Sunday 16 August 2015

syukur



mataku kehulu kehilir memerhatikan keadaan disekeliling, orang ramai yang lalu lalang dihadapanku seolah-olah tidak menyedari kewujudanku disitu..sedihnya hanya Dia maha mengetahui..2 hari lepas aku berjaya meraih pndapatan yg agak lumayan hasil jualan ku di tempat kerja..gembira bercampur puas memang sesuatu yg tidak dapat digambarkan kerana ia ibarat usaha yg bermakna kerana mendapat balasan..hingga terleka dan lupa semua itu aturan dan pemberian tuhan..

hari berikutnya bagai ombak merempuh pantai hatiku , takkala jam menunjukkan hampir pukul 6 ptg namun didalam laci duit hanya berbaki 2 keping not rm10 setelah hampir berkurun aku disitu..rasa hampa dan fed up mula timbul dalam diri seolah2 merasuk agar berputus asa untuk hari berikutnya...itulah kejayaan sang iblis kerana berjaya memasukkan jarum kelalaian dalam diriku..hari berikutnya berlalu seperti biasa sebagaimana lumrah asam garam kehidupan yang adakalanya kita jatuh lalu kita bangun semula kemudian jatuh kembali sehingga membuatkan kita berfikir dan katang kerana itu..air mata tidak lagi murah menawarkan diri untuk gugur namun berjuang untuk terus gagah kekal ditempatnya..tapi kadang kala ada baiknya dibiarkan mutiara yang hangat itu gugur sebagai teman penguat diri kerana biarpun ia tidak mampu berbicara apatah lagi mendengar rasa yg hadir ketika itu namun kehadirannya mampu menenangkan dan melepaskan beban..kehadiranya kala suka dan duka seolah- olah memahami bak seorang teman yang sentiasa disisi..betapa indahnya aturanmu ya Rabb seindah kasih yang kau berikan kepada kami hmbamu..



bekerja disitu bagai saudagar yang berniaga betul-betul memberikan aku bukti dan hikmah sesebuah rezeki..ya memang kita berusaha namun ingatlah segalanya datang dari Allah..sesungguhnya Dialah sebaik-baik pemberi yang tidak mengharapkan balasan yang sentiasa memberikan yang terbaik buat kita seorang hamba yang penuh dosa...kadang-kadang aku terfikir kenapa mesti marah,kenapa mesti rasa sedih,kenapa hati kita terluka dengan ujian-Nya...

 jawapannya kita sendiri yang lupa..lupa pada segala nikmat pemberiannya..lupa untuk menghargai..sehingggakan lupa juga untuk mensyukuri...biar setinggi mana kau belajar,apa darjat dan pangkat kau dapat namun jika ilmu mengenal syukur kau tidak fahami selamanya kau akan terus dilukai..dilukai?? ya terluka dek kerana sikap diri sendiri.. wahai diri belajarlah bersyukur saat kau terluka mahupun gembira pasti kau akan temui hikmah yang berharga disebaliknya..

#berakal namun tidak digunakannya utk berfikir seolah kau diberi nikmat namun tidak kau syukuri..it's means nothing��

No comments:

Post a Comment