Sunday 16 August 2015

syukur



mataku kehulu kehilir memerhatikan keadaan disekeliling, orang ramai yang lalu lalang dihadapanku seolah-olah tidak menyedari kewujudanku disitu..sedihnya hanya Dia maha mengetahui..2 hari lepas aku berjaya meraih pndapatan yg agak lumayan hasil jualan ku di tempat kerja..gembira bercampur puas memang sesuatu yg tidak dapat digambarkan kerana ia ibarat usaha yg bermakna kerana mendapat balasan..hingga terleka dan lupa semua itu aturan dan pemberian tuhan..

hari berikutnya bagai ombak merempuh pantai hatiku , takkala jam menunjukkan hampir pukul 6 ptg namun didalam laci duit hanya berbaki 2 keping not rm10 setelah hampir berkurun aku disitu..rasa hampa dan fed up mula timbul dalam diri seolah2 merasuk agar berputus asa untuk hari berikutnya...itulah kejayaan sang iblis kerana berjaya memasukkan jarum kelalaian dalam diriku..hari berikutnya berlalu seperti biasa sebagaimana lumrah asam garam kehidupan yang adakalanya kita jatuh lalu kita bangun semula kemudian jatuh kembali sehingga membuatkan kita berfikir dan katang kerana itu..air mata tidak lagi murah menawarkan diri untuk gugur namun berjuang untuk terus gagah kekal ditempatnya..tapi kadang kala ada baiknya dibiarkan mutiara yang hangat itu gugur sebagai teman penguat diri kerana biarpun ia tidak mampu berbicara apatah lagi mendengar rasa yg hadir ketika itu namun kehadirannya mampu menenangkan dan melepaskan beban..kehadiranya kala suka dan duka seolah- olah memahami bak seorang teman yang sentiasa disisi..betapa indahnya aturanmu ya Rabb seindah kasih yang kau berikan kepada kami hmbamu..



bekerja disitu bagai saudagar yang berniaga betul-betul memberikan aku bukti dan hikmah sesebuah rezeki..ya memang kita berusaha namun ingatlah segalanya datang dari Allah..sesungguhnya Dialah sebaik-baik pemberi yang tidak mengharapkan balasan yang sentiasa memberikan yang terbaik buat kita seorang hamba yang penuh dosa...kadang-kadang aku terfikir kenapa mesti marah,kenapa mesti rasa sedih,kenapa hati kita terluka dengan ujian-Nya...

 jawapannya kita sendiri yang lupa..lupa pada segala nikmat pemberiannya..lupa untuk menghargai..sehingggakan lupa juga untuk mensyukuri...biar setinggi mana kau belajar,apa darjat dan pangkat kau dapat namun jika ilmu mengenal syukur kau tidak fahami selamanya kau akan terus dilukai..dilukai?? ya terluka dek kerana sikap diri sendiri.. wahai diri belajarlah bersyukur saat kau terluka mahupun gembira pasti kau akan temui hikmah yang berharga disebaliknya..

#berakal namun tidak digunakannya utk berfikir seolah kau diberi nikmat namun tidak kau syukuri..it's means nothing��

Saturday 15 August 2015

khalifah

" tidak aku jadikan manusia melainkan untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini.." 


khalifah dimuka bumi bukan suatu yg mudah untuk digalas kerana ianya menuntut erti tangungjawab pada diri kepada semua..baik pada diri sendiri, keluarga,masyarakat,agama,bahkan pada negara..sebaik-baik khalifah adalah khalifah acuan al-quran bermodelkan junjungan besar nabi muhammad s.a.w..tidak susah sebenarnya untuk membentuk diri untuk menjadi sedemikian namun ianya juga tidaklah begitu mudah..segalanya berbalik pada diri kita sendiri..antara keinginan ataupun sekadar angan-angan sang jiwa besar yg tiada kesudahan..berbangga dengan jiwa-jiwa muda mahupun si tua yg punyai visi dan matlamat yg jelas dalam agamanya yg tahu tujuan hidupnya dan berperwatakan sebagai hamba..sedar akan hakikat diri yg sebenarnya lahir dari setitis air mani..yg tiba masanya nanti akan bertemu ilahi.. biar segah mana kau didunia ini dipuji manusia, sehebat mana dibumi ini kau dihormati, malahan biar engkau hanya sang jalanan yg dipinggirkan ataupun manusia biasa pada pandangan..hakikatnya kita semua sahaja pada pandangan-Nya yg membezakan kita amal dan ketaqwaan didalam diri..



kaya bukan tiket menuju syurga ataupun miskin juga bukan past masuk ke dalam neraka..ataupun sebaliknya..namun bagaimana kau menjadi khalifah yg beragama bahkan kaya itu yg akan dipersoalkan... begitu juga sekiranya kau menjadi khalifah yg beragama namun tidak berharta itu juga akan menjadi galang perhitungan pada suatu masa nanti..hidup memang satu persaingan, satu persingahan bahkan juga satu perjuangan..kalah atau menang bukan menjadi rebutan namun mendapat tempat disisi tuhan yg menjadi harapan dan impian..siapa kita menilai dan menentukan tempat mereka pada pandangan-Nya bukan hak kita..kerana segalanya rahsia yg tersimpan rapi olehnya..jangan pernah menuding jari dan menghukum kesalahan orang sehingga lupa akan diri sendiri yg juga bukan sempurna..takut nilai kita disisi-Nya lebih jauh berbanding mereka yg kita perendahkan..jadilah khalifah dimuka bumi ini sebaik-baiknya.. yg tahu batas larangan, yg tahu hukum hakam ,yg tahu dirinya punya tuhan ,yg juga tahu akan dibangunkn..dihidupkan..dan akan dipersoalkan..

sesungguhnya kita milik tuhan..