Saturday 11 April 2015

pertama



yesssssssss....macam tak sangka aku dah pernah lalui saat tu..(mesti itulah first word yang muncul dari mulut kita bila mengingati perisiwa yang pertama kita lakukan dalam hidup ni.. bagi sesuatu perkara yang tidak pernah kita lakukan sebelum ni.. kan2..) bagi aku antara perkara pertama yang aku lakukan dan bagi aku awesome dan saat yang manis la untuk diingati selepas zaman sekolah ni antaranya adalah my first job..aim aku time tu nak dapatkan lesen kereta...time tu walawpun fikir macam boleh tak boleh je.. namun kerana tekad dan nekad yang berkobar-kobar dalam diri maka aku fight for that sebab memikirkan , bila lagi harus aku mulakan jika bukan dari sekarang..dan kerana itu jugalah maka langkah pertama aku mulakan..waiters , casher and pembuat minuman disebuah restaurant milik mak teh aku jadi saksi titik peluh aku berbakti mencari sebuah pengalaman demi meraih hasrat dihati..kenapa restauran?


 Dijadikan cerita aku dioffer untuk bekerja kat situ oleh mak teh sebab pekerja dia tak cukup..maka setelah dibahagi,ditambah ditolak aku terima untuk keja kat situ sebab restauran tu dekat dengan tempat nak training kereta tu..atau mungkin takdir yg membawa aku ke situ setelah usaha aku untuk peluang lain dilihat tertutup untuk aku lewati.. namun hasil didikan abah dan mama yang lebih suka mengajar kami adik beradik erti berdikari dari kecil dengan tidak semua kehendak kami dituruti apatah lagi dimanjakan dengan semua kesenangan, membuatkan kami banyak belajar erti susah senang dalam kehidupan..duit bukan segalanya itulah yang diterapkan pada kami namun dalam hidup ini kita perlukan duit dan ianya perlu dicari..Abah kata biar abah tiada harta kerana bersusah payah besarkan kami semua asalkan kami ada sebagai harta abah dunia dan akhirat.. aku bersyukur sangat kerana memiliki kakak -kakak dan abang-abang yang menjaga..and i'm really proud with them(even they're never know about that hee) kerana aku tahu dalam dunia ini kita tidak sama ketentuan dan ujiannya...sesungguhnya Dialah yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita and that's why He give the hardest to us even sometime it so hurt and make us cry..sebab Dia dah cakap bukti keimanan itu bukan senang-senang sahaja untuk kita lafazkan namun dibuktikan dengan ujian sebagai galang cagaran...  



okeyhh back to my story..selepas bertungkus lumus hampir seharian kerja kat restaurant tu lastly lepas sebulan lebih..hasrat dihati telah aku penuhi..itu kejayaan first job aku dan kenangan baru yang akan sentiasa aku ingat sepanjang liku-liku hidup aku hehe..memang rare...bila keluar ke dunia nyata yang penuh pancaroba apatah lagi sosialnya..tapi disitulah kita kenal dunia yang sebenar yang mana hanya iman dan taqwa yang jadi benteng dan kekuatan...jadi first misi aku SUCSESS..alhamdulillah






(along,naim,mak lang ngan anas )
ni geng seperjuangan aku time keja..sesi malam punya sebab yang siang buzy ckit.. hari last aku keja malam tu along belanja kfc hehe trharu gak la..gara2 ramai org kat luar celebrate kat dapur pun jadi keja..diorang la penyeri hari-hari aku keja kat sana mana taknya susah senang we fight together haha..pa pun thanks kawan.. especially mak lang..

Selepas daripada itu banyak perkara yang aku cuba selami dan pelajari lagi..first time konvo, first time pergi melancong dengan kawan-kawan , first time daki gunung , first time menembak ngan M16 dengan peluru hidup(ketagih nak buat lagi hee) first time mandikan jenazah the real one(tiba-tiba tukar mood) dan banyak lagi firstime yang tak tersebut oleh aku kat sini..tidak dilupakan juga first time masuk universiti..tu impian aku dari darjah berapa tah..hee...kenapa itu semua kenangan berharga bagi aku?? sebab itu semua antara perkara yang pernah aku impikan dan that's became true dan ada juga perkara yang tak terintas lansung oleh aku...but that was i through...macam aku katakan tadi aku didik bukan dengan kesenangan what u want u must fight for that namun itulah yang membuatkan kita menjadi lebih katang ( loghat ganu kite)..

Jadi disini apa moral yang ingin disampaikan adalah...memulakan step pertama itu perlu agar muncul langkah-langkah yang seterusnya..just be your self..bina your aim dan perlahan-lahan bergerak menuju matlamat itu..memang nak berjaya itu bukan mudah namun bergarak tanpa tujuan itu hakikatnya lebih susah..kita tidak dilahirkan sempurna kena ingat itu.. namun kita punya peluang untuk mengisi kotak-kotak kesempurnaan itu dalam diri kita biarpun akan ada ruang yang wujud kerana itulah lumrah..tiada manusia yang sempurna melainkan dia kekasih Allah..yang paling penting jangan pernah meninggi diri hingga lupa daratan yang dijejak kerana didunia ini kita hanya meminjam dan suatu hari nanti akan minta untuk pulangkan segala yang dipinjam..bila tiba masanya nanti..kerana hakikatnya kita sebenarnya tidak memiliki apa-apa...hanya insan yang diberi pinjaman..

sesungguhnya setiap gambar itu ada ceritanya tersendiri...




satu ketika dari ketika-ketika yang lain menuju ke dasar laut untuk snoccling..biar panas membasahi diri kami kenangan itu penting..we take a pic first..at pulau tioman 


3 tahun kami susah senang bersama..hari itu menjadi saksi kegembiraan kami bersama..wlwpun tidak semua yg ada.. namun ingatan kami terhadap mereka sentiasa utuh..biar lafaz tak terlafaz namun cukup tersemat kukuh didalam hati..kami rindu semua sahabat-sahabat kami..bahtera93   


ni tempat ke-2 aku mengenal erti susah payah mencari sebuah pengalaman..dan i get that..last day keja at Pekan Rabu malam raya memang happening.. banyak ilmu yg aku dapat sepanjang keja kat situ..tapi time gambar ni diambik awl pagi tu makanya banyak kedai x buka lagi..



waktu paling hepi time konvo bila bole take a pic with my lovely family dgn pakai benda bagai-bagai kat badan tu..hnya Dia yg tahu betapa aku terharu dan berterima kasih akan kehadiran mereka wlwpun berbagai halangan yg berlaku..a lot of love if i can give to you all..i will..


orang cakap dimana ada kemahuan disitu pasti ada jalan dan kami buktikan..wlwpun pelbagai halangan yg kami lalui demi menjayakan satu misi kemanusiaan namun kami tetap sahut hingga ke saat akhir..dan gambar tu diambil time otw ke KLIA..Indonesia tunggu!! kami mai..


orang pi thailand..kami pun nak pergi jugak...memang awsome naik bot laju tapi bila dah hampir 2 jam dalam tu tiba-tiba rasa tak laju mana pun lah bot tu..hee lenguh bak hang..tpi bila sampai dan nampak what a beauty scenery terus lupa sakit2..tpi kegembiraan kami tak lama bila tengahari tu dapat tahu member sekelas baru dijemput ilahi..sedihhh woo..tu ja mmpu aku cakap.. baru ja lpas jumpa 4 hari lepas final.




termasuk dalam family ni aku kira mungkin terdapat suatu hikmah yg terselit disebaliknya...setelah lama mengenali mereka semua.baru aku sedar yg aku dikelilingi insan-insan yg hebat..mungkin Allah hadirkn aku dikalangan mereka untuk mengutip mutiara2 yg berharga..moga keluar nnti kita mampu menjadi permata yg berguna pada ummah..jgn lihat pada org yg bercakap namun lihatlah apa yang dia cakap mungkin ianya ada memberi manfaat kepadamu..
ni skuad aku..skuad naga..skli kata bina persahabatan selamanya kita akan bersahabat..
we're fighter...



senyum kegembiraan bercampur kepuasan saat gunung yg (1,038 meter (3,405 kaki) ini berjaya kami tawan..gunung pertama aku.. tuuu yg agak teruja..hampir 8jam naik dan 5 jam turun...memang rare..tpi ni mungkin bukan gunung yg tunggal akan kami tawan kerana kami membina cita-cita untuk menawan gunung yg seterusnya..insyaallah..  

kesakitan akan hilang bila kau rasai nikmat berusaha dan berjaya..kerana itu syarat jatuh bangun dalam kehidupan..titik.