku zahirkan tanpa selindung darinya..Dia buat aku tak perlu berpura- pura jadi orang lain hanya untuk jadi yang terbaik di depan mata dia( aku tak suka berpura dan tak suka orang berpura- pura didepan aku)..I just want to be my self..

Aku bagi masa setahun untuk kami sama- sama bersedia, dan Alhamdulillah dia lulus dengan baiknya..sabar dengan segala karenah aku yang kadang- kadang menguji raga.."

Disebabkan time tu tgh pkp jadi susah sikit la dia nk datang rumah jumpa mama abah..tapi Alhamdulillah bila kita niat untuk buat benda baik..Allah permudahkan semuanya..maka bulan 6 jumpa family, bulan 8 bertunang and as my wish bila kenal awal-awal dulu nak kahwin dalam tempoh setahun..maka dengan izin Allah bulan 12 tahun 2020 kami kahwin sebab aku terima dia dulu bulan 12 2019...dan segala urusan disepanjang itu tersangatlah Allah mudahkan dan semua berjalan seperti yang diharapkan..Now we're happy husbend and wife dan sentiasa mendoakan agar rumah tangga yang dibina ini sentiasa dirahmati dengan Rahmah dan Sakinah serta dikurniakan zuriat yang Soleh dan solehah..Doakan ya!

We're not perfect but we still can be perfect by complet by each other...Insyaallah.

Kenapa aku cerita semua ni?Sebab..aku nak cerita betapa hebat aturan Allah yang dia susun untuk aku. Dia biarkan aku rasa dicintai dan mencintai dalam diam kerana-Nya, Namun sebenarnya Dia jaga aku dengan cara yang sangat aku tidak sangka(maksudnya aku saja yang tahu)

Cinta selepas kahwin is real.Dan rasa itu sangat sukar untuk diungkapkan melalui kata-kata namun hanya dirasailah oleh orang yang ingin merasainya...

Done Kahwin! Hehe

Simpan sini buat tatapan dan kenangan di usia tua nanti.😘

Assalammualikum Cinta!