Sunday 19 June 2016

Hilang

Saya pernah terbaca satu petikan kata-kata yang umpama dia berbicara menyuruh kita meyelusuri maknannya.

"Ibu bapa kita mengajar kita cara untuk menjalani hidup, namun mereka tak ajar kita cara hidup tanpa mereka" just a simple sentence tapi cukup membuatkan hati ini terasa sesuatu dan terfikir-fikir mengenainya.

Ianya bagi saya rasa yang hadir tidak semudah yang berlaku didalam televisyen:
Ibu:nanti angah jaga adik baik-baik ye.
Ibu:doakan ibu dari jauh.


Tapi hakikatnya rasa itu lebih lagi menyakitkan sebenarnya.
Pembelajaran tersebut mungkin dari awal lagi mereka terapkan dalam diri kita tanpa kita sedari yakni hidup berdikari tanpa terlalu bergantung hidup pada orang lain.Takkala itulah kita belajar sakitnya jatuh, peritnya gagal, dalam kehidupan apabila berdiri dikaki sendiri.Namun biarpun kadang terasa sakit dan adakalanya terasa manis hakikatnya daripada situ kita belajar sesuatu pengalaman yang mendewasakan.Tapi berapa ramai yang sedar mengenainya.tak ramai.dengan sebab itu jika dilihat ramai dikalangan kita yang nampak matang hakikatnya tidak.Kita hanya melalui usia namun tidak mengalami rencah yang mendewasakan.Berbeza dibandingkan dengan orang dahulu seawal usia 13 tahun mereka hampir khatam dengan segala ilmu kehidupan dan tanggungjawab.mereka diajar segala erti yang menjadikan mereka dewasa menjalani usia.Manakala kita sekarang seawal umur itu hanya mampu berfikir tentang keseronokan diri dan terus mencari keseronakkan..tapi itulah hakikat remaja yang baru mula mengenal dunia dan itu juga lumrahnya dan kita tidak boleh menyangkalnya.Walawbagaimanapun hanya satu saja yang membezakan kita semua yakni bagaimana kita di didik oleh ibubapa kita sejak dari mula.bak kata orang ketika kita masih lagi umpama kain putih yang belum dicorakkan.

Ya mungkin berbeza cara yang digunakan, namun ketahuilah sebagai ibubapa tiada lain yang diharapkan oleh mereka melainkan berjaya mendidik kita menjadi manusia yang berguna untuk suatu hari nanti. Biarpun terkadang berapa ramai anak yang kehilangan peluang tersebut.Peluang membalas jasa yang tidak mungkin akan terbalas itu kepada kedua ibubapa mereka.Namun bagaimana pula bagi yang masih ada kesempatan tapi ramai pula yang menyisihkan mereka.Entah kemana hilangnya erti kemanusiaan dalam diri bahkan tidak terkesankah walaw secebis kasih sayang si ibu dan bapa di dalam hati seorang anak sehingga sanggup melakukan sedemikian.Saya tidak berani membahaskan lebih panjang tentang perasaan menjadi orang yang kehilangan kedua permata bernilai dalam hidup ini kerana saya tiada pengalaman mengenainya.Namun bagi saya sudah cukup sakit rasa kehilangan itu biarpun saya hanya merasai kehilangan sanak saudara yang hampir .Allahu, saya belajar dari sahabat-sahabat yang dekat dan mengalami keadaan tersebut. Memang.memang mereka tidak mengajar secara zahir ilmu-ilmu tersebut kepada kita namun apabila kita melalui perkara tersebut ia seolah-olah hadir sendiri memainkan peranannya,rupanya itulah ilmu yang mereka ajar yakni membina diri kita dalam diam tanpa kita sedari.