Wednesday 31 August 2016

Materialistik



Dalam hidup ini lakukanlah  apa sahaja yang kamu mahu lakukan , namun  carilah redo Allah dalam setiap perbuatan tersebut. Bila redo Allah kau faham maknanya nescaya langkah hidupmu lebih terarah  walawpun kemana sahaja paksi yang kau  cuba tujui.

Citra kehidupan perlu  waspada
Ramai manusia bertopeng plastik
Runtuh  negara angkara remaja
Matlamat hidupnya bersulami materialistik

Semua orang tahu, kita sekarang hidup dizaman era globalisasi mahupun dunia dihujung jari, namun tidak salah rasanya jika saya ingin takrifkan zaman metropolitan ini juga sebagai dunia materialistik, dek kerana terlalu ramai manusia hari ini terpengaruh dengannnya. Ahlinya tidak mengira tua atau muda, yang bekerjaya mahupun  si baju sekolah bahkan hampir melibatkan semua peringkat yang ada dimuka bumi ini. Si kaya semakin ingin kaya hingga lupa untuk menghulur rasa, yang biasa terkejar-kejar kekayaan dunia terpengaruh dengan manusia disekelilingnya. Tidak salah ingin menjadi seorang yang kaya ataupun memang seorang yang kaya namun  yang salah  disini adalah menjadi hamba kepada kekayaan  tersebut iaitu materialistik.

Apakah itu materialistik? Ianya boleh kita takrifkan sebagai satu sikap ataupun perlakuan cintakan kebendaan, tak mengira duit, harta, pangkat mahupun darjat yakni secara berlebihan, mahupun dikenali sebagai wahn menurut istilah islam yang membawa kepada maksud manusia yang cintakan dunia dan takutkan mati. Segala perihalnya hanya memikirkan tentang dunia bermula dari kelopak matanya dibuka diawal pagi hinggakan mata itu  mahu dipejamkan kembali,namun diri masih lagi berbicara tentang harta dunia. " Awat kita tak mati ka? Duk fikir tentang dunia ja" bak kata ustaz Kazim dalam bait bicaranya disebuah ceramahnya. Lebih sakit lagi apabila ia juga telah menarik nikmat solat itu sendiri apabila ketika bertemu Ya Rabb kekasih hati , jiwa dan pemikiran tidak ada pada tempatnya bahkan di setiap bait pujian yang dilafazkan hanya sekadar lafaz semata-mata namun tiada rohnya di dalamnya apatah lagi ketika sujud hanya sebuah tindakan kepada sebuah  syarat bahawasanya aku  telah bersolat.Nilainya hanya Dia sahaja yang tahu, jangan sampai kita yang rasa telah bersusah payah  terkontang kanting menunaikan solat ini hakikatnya semua tinggal sebuah amalan yang sia-sia.

Sering kali mereka yang materialistik ini hidupnya sikit sekali memikirkan  tentang orang lain , jika ada mesti orang lain tersebut memberi manfaat kepadanya. Adakah seronok hidup dalam  keadaan demikian  hanya mereka sahaja yang tahu.

Berbalik kepada topik yang ingin dibincang awal tadi,bagaimana materialistik mampu mempengaruhi pengurusan kewangan remaja. Hakikatnya ianya sangat memberi kesan  dan kesannya sangat hebat untuk diperkatakan. Bermula dari isu si pelajar sekolah, kemudian menyambung pengajian masuk ke universiti kalau diberikan Allah rezeki kearah itu, tidak kurang ada yang mula bergelar insan berkerjaya kemudian menjejak kaki ke pelamin idaman. Segalanya sedikit sebanyak pasti berkisar tentang sebuah kehidupan yang penuh materialistik. Remaja dan materialistik kadang kala tidak boleh dipisahkan atau mungkin  memang tidak akan, ditambah pula dengan zaman  serba canggih ini maka ramailah dari mereka yang karam  kedalamnya.

Berapa ramai kita dapat lihat remaja sekarang tidak kira di universiti mahupun disekolah, mereka ini cuba mengukur baju diluar kemampuan sendiri. Saya nyatakan contoh berapa ramai pelajar yang biasa-biasa namun cuba menjadi luar biasa sehingga lupa tujuan utama mereka melangkah masuk ke sana. Luar biasa yang bagaimana?luar biasa yang ingin saya bahaskan disini adalah cuba meniru gaya sahabat-sahabat mereka yang bergaya diluar sana.Ianya tidak salah sama sekali, kerana itu semua lumrah kita sebagai manusia biasa yang punya keinginan yang punya nafsu,namun apa yang cuba saya tegaskan disini adalah cara mereka  yang salah. Mereka-mereka ini seolah-olah lupa siapa diri mereka yang sebenar dek malu dengan rakan sekuliah ataupun malu dengan keadaan diri sendiri sehinggalah mereka merubah diri mereka menjadi seseorang yang mereka sendiri tidak kenal. Mereka bekerja siang dan malam untuk mendapatkan duit lebihan untuk membeli segala kemahuan diri yang bersarang di hati,mana tujuan mereka ke universiti?kelas diskip kerana bangun lewat, assigment dibuat last minute,tak kisah kalau assigment  perseorangan tapi bila melibatkan kumpulan saya rasa perbuatan tersebut sangatlah tidak bertanggungjawab. Tidak kasihankah kepada ibu bapa yang meletakkan harapan dan kepercayaan kepada kita untuk pergi belajar,walaw kadang susah yang mereka rasakan demi kesenangan kita. Tidakkah kita sebagai anak berfikir dan cuba untuk menghargai penat lelah mereka.Penting sangatkah pandangan manusia pada diri kita sehingga kita berubah semata-mata hanya untuk setaraf dengan mereka.Lalu muncullah situasi yang selalu yang ditayangkan di dalam telesyen ,saat ibu bapa mahupun adik beradik yang memakai serba kekurangan ini datang jauh untuk menemui, rasa malu untuk mengaku terus meresab dalam diri.Ianya memang sebuah cerita yang direka namun kebanyakkan berdasarkan cerita sebenar yang di adaptasikan semula.

Itu contoh bagi insan-insan biasa yang cuba berjinak-jinak diri ke dunia bermatlamatkan harta, bagaimana pula dengan sang kaya yang materialistik? Mereka seperti inilah kadang kala menjadi punya utama wujudnya suasana materialistik dalam sesebuah tempat. Terkadang mereka tidak menyedari atau sengaja untuk tidak perasan sikap mereka yang terlalu memilih golongan untuk dijadikan kawan itu merupakan asbab kepada wujudnya rasa terpengaruh itu daripada kalangan insan lain. Tidak kasihankah kepada mereka yang kurang berkemampuan diluar sana. Mereka juga punya hati perasaan untuk  dihormati.Ingat segala yang kita miliki di dunia ini hanyalah sebuah pinjaman yang  akan dipertanggungjawabkan, maka gunakan lah ia ke jalan yang sebenarnya.Jangan kita mendabik dada dan sombong dengan segala kemewahan yang ada takut andai ditarik semula segala nikmat yang ada baru kita tercari lantai untuk memohan pertolongan.
 Dalam hidup ini kita diajar untuk berusaha dan berjaya dalam hidup namun berjaya dengan penuh kejayaan yang sebenar. Kita boleh lihat pelbagai kejayaan dalam hidup ini namun kita selalu lupa dari mana datangnya kejayaan tersebut. Kita boleh mengaku kita telah bekerja keras siang malam pagi petang,kita dah study plus solat hajat dan segalanya namun hakikatnya semua datang daripada Allah. Berusahalah kamu dengan penuh tekun untuk mendapatkan dunia kamu ya Allah akan beri kamu kejayaan tersebut namun kamu akan hilang kejayaan yang lagi satu iaitu kejayaan akhirat, yakni kejayaan yang sebenar-benarnya. Kadang kala kita selalu tertanya kenapa diri sentiasa berasa tidak cukup,sedangkan sudah berkepok  wang  di dalam poket,baju pula semuanya telah berjenama,barang-barangan lain juga sudah level up to date tapi kita still rasa something yang tak cukup. Itulah sikap si materilistik semakin banyak kau kecapi, semakin kau rasa tidak puas.kerana apa ?kerana hidup kita hanya untuk diri kita  sendiri bukan untuk orang lain.bukankah sebaik-baik insan mereka yang bermanfaat untuk orang lain.Semakin banyak kau memberi semakin bertambah rasa nikmat itu kau rasa, namun semakin kau bakhil dengan segala yang kau ada semakin kau runsing akan ketidak cukupan ia.

Saya kepilkan lagi contoh lain mengenai remaja di sekolah pula.ianya mungkin contoh yang biasa pada mata kita namun nilainya sangat besar andai ditafsirkan semula. Jika kita sedari sejak kita kecil lagi,kita telah didik dengan angin-angin materialistik. Apakah ia? Cuba kita renung kembali zaman dahulu kala, kita sering disogok dengan pelbagai hadiah dan tawaran jika kita memenangi sesuatu. Hakikat sebenar hadiah adalah sebagai pengiktirafan kepada kejayaan,namun apabila belum dicapai kejayaan tersebut namun telah dijanjikan segalanya ganjaran itu sebenarnya kita mula didik untuk menjadi materialistik kepada sesuatu. Sama ada duit, mahupun benda lain yang menjadi idaman. Walawpun hakikat sebenar tawaran tersebut hanyalah untuk memberi semangat untuk kita mencapainya kejayaan.Dan ianya hanyalah satu jalan untuk sebuah permulaan. Namun bila dah meningkat dewasa kita sendiri boleh menilai erti sebenar sebuah kejayaan.Adakah ianya hanya di ukur dengan sebuah pengiktirafan, hakikatnya tidak kejayaan yng sebenar bukan sekadar pengiktirafan namun bagaimana kita menjadi seseorang yang bermanfaat untuk orang lain. That's mean of succesfull.

Tidak dinafikan saya juga dibesarkan dengan hal yang sedemikian,seringkali dahulu jika kami adik beradik berjaya dalam peperiksaan atau sesuatu perkara abah selalu berjanji akan bawa kami jalan-jalan ke tempat kegemaran kami. Namun itu dulu, bila saya mula melangkah kaki ke sekolah menengah baru saya sedari abah sudah tidak lagi mengajar kami dengan tawaran-tawaran yang sedemikian.Mungkin ibubapa kalian juga melakukan sedemikian. Bukan takut kita tidak mampu memperolehinya namun takut diri kita hidup untuk mendapat balasan. Balasan? balasan dunia. Bila kita mula membesar kita juga mula belajar dan faham apakah itu sebenarnya yang diceritakan yang dibebelkan oleh cikgu dan ustaz,ustzah disekolah dahulu belajarlah untuk berjaya  didunia dan di akhirat. Apa bezanya? tengok situasi ini.

Abu: Ayah nanti kalau Abu dapat nomber 1 dalam kelas ayah kasi seratus ya. Janji tau,sebab ada sorang budak kelas Abu tu ayah dia berikan 50. Dia baru dapat nomber 3 haritu dalam kelas.
Si ayah:laa yeke.hurm baiklah tapi janji Abu kena dapat nomber satu dulu baru ayah bagi.
Abu pun study dengan penuh semangat sebab nak dapat rm100,namun bila masuk exam soalan yang ditanya agak susah,namun disebabkan matlamat yang ingin dicapai itu maka,abu memusingkan kepalanya kiri dan kanan bertanya jawapan kepada kawan-kawannya. Ianya nampak macam simple tapi itulah materialistik kecil yang dididik dalam diri anak-anak kita sekarang. Hanya kerana matlamat yang ingin dicapai keberkatan menjadi yang kedua. Maka tidak hairanlah bila mereka besar mereka boleh menjadi lebih gila harta dek kerana kurang didikan semenjak dari mula.
Amin:Abu cuba ko ajar aku soalan geografi ni aku tak faham sangat lah.
Abu: errr..maaf la Amin aku dah lupa cara nak kira dia macam mana.haha baca untuk exam je kan..ingat time exam je lah.

Dan lagi satu,belajar hanya kerana untuk mancapai matlamat diri sendiri tanpa memikirkan orang lain. Bila dikaji balik berapa ramai manusia sekarang yang berjaya dengan pangkat yang dia ada namun melalui cara yang salah. Segala hukum dianak tirikan oleh nafsu sendiri yang menguasai diri. Maka dari situ munculnya gelaran-gelaran yang muncul hanya dengan dibayar nilainya bukan kerana pencapaian yang diraihnya.Siapa?tepuk dada tanyalah diri. Semoga kita terlindung daripada segala perkara yang sedemikian. Jika segala perkara diatas berlaku jangan pernah ditanya kenapa rezeki yang melimpah ruah itu sering dirasakan tidak pernah cukup. Andai keberkatannya hilang dibawa arus yang kalah dengan bah materialistik yang berbongkah kukuh dalam diri.

Materialistik hanyalah satu azimat yang buruk yang tergantung dalam diri seseorang yang padanya tidaklah terihat sebarang kebaikan pada diri sendiri melainkan hanya membuatkan hati ini lebih hilang rasa kehidupan yang sebenar.mana tidaknya jiwa sentiasa tidak pernah puas. Sebagai remaja sepatutnya kita patut lebih cerdik dan membuka mata tentang perkara-perkara seperti ini,bukan menjadi hamba kepada harta dunia. Ramai remaja di universiti mahupun kolej di luar sana mengaku tidak cukup duit dalam perbelanjaan sedangkan bantuan daripada kerajaan sedikit sebanyak telah diberikan,tak kurang juga yang menerima biasiswa namun masih juga muncul isu yang pelbagai tentang permasalah kewangan. Jika duit tersebut betul-betul digunakan dijalan yang sebenarnya kita akan rasa berpuas hati dengan nikmat yang ada dan cuba mencari inisiatif lain untuk menampung lagi perbelanjaan yang lompong namun jika kita habiskan duit yang ada dengan mengikut nafsu kita ,duit-duit tersebut tidak akan pernah cukup bahkan jika kita bekerja siang dan malam partime pun masih terasa kurangnya.Sebaliknya saya sangat berbangga pada insan-insan diluar sana yang biarpun sesusah mana kehidupannya namun masih yakin berdiri didunia nyata dan cuba untuk baiki kekurangan yang ada.Tahniah saya ucapkan pada jiwa yang besar dalam diri kalian, berusahalah kerana Dia maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya dan bersabar seketika dalam hujan yang tidak berhenti ini kerana dihujung sana sebuah pelangi indah sedang menanti.

Maka didiklah diri,bersihkan jiwa, muhasabahlah diri seketika.Renungkan kembali siapa diri kita sebenarnya apa tujuan hidup kita di dunia ini.Jika dunia ini yang kita pilih kita akan dapat nikmatnya. Namun kita akan terus haus,dan haus dengan nikmatnya, tapi jika kita bukan letak harta dunia yang utama tapi nikmat akhirat yang pertama nescaya Allah akan cukupkan keperluan kita seadannya.Jadilah remaja yang hebat bukan kerana kaya dek sifat materialistiknya namun jadilah remaja hebat kerana kaya sifat ummatik dalam dirinya.Ummatik?remaja yang berjuang untuk kepentingan ummah dan insan lain bukan hanya untuk diri sendiri semata-mata.  Bila matlamat diri sudah jelas maka hidup lebih terarah,maka sikap negatif yang bersarang dalam diri juga akan perlahan-lahan luntur.remaja dengan sifat materialistiknya mungkin tidak akjan padam namun kamu dan aku,ya kamu wahai si pembaca mungkin masih lagi ada peluang untuk memusingkan kembali kompas hidup kita yang tersasar ini. Jika kita tergolong dalam insan yang bersahabat baik dengan sifat materialistik ini.

Belum lagi saya sentuh dari segi pengurusan kewangan ketika majlis perkahwinan lagi.Berapa ramai remaja sekarang majlis perkahwinannya hampir nak setaraf dengan artis.Mungkin mereka mampu namun tidak perlulah sehingga terzahir pembaziran disitu. Kita semua tahu hukum bersederhana namun itu cuma tinggal sebagai ilmu yang dipelajari di buku bukan untuk diamalkan. Ingatlah sesungguhnya materialistik cuma sebuah fatamorgana yang menghanyutkan si pengemarnya,andai kau memasukinya maka lemas dan tengelamlah dikau didalamnya.Saya akhiri perbincangan ini dengan sebuah kisah, semoga ia dapat dijadikan teladan.

Alia :Sayang,nanti majlis kita saya nak grand-grand tau, saya nak semua orang terlopong tengok bertapa indahnya sang mempelai diatas pelamin sana.Wahhhh tak sabarnya rasa nak tunggu detik tu.
Amin: Haishh buat apa la nak besar -besar sangat banyak tu belanja nak kena pakai nanti.Awak kan tahu saya ni kerja apalah sangat.Takut kita nanti tak tertanggung hutang kita lepas kawin nanti.Awak nak ke?

Alia:Alaa,awak ni berkira betul.Ye saya tahu awak kerja apa tak pe saya bantu apa yang sepatutnya ok.Asalkan majlis tu nanti saya nak ianya menjadi hari paling diingati oleh kita sampai bila-bila.Baju kita nak tukar berapa kali ea?ermm kita buat ala-ala garden nak,macam lain sikit.Bersinar-sinar mata alia menatap Amin menceritakan keinginannya.

Amin:Hurmm ikut suka awklah asalkan awak bahagia. Amin membalas  acuh tak acuh,dek malas melayan karenah tunangnya.

Setelah persiapan yang hampir 4 bulan itu makin tiba dikemuncaknya..
Amin:Hello, assalamualaikum ayah.Ayah sihat?
Ayah Amin:Waalaikumussalam..Allhamdulillah ayah baik-baik ja ni tapi tu lah orang tua kadang-kadang penat tu biasalah. Hah alang-alang kamu telefon ni bila nak balik kampung tengok persiapan perkahwinan kamu kat sini haa. Ayah tak tahu sangat  orang muda punya rancangan pening ayah tengok macam-macam ada.

Amin:Insyaallah Amin balik kampung minggu depan kut ayah ada sedikit hal lagi nak kena satel kat sini.Mak sihat ayah?
Ayah Amin: Owhh yaka, kalau macam tu bagus lah.Mak ko macam tu lah dia sibuk dia macam dia pulak nak kawin.
Amin:Mak kan..dia mana pernah nak duk saja ada ja benda yang nak dibuatnya.Ayah nanti kita sembang len nah ada custumor masuk.
Ayah Amin:Ya,ya.
Amin:Assalamualaikum,kirim salam mak.
Ayah Amin: Waalaikumussalam.insyaallah
.
Ketika Amin pulang ke kampung, kepulangannya bukan kepulangan yang biasa namun kepulangan penuh harapan didada.Bajet yang diperuntukkan oleh Amin dan alia untuk perkahwinan mereka setelah dibahagi,didarab,ditambah dan ditolak akhirnya nilainya melebihi daripada peruntukan yang dianggarkan.Dek kerana masa yang semakin suntuk maka mereka terpaksa menyusahkan ibubapa mereka.Memang berat hati untuk meminta namun tiada jalan lain yang ada yang lapang jalannya dengan waktu yang ada.Ibubapa kita hakikatnya mana pernah nak menyuarakan kesusahan mereka yang sebenar, mungkin ada namun tidak kesemuannya.Kerana kasihnya kepada kita segalanya sanggup mereka korbankan biarpun kadang kala terpaksa abaikan hasrat dihati. Ayah Amin mengeluarkan sebahagian perbelanjaannya yang disimpan dengan hasrat untuk mengerjakan umrah tahun hadapan bersama ibunya untuk anak lelaki kesayangannya tanpa Amin mengetahui hasrat tersebut.Mungkin terbekas sedikit kekecewaan dihatinya namun diusir jauh rasa itu demi melihat kegembiraan anaknya.Biarpun air mata jantannya  jatuh mengalir sipi tanpa dia sedari.






Tuesday 30 August 2016

Yakin




"Salam gee ko nak join dak misi ni,kalau nak aku tanyakan buyaa(gelaran kepada penasihat sebuah NGO).Jom la gee ni peluang untuk kita berjuang untuk ummah.Kitakan selalu tunggu saat ni datang"

Satu messege sampai di ruang wassup aku.Terharu...itu sahaja yang mampu aku katakan..Ya Allah baru sebentar tadi aku bermonolog sendirian kagum dengan mereka yang dipilih Allah untuk membantu ummat islam di kemboja sebagai sukarelawan di sana, selepas membaca iklan yang mereka war-warkan di dalam group.Aku terus berfikir perlukah aku menyertai atau menolak tawaran tersebut.Sedang diri ini bukan siapa-siapa apatah lagi mempunyai duit yang banyak untuk  menampung perbelanjaan sementara ke sana.


Namun andai ditolak sebuah peluang yang ditakdirkan untuk kita, aku rasa itu juga bukan seorang pejuang.Malu rasa untuk melafazkan perkataan tersebut takkala di beri peluang aku masih lagi mencari alasan.Hakikatnya ianya bukan juga alasan namun aku sedang berpijak di diatas kaki aku sendiri.Tapi setelah difikir dan difikir aku terus membuat keputusan untuk menyertai.Lahir dalam ahli keluarga yang ramai bagi aku itu anugerah indah dari Allah..kerana mereka suri dan penyeri liku-liku kehidupan aku selama ini.Mereka juga banyak mengajar aku pelbagai erti dalam kehidupan dan belajar menjadi dewasa melaluinya.Dan kepada mereka aku berhajat untuk meminta pertolongan untuk meringan perbelanjaan untuk ke sana.Tapi aku selalu terlupa bahawasanya kita manusia hanya mampu merancang..Andai di singkap kembali sejarah lampau dulu kini dan selamanya mana ada perjuangan tanpa ujian..maka aku juga mungkin tergolong dalam kalangan itu.Takkala aku memberitahu keluarga akannya pelbagai feedback yang aku dapat.Ya semua daripada mereka menyokong namun tidak semua dapat membantu dek kerana masalah lain yang timbul tanpa di pinta.

Sepanjang tempoh aku dalam usaha mencari dana sumbangan untuk dibawa ke sana aku sendiri tidak tahu ingin mencari duit di mana untuk menampung aku sendiri di sana yang masih berbaki beberapa ratus yang perlu di bayar.Ya Allah ujian mu sedang aku lalui kuatkanlah aku.Dalam keadaan keluarga aku yang juga berada pada saat memerlukan wang sungguh berat hati ini untuk meminta..Disaat yang genting ini juga satu persatu ujian lain juga datang menyinggah.Sungguh menjadi pejuang itu tidak mudah.Saat hampir saja air mata ini ingin mengalir mohon kekuatan darinya, wajah mama abah pasti muncul dengan senyuman mereka.Sebesar -besar ujian yang aku rasakan berat ...hakikatnya berat  lagi ujian yang sedang mereka hadapi.Tapi mama sentiasa bersahaja.Namun adakalanya mama tertangkap juga oleh aku takkala dia sedang jauh termenung memikirkan apa yang aku tidak tahu.Adakalanya hadir perasaan untuk mengundur diri namun kaki aku sudah separuh berada dalam jalan tersebut maka aku perlu gagahi jua mengharungi perjuangan ini walaw aku tidak tahu apakah penghujung yang bakal aku lalui.

Hanya tawakal dan doa aku panjatkan kepadanya mohon keajaiban dan pertolongan .Ditambah dengan ujian sebagai sukarelawan yang kali pertama bermain di pentas layar kehidupan cukup membuatkan aku mengenali apa itu makna manusia.Berkali -kali hati ini  di hancurkan oleh mereka bernama insan ini.Sedihnya hanya Dia yang tahu.Namun dalam kesedihan itu Dia hadirkan juga pelangi indah mewarnai perjalanan aku di sana.Ada sebahagian yang menyokong dan mempercayai.Jujur aku katakan menjadi sukarelawan di beri kepercayaan amatlah satu perhargaan yang amat bernilai.Dan kerana sebuah nilai itu aku berasa di lukai dan tahhh tak terkeluar oleh kata-kata untuk menzahirkannya.Aku terlupa mereka juga manusia biasa bukan malaikat yang juga berbuat salah seperti aku.

Namun hanya satu yang aku percaya jika niat kita betul, dan yakin Dia ada bersama kita maka teruskan langkah biar kau sendirian menempuh ranjau.
Bukti bantuannya datang perlahan-lahan dengan segala permasalahan yang aku hadapi jalan penyelesaiannya di buka satu persatu biar lambat.Apa yang aku cuba sampaikan disini ialah yakinlah bila Allah sudah mengatur segalanya, biar bumi bergoncang sekali pun kau tetap dalam peliharaannya.

Aku juga ingin berterima kasih kepada semua sahabat seperjuangan dalam misi ini. Aku mungkin masih baru dalam perjalanan ini namun kerana mereka aku mula memahami erti sebuah langkah untuk kegembiraan insan lain.Terima kasih kerana diberi peluang untuk merasai sebuah pengalaman yang sudah lama aku pahatkan dalam hati ini dan sebuah impian sudah lama juga aku bina menunggu masa untuk terlaksana.Terima kasih, terima kasih dan alfun syukran minni ilaikumum.