Sunday 25 September 2016

Wali ku

Masa sebuah perjalanan yang tidak akan pernah berhenti.Masa juga adalah sebuah kenangan dan juga masa depan bagi kita semua.Kini kita telah mula dewasa melaluinya..dewasa dengan segala pengalaman dan ujian yang menjitukan diri.
Kala dulu saat kita mula melihat dunia, terdapat dua insan yang tersangat gembira dengan kehadiran kita..Mereka jugalah yang menjadi segala-galanya bagi kita.Mama abah itulah pasangan buah jantung hati ini.

Kini mereka mula menginjak ke usia tua , aku dan adik beradik yang lain juga kini semakin membesar dengan baiknya.Ketahuilah ibu dan ayah sepasang permata yang tersangat bernilai anugerah tuhan buat kita semua sebagai seorang anak.Kerana mereka wali dalam hidup ini ,kerana mereka juga tempat kita menagih akan sebuah syurga..Ingin sekali diri ini menjadi yang terbaik buat mereka berdua.Seorang anak yang mampu memimpin dan menghadiahkan sebuah mahkota emas buat mereka suatu hari nanti.Izinkan aku Ya Allah dengan rahmat kasih sayang mu.
Malam itu baru lepas sehari aku balik dari misi kemanusiaan di kemboja.Dek kerana masalah yang tak dielakkan, aku tidak jadi pulang ke rumah dan terus sahaja stay di asrama hingga, keesokkan harinya kelas akan bermula.Usai solat magrib aku baru sempat melayan enset yang dibiarkan atas meja untuk di cas..tiba-tiba terbaca di whatssup dari group family yang mengatakan abah dengan pak cik masuk ward.

Aku terus mendail nomber abah bertanyakan khabar dan sungguh hati ini lebih lega.Namun itu semua hanyalah sementara.Fikiran ini mula melayang jauh ketika aku di dalam kelas mahupun di mana-mana ketika aku di sana.Aku terus membuat keputusan untuk balik ke kampung malam tu juga..nekad biar kelas keesokkan harinya terpaksa aku skip, paling lagend kelas kokurikulum yang wajib pergi setiap sabtu pun aku redah..just because of you my papa.hee
Pagi itu aku sampai ke shahab perdana(stesen bas kat alor setar kedah) dalam pukul 5.50 pagi..aku pun berehat seketika sementara menanti bas untuk ke hospital yang akan bergerak pada pukul 8 pagi.
Setibanya di sana menitis air mata ini tidak mampu diseka lagi..Jatuh ia laju dihadapan abah saat dirinya berada di hadapanku.Abah tak pernah masuk ward sepanjang tempoh usia aku.Sebelum ini ada juga peristiwa yang menyebabkan abah masuk tapi itu dulu sebelum aku sempat menjejak kaki dibumi ini.

Situasi abah mungkin tidaklah separah orang lain tapi ini kisah aku dan abah.Insan yang membesarkankan aku dari aku kecil sehingga sekarang aku telah dewasa.Dia yang bernama abah ini dahulu aku bagaikan pernah kehilangannya seketika.Ujian yang menimpa keluarga aku suatu masa dahulu cukup membuatkan kami adik beradik menangis dek kerana rindukan kasih seorang ayah.Namun yakinlah kuasa cinta, kasih, pengorbanan dan kesabaran seorang ibu mampu menghapuskan segalanya.Alhamdulillah kini dengan izin dari-Nya kami kembali dapat merasakan hangatnya kasih insan bernama ayah ini.Mungkin sudah menjadi sebuah lumrah seorang ayah itu akan kelihatan lebih menakutkan untuk di dekati oleh anak-anak terutamanya ketika anak-anak samakin dewasa..namun aku berjaya menangkis sangkaan tersebut bila aku merasakan sebaliknya.Abah seorang yang banyak mengajar kita dalam diamnya.Namun bila dia bersuara maka ia bagaikan magnet yang melekat pada diri.Dia yang bernama ayah ini bila kita belajar untuk memahami mereka kita akan belajar sebuah pengalaman yang live dari sudut hati mereka.Setiap butir kata yang cuba membina kita dan daripadanya juga terdapat pelbagai kisah.Cuma satu sifat ayah ini yang kita tidak boleh nak baca, sifat perahsia mereka.Namun percayalah betapa kita bernilai disisi mereka melebihi segala-galanya.Dan aku percaya tentang itu.
    " Abah mungkin tak kan pernah baca status ni, tapi aku just nak bagitau akan luahan hati seorang anak ini..betapa mereka kecintaanku mereka juga buah hati ini selalu."

Wednesday 31 August 2016

Materialistik



Dalam hidup ini lakukanlah  apa sahaja yang kamu mahu lakukan , namun  carilah redo Allah dalam setiap perbuatan tersebut. Bila redo Allah kau faham maknanya nescaya langkah hidupmu lebih terarah  walawpun kemana sahaja paksi yang kau  cuba tujui.

Citra kehidupan perlu  waspada
Ramai manusia bertopeng plastik
Runtuh  negara angkara remaja
Matlamat hidupnya bersulami materialistik

Semua orang tahu, kita sekarang hidup dizaman era globalisasi mahupun dunia dihujung jari, namun tidak salah rasanya jika saya ingin takrifkan zaman metropolitan ini juga sebagai dunia materialistik, dek kerana terlalu ramai manusia hari ini terpengaruh dengannnya. Ahlinya tidak mengira tua atau muda, yang bekerjaya mahupun  si baju sekolah bahkan hampir melibatkan semua peringkat yang ada dimuka bumi ini. Si kaya semakin ingin kaya hingga lupa untuk menghulur rasa, yang biasa terkejar-kejar kekayaan dunia terpengaruh dengan manusia disekelilingnya. Tidak salah ingin menjadi seorang yang kaya ataupun memang seorang yang kaya namun  yang salah  disini adalah menjadi hamba kepada kekayaan  tersebut iaitu materialistik.

Apakah itu materialistik? Ianya boleh kita takrifkan sebagai satu sikap ataupun perlakuan cintakan kebendaan, tak mengira duit, harta, pangkat mahupun darjat yakni secara berlebihan, mahupun dikenali sebagai wahn menurut istilah islam yang membawa kepada maksud manusia yang cintakan dunia dan takutkan mati. Segala perihalnya hanya memikirkan tentang dunia bermula dari kelopak matanya dibuka diawal pagi hinggakan mata itu  mahu dipejamkan kembali,namun diri masih lagi berbicara tentang harta dunia. " Awat kita tak mati ka? Duk fikir tentang dunia ja" bak kata ustaz Kazim dalam bait bicaranya disebuah ceramahnya. Lebih sakit lagi apabila ia juga telah menarik nikmat solat itu sendiri apabila ketika bertemu Ya Rabb kekasih hati , jiwa dan pemikiran tidak ada pada tempatnya bahkan di setiap bait pujian yang dilafazkan hanya sekadar lafaz semata-mata namun tiada rohnya di dalamnya apatah lagi ketika sujud hanya sebuah tindakan kepada sebuah  syarat bahawasanya aku  telah bersolat.Nilainya hanya Dia sahaja yang tahu, jangan sampai kita yang rasa telah bersusah payah  terkontang kanting menunaikan solat ini hakikatnya semua tinggal sebuah amalan yang sia-sia.

Sering kali mereka yang materialistik ini hidupnya sikit sekali memikirkan  tentang orang lain , jika ada mesti orang lain tersebut memberi manfaat kepadanya. Adakah seronok hidup dalam  keadaan demikian  hanya mereka sahaja yang tahu.

Berbalik kepada topik yang ingin dibincang awal tadi,bagaimana materialistik mampu mempengaruhi pengurusan kewangan remaja. Hakikatnya ianya sangat memberi kesan  dan kesannya sangat hebat untuk diperkatakan. Bermula dari isu si pelajar sekolah, kemudian menyambung pengajian masuk ke universiti kalau diberikan Allah rezeki kearah itu, tidak kurang ada yang mula bergelar insan berkerjaya kemudian menjejak kaki ke pelamin idaman. Segalanya sedikit sebanyak pasti berkisar tentang sebuah kehidupan yang penuh materialistik. Remaja dan materialistik kadang kala tidak boleh dipisahkan atau mungkin  memang tidak akan, ditambah pula dengan zaman  serba canggih ini maka ramailah dari mereka yang karam  kedalamnya.

Berapa ramai kita dapat lihat remaja sekarang tidak kira di universiti mahupun disekolah, mereka ini cuba mengukur baju diluar kemampuan sendiri. Saya nyatakan contoh berapa ramai pelajar yang biasa-biasa namun cuba menjadi luar biasa sehingga lupa tujuan utama mereka melangkah masuk ke sana. Luar biasa yang bagaimana?luar biasa yang ingin saya bahaskan disini adalah cuba meniru gaya sahabat-sahabat mereka yang bergaya diluar sana.Ianya tidak salah sama sekali, kerana itu semua lumrah kita sebagai manusia biasa yang punya keinginan yang punya nafsu,namun apa yang cuba saya tegaskan disini adalah cara mereka  yang salah. Mereka-mereka ini seolah-olah lupa siapa diri mereka yang sebenar dek malu dengan rakan sekuliah ataupun malu dengan keadaan diri sendiri sehinggalah mereka merubah diri mereka menjadi seseorang yang mereka sendiri tidak kenal. Mereka bekerja siang dan malam untuk mendapatkan duit lebihan untuk membeli segala kemahuan diri yang bersarang di hati,mana tujuan mereka ke universiti?kelas diskip kerana bangun lewat, assigment dibuat last minute,tak kisah kalau assigment  perseorangan tapi bila melibatkan kumpulan saya rasa perbuatan tersebut sangatlah tidak bertanggungjawab. Tidak kasihankah kepada ibu bapa yang meletakkan harapan dan kepercayaan kepada kita untuk pergi belajar,walaw kadang susah yang mereka rasakan demi kesenangan kita. Tidakkah kita sebagai anak berfikir dan cuba untuk menghargai penat lelah mereka.Penting sangatkah pandangan manusia pada diri kita sehingga kita berubah semata-mata hanya untuk setaraf dengan mereka.Lalu muncullah situasi yang selalu yang ditayangkan di dalam telesyen ,saat ibu bapa mahupun adik beradik yang memakai serba kekurangan ini datang jauh untuk menemui, rasa malu untuk mengaku terus meresab dalam diri.Ianya memang sebuah cerita yang direka namun kebanyakkan berdasarkan cerita sebenar yang di adaptasikan semula.

Itu contoh bagi insan-insan biasa yang cuba berjinak-jinak diri ke dunia bermatlamatkan harta, bagaimana pula dengan sang kaya yang materialistik? Mereka seperti inilah kadang kala menjadi punya utama wujudnya suasana materialistik dalam sesebuah tempat. Terkadang mereka tidak menyedari atau sengaja untuk tidak perasan sikap mereka yang terlalu memilih golongan untuk dijadikan kawan itu merupakan asbab kepada wujudnya rasa terpengaruh itu daripada kalangan insan lain. Tidak kasihankah kepada mereka yang kurang berkemampuan diluar sana. Mereka juga punya hati perasaan untuk  dihormati.Ingat segala yang kita miliki di dunia ini hanyalah sebuah pinjaman yang  akan dipertanggungjawabkan, maka gunakan lah ia ke jalan yang sebenarnya.Jangan kita mendabik dada dan sombong dengan segala kemewahan yang ada takut andai ditarik semula segala nikmat yang ada baru kita tercari lantai untuk memohan pertolongan.
 Dalam hidup ini kita diajar untuk berusaha dan berjaya dalam hidup namun berjaya dengan penuh kejayaan yang sebenar. Kita boleh lihat pelbagai kejayaan dalam hidup ini namun kita selalu lupa dari mana datangnya kejayaan tersebut. Kita boleh mengaku kita telah bekerja keras siang malam pagi petang,kita dah study plus solat hajat dan segalanya namun hakikatnya semua datang daripada Allah. Berusahalah kamu dengan penuh tekun untuk mendapatkan dunia kamu ya Allah akan beri kamu kejayaan tersebut namun kamu akan hilang kejayaan yang lagi satu iaitu kejayaan akhirat, yakni kejayaan yang sebenar-benarnya. Kadang kala kita selalu tertanya kenapa diri sentiasa berasa tidak cukup,sedangkan sudah berkepok  wang  di dalam poket,baju pula semuanya telah berjenama,barang-barangan lain juga sudah level up to date tapi kita still rasa something yang tak cukup. Itulah sikap si materilistik semakin banyak kau kecapi, semakin kau rasa tidak puas.kerana apa ?kerana hidup kita hanya untuk diri kita  sendiri bukan untuk orang lain.bukankah sebaik-baik insan mereka yang bermanfaat untuk orang lain.Semakin banyak kau memberi semakin bertambah rasa nikmat itu kau rasa, namun semakin kau bakhil dengan segala yang kau ada semakin kau runsing akan ketidak cukupan ia.

Saya kepilkan lagi contoh lain mengenai remaja di sekolah pula.ianya mungkin contoh yang biasa pada mata kita namun nilainya sangat besar andai ditafsirkan semula. Jika kita sedari sejak kita kecil lagi,kita telah didik dengan angin-angin materialistik. Apakah ia? Cuba kita renung kembali zaman dahulu kala, kita sering disogok dengan pelbagai hadiah dan tawaran jika kita memenangi sesuatu. Hakikat sebenar hadiah adalah sebagai pengiktirafan kepada kejayaan,namun apabila belum dicapai kejayaan tersebut namun telah dijanjikan segalanya ganjaran itu sebenarnya kita mula didik untuk menjadi materialistik kepada sesuatu. Sama ada duit, mahupun benda lain yang menjadi idaman. Walawpun hakikat sebenar tawaran tersebut hanyalah untuk memberi semangat untuk kita mencapainya kejayaan.Dan ianya hanyalah satu jalan untuk sebuah permulaan. Namun bila dah meningkat dewasa kita sendiri boleh menilai erti sebenar sebuah kejayaan.Adakah ianya hanya di ukur dengan sebuah pengiktirafan, hakikatnya tidak kejayaan yng sebenar bukan sekadar pengiktirafan namun bagaimana kita menjadi seseorang yang bermanfaat untuk orang lain. That's mean of succesfull.

Tidak dinafikan saya juga dibesarkan dengan hal yang sedemikian,seringkali dahulu jika kami adik beradik berjaya dalam peperiksaan atau sesuatu perkara abah selalu berjanji akan bawa kami jalan-jalan ke tempat kegemaran kami. Namun itu dulu, bila saya mula melangkah kaki ke sekolah menengah baru saya sedari abah sudah tidak lagi mengajar kami dengan tawaran-tawaran yang sedemikian.Mungkin ibubapa kalian juga melakukan sedemikian. Bukan takut kita tidak mampu memperolehinya namun takut diri kita hidup untuk mendapat balasan. Balasan? balasan dunia. Bila kita mula membesar kita juga mula belajar dan faham apakah itu sebenarnya yang diceritakan yang dibebelkan oleh cikgu dan ustaz,ustzah disekolah dahulu belajarlah untuk berjaya  didunia dan di akhirat. Apa bezanya? tengok situasi ini.

Abu: Ayah nanti kalau Abu dapat nomber 1 dalam kelas ayah kasi seratus ya. Janji tau,sebab ada sorang budak kelas Abu tu ayah dia berikan 50. Dia baru dapat nomber 3 haritu dalam kelas.
Si ayah:laa yeke.hurm baiklah tapi janji Abu kena dapat nomber satu dulu baru ayah bagi.
Abu pun study dengan penuh semangat sebab nak dapat rm100,namun bila masuk exam soalan yang ditanya agak susah,namun disebabkan matlamat yang ingin dicapai itu maka,abu memusingkan kepalanya kiri dan kanan bertanya jawapan kepada kawan-kawannya. Ianya nampak macam simple tapi itulah materialistik kecil yang dididik dalam diri anak-anak kita sekarang. Hanya kerana matlamat yang ingin dicapai keberkatan menjadi yang kedua. Maka tidak hairanlah bila mereka besar mereka boleh menjadi lebih gila harta dek kerana kurang didikan semenjak dari mula.
Amin:Abu cuba ko ajar aku soalan geografi ni aku tak faham sangat lah.
Abu: errr..maaf la Amin aku dah lupa cara nak kira dia macam mana.haha baca untuk exam je kan..ingat time exam je lah.

Dan lagi satu,belajar hanya kerana untuk mancapai matlamat diri sendiri tanpa memikirkan orang lain. Bila dikaji balik berapa ramai manusia sekarang yang berjaya dengan pangkat yang dia ada namun melalui cara yang salah. Segala hukum dianak tirikan oleh nafsu sendiri yang menguasai diri. Maka dari situ munculnya gelaran-gelaran yang muncul hanya dengan dibayar nilainya bukan kerana pencapaian yang diraihnya.Siapa?tepuk dada tanyalah diri. Semoga kita terlindung daripada segala perkara yang sedemikian. Jika segala perkara diatas berlaku jangan pernah ditanya kenapa rezeki yang melimpah ruah itu sering dirasakan tidak pernah cukup. Andai keberkatannya hilang dibawa arus yang kalah dengan bah materialistik yang berbongkah kukuh dalam diri.

Materialistik hanyalah satu azimat yang buruk yang tergantung dalam diri seseorang yang padanya tidaklah terihat sebarang kebaikan pada diri sendiri melainkan hanya membuatkan hati ini lebih hilang rasa kehidupan yang sebenar.mana tidaknya jiwa sentiasa tidak pernah puas. Sebagai remaja sepatutnya kita patut lebih cerdik dan membuka mata tentang perkara-perkara seperti ini,bukan menjadi hamba kepada harta dunia. Ramai remaja di universiti mahupun kolej di luar sana mengaku tidak cukup duit dalam perbelanjaan sedangkan bantuan daripada kerajaan sedikit sebanyak telah diberikan,tak kurang juga yang menerima biasiswa namun masih juga muncul isu yang pelbagai tentang permasalah kewangan. Jika duit tersebut betul-betul digunakan dijalan yang sebenarnya kita akan rasa berpuas hati dengan nikmat yang ada dan cuba mencari inisiatif lain untuk menampung lagi perbelanjaan yang lompong namun jika kita habiskan duit yang ada dengan mengikut nafsu kita ,duit-duit tersebut tidak akan pernah cukup bahkan jika kita bekerja siang dan malam partime pun masih terasa kurangnya.Sebaliknya saya sangat berbangga pada insan-insan diluar sana yang biarpun sesusah mana kehidupannya namun masih yakin berdiri didunia nyata dan cuba untuk baiki kekurangan yang ada.Tahniah saya ucapkan pada jiwa yang besar dalam diri kalian, berusahalah kerana Dia maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya dan bersabar seketika dalam hujan yang tidak berhenti ini kerana dihujung sana sebuah pelangi indah sedang menanti.

Maka didiklah diri,bersihkan jiwa, muhasabahlah diri seketika.Renungkan kembali siapa diri kita sebenarnya apa tujuan hidup kita di dunia ini.Jika dunia ini yang kita pilih kita akan dapat nikmatnya. Namun kita akan terus haus,dan haus dengan nikmatnya, tapi jika kita bukan letak harta dunia yang utama tapi nikmat akhirat yang pertama nescaya Allah akan cukupkan keperluan kita seadannya.Jadilah remaja yang hebat bukan kerana kaya dek sifat materialistiknya namun jadilah remaja hebat kerana kaya sifat ummatik dalam dirinya.Ummatik?remaja yang berjuang untuk kepentingan ummah dan insan lain bukan hanya untuk diri sendiri semata-mata.  Bila matlamat diri sudah jelas maka hidup lebih terarah,maka sikap negatif yang bersarang dalam diri juga akan perlahan-lahan luntur.remaja dengan sifat materialistiknya mungkin tidak akjan padam namun kamu dan aku,ya kamu wahai si pembaca mungkin masih lagi ada peluang untuk memusingkan kembali kompas hidup kita yang tersasar ini. Jika kita tergolong dalam insan yang bersahabat baik dengan sifat materialistik ini.

Belum lagi saya sentuh dari segi pengurusan kewangan ketika majlis perkahwinan lagi.Berapa ramai remaja sekarang majlis perkahwinannya hampir nak setaraf dengan artis.Mungkin mereka mampu namun tidak perlulah sehingga terzahir pembaziran disitu. Kita semua tahu hukum bersederhana namun itu cuma tinggal sebagai ilmu yang dipelajari di buku bukan untuk diamalkan. Ingatlah sesungguhnya materialistik cuma sebuah fatamorgana yang menghanyutkan si pengemarnya,andai kau memasukinya maka lemas dan tengelamlah dikau didalamnya.Saya akhiri perbincangan ini dengan sebuah kisah, semoga ia dapat dijadikan teladan.

Alia :Sayang,nanti majlis kita saya nak grand-grand tau, saya nak semua orang terlopong tengok bertapa indahnya sang mempelai diatas pelamin sana.Wahhhh tak sabarnya rasa nak tunggu detik tu.
Amin: Haishh buat apa la nak besar -besar sangat banyak tu belanja nak kena pakai nanti.Awak kan tahu saya ni kerja apalah sangat.Takut kita nanti tak tertanggung hutang kita lepas kawin nanti.Awak nak ke?

Alia:Alaa,awak ni berkira betul.Ye saya tahu awak kerja apa tak pe saya bantu apa yang sepatutnya ok.Asalkan majlis tu nanti saya nak ianya menjadi hari paling diingati oleh kita sampai bila-bila.Baju kita nak tukar berapa kali ea?ermm kita buat ala-ala garden nak,macam lain sikit.Bersinar-sinar mata alia menatap Amin menceritakan keinginannya.

Amin:Hurmm ikut suka awklah asalkan awak bahagia. Amin membalas  acuh tak acuh,dek malas melayan karenah tunangnya.

Setelah persiapan yang hampir 4 bulan itu makin tiba dikemuncaknya..
Amin:Hello, assalamualaikum ayah.Ayah sihat?
Ayah Amin:Waalaikumussalam..Allhamdulillah ayah baik-baik ja ni tapi tu lah orang tua kadang-kadang penat tu biasalah. Hah alang-alang kamu telefon ni bila nak balik kampung tengok persiapan perkahwinan kamu kat sini haa. Ayah tak tahu sangat  orang muda punya rancangan pening ayah tengok macam-macam ada.

Amin:Insyaallah Amin balik kampung minggu depan kut ayah ada sedikit hal lagi nak kena satel kat sini.Mak sihat ayah?
Ayah Amin: Owhh yaka, kalau macam tu bagus lah.Mak ko macam tu lah dia sibuk dia macam dia pulak nak kawin.
Amin:Mak kan..dia mana pernah nak duk saja ada ja benda yang nak dibuatnya.Ayah nanti kita sembang len nah ada custumor masuk.
Ayah Amin:Ya,ya.
Amin:Assalamualaikum,kirim salam mak.
Ayah Amin: Waalaikumussalam.insyaallah
.
Ketika Amin pulang ke kampung, kepulangannya bukan kepulangan yang biasa namun kepulangan penuh harapan didada.Bajet yang diperuntukkan oleh Amin dan alia untuk perkahwinan mereka setelah dibahagi,didarab,ditambah dan ditolak akhirnya nilainya melebihi daripada peruntukan yang dianggarkan.Dek kerana masa yang semakin suntuk maka mereka terpaksa menyusahkan ibubapa mereka.Memang berat hati untuk meminta namun tiada jalan lain yang ada yang lapang jalannya dengan waktu yang ada.Ibubapa kita hakikatnya mana pernah nak menyuarakan kesusahan mereka yang sebenar, mungkin ada namun tidak kesemuannya.Kerana kasihnya kepada kita segalanya sanggup mereka korbankan biarpun kadang kala terpaksa abaikan hasrat dihati. Ayah Amin mengeluarkan sebahagian perbelanjaannya yang disimpan dengan hasrat untuk mengerjakan umrah tahun hadapan bersama ibunya untuk anak lelaki kesayangannya tanpa Amin mengetahui hasrat tersebut.Mungkin terbekas sedikit kekecewaan dihatinya namun diusir jauh rasa itu demi melihat kegembiraan anaknya.Biarpun air mata jantannya  jatuh mengalir sipi tanpa dia sedari.






Tuesday 30 August 2016

Yakin




"Salam gee ko nak join dak misi ni,kalau nak aku tanyakan buyaa(gelaran kepada penasihat sebuah NGO).Jom la gee ni peluang untuk kita berjuang untuk ummah.Kitakan selalu tunggu saat ni datang"

Satu messege sampai di ruang wassup aku.Terharu...itu sahaja yang mampu aku katakan..Ya Allah baru sebentar tadi aku bermonolog sendirian kagum dengan mereka yang dipilih Allah untuk membantu ummat islam di kemboja sebagai sukarelawan di sana, selepas membaca iklan yang mereka war-warkan di dalam group.Aku terus berfikir perlukah aku menyertai atau menolak tawaran tersebut.Sedang diri ini bukan siapa-siapa apatah lagi mempunyai duit yang banyak untuk  menampung perbelanjaan sementara ke sana.


Namun andai ditolak sebuah peluang yang ditakdirkan untuk kita, aku rasa itu juga bukan seorang pejuang.Malu rasa untuk melafazkan perkataan tersebut takkala di beri peluang aku masih lagi mencari alasan.Hakikatnya ianya bukan juga alasan namun aku sedang berpijak di diatas kaki aku sendiri.Tapi setelah difikir dan difikir aku terus membuat keputusan untuk menyertai.Lahir dalam ahli keluarga yang ramai bagi aku itu anugerah indah dari Allah..kerana mereka suri dan penyeri liku-liku kehidupan aku selama ini.Mereka juga banyak mengajar aku pelbagai erti dalam kehidupan dan belajar menjadi dewasa melaluinya.Dan kepada mereka aku berhajat untuk meminta pertolongan untuk meringan perbelanjaan untuk ke sana.Tapi aku selalu terlupa bahawasanya kita manusia hanya mampu merancang..Andai di singkap kembali sejarah lampau dulu kini dan selamanya mana ada perjuangan tanpa ujian..maka aku juga mungkin tergolong dalam kalangan itu.Takkala aku memberitahu keluarga akannya pelbagai feedback yang aku dapat.Ya semua daripada mereka menyokong namun tidak semua dapat membantu dek kerana masalah lain yang timbul tanpa di pinta.

Sepanjang tempoh aku dalam usaha mencari dana sumbangan untuk dibawa ke sana aku sendiri tidak tahu ingin mencari duit di mana untuk menampung aku sendiri di sana yang masih berbaki beberapa ratus yang perlu di bayar.Ya Allah ujian mu sedang aku lalui kuatkanlah aku.Dalam keadaan keluarga aku yang juga berada pada saat memerlukan wang sungguh berat hati ini untuk meminta..Disaat yang genting ini juga satu persatu ujian lain juga datang menyinggah.Sungguh menjadi pejuang itu tidak mudah.Saat hampir saja air mata ini ingin mengalir mohon kekuatan darinya, wajah mama abah pasti muncul dengan senyuman mereka.Sebesar -besar ujian yang aku rasakan berat ...hakikatnya berat  lagi ujian yang sedang mereka hadapi.Tapi mama sentiasa bersahaja.Namun adakalanya mama tertangkap juga oleh aku takkala dia sedang jauh termenung memikirkan apa yang aku tidak tahu.Adakalanya hadir perasaan untuk mengundur diri namun kaki aku sudah separuh berada dalam jalan tersebut maka aku perlu gagahi jua mengharungi perjuangan ini walaw aku tidak tahu apakah penghujung yang bakal aku lalui.

Hanya tawakal dan doa aku panjatkan kepadanya mohon keajaiban dan pertolongan .Ditambah dengan ujian sebagai sukarelawan yang kali pertama bermain di pentas layar kehidupan cukup membuatkan aku mengenali apa itu makna manusia.Berkali -kali hati ini  di hancurkan oleh mereka bernama insan ini.Sedihnya hanya Dia yang tahu.Namun dalam kesedihan itu Dia hadirkan juga pelangi indah mewarnai perjalanan aku di sana.Ada sebahagian yang menyokong dan mempercayai.Jujur aku katakan menjadi sukarelawan di beri kepercayaan amatlah satu perhargaan yang amat bernilai.Dan kerana sebuah nilai itu aku berasa di lukai dan tahhh tak terkeluar oleh kata-kata untuk menzahirkannya.Aku terlupa mereka juga manusia biasa bukan malaikat yang juga berbuat salah seperti aku.

Namun hanya satu yang aku percaya jika niat kita betul, dan yakin Dia ada bersama kita maka teruskan langkah biar kau sendirian menempuh ranjau.
Bukti bantuannya datang perlahan-lahan dengan segala permasalahan yang aku hadapi jalan penyelesaiannya di buka satu persatu biar lambat.Apa yang aku cuba sampaikan disini ialah yakinlah bila Allah sudah mengatur segalanya, biar bumi bergoncang sekali pun kau tetap dalam peliharaannya.

Aku juga ingin berterima kasih kepada semua sahabat seperjuangan dalam misi ini. Aku mungkin masih baru dalam perjalanan ini namun kerana mereka aku mula memahami erti sebuah langkah untuk kegembiraan insan lain.Terima kasih kerana diberi peluang untuk merasai sebuah pengalaman yang sudah lama aku pahatkan dalam hati ini dan sebuah impian sudah lama juga aku bina menunggu masa untuk terlaksana.Terima kasih, terima kasih dan alfun syukran minni ilaikumum.




Saturday 23 July 2016

Tawakal



Sekarang baru tahu rasa membesar ni cukup membuatkan otak dan pemikiran berinteraksi dengan baik dalam memujuk hati menunaikan apa yang terlintas di benak fikiran.Zaman semua benda nak di cuba dan redah..Zaman keriangan, zaman kegemilangan, zaman pembelajaran mula dipraktikkan, zaman menunaikan tanggungjawab dan segala zaman yang seangkatan dengannya.Just flow the time with the best you can.Jatuh bangkit itu perkara biasa.Saat kau rasa diri kau di uji dengan ujian yang berat percayalah diluar sana ramai lagi yang di uji dengan lebih berat dari kau.Yang penting betapa kau kuat bangun dari kejatuhan tersebut dan terus berjalan dengan senyuman semula.That more precious value than.

Dalam tempoh itu banyak yang dilalui dan berapa banyak bukti kasih sayang Allah yang dia hulurkan buat diri kita antara kita sedar ataupun kita hanya biar ia berlalu tanpa kita sedari kehadirannya.Kalau aku antara saat awoseme yang mana pertolongannya hadir dalam saat aku tersangat memerlukan adalah ketika aku pergi hiking.Awalnya nampak macam tak ada apa-apa just sebuah pengembaraan yang manis bersama kawan-kawan namun bila aku mengali semula detik-detik yang berlalu barulah aku sedar sebenarnya betapa aku tanpa Dia hakikatnya..nothingg.

Magrin plus tak bole kena panas dalam jangka masa yang lama plus air kurang dalam badan that it me.Sebab minum air masak memang kekurangan aku.Kesannya aku akan sakit kepala sampai orang sebelah tak berani nak tegur i will change someone yang agak scary bak kata kawan-kawan yang pernah hadap keadaan macam tu dengan aku tapi alhamdulillah setakat ni ubatnya just biar aku tidor tanpa gangguan ja.dengan sebab tu kadang aku takut nak buat something yang aku suka tapi berkaitan dengan segala kekurangan aku tu.Tapi bila dah datang rasa macam aku cakap kat atas ia berkobar-kobar dalam jiwa maka aku abaikan segala rasa takut dan main aci redah ja yang penting niat baik-baik dan tawakal insyallah Allah tolong.dan ianya tersangat betul.

First aku hiking ambil masa seharian dari pukul 7 pgi mula naik, turun semula sampai dalam waktu magrib.ikut logic memang letih la naik-naik, terus naik dengan badan yang kurang air macam aku ni senang sangat kalau nak tumbang bila dah nak sampai puncak,tapi alhamdulillah aku dan 9 yang lain antara yang terawal dari 40 peserta yang join trip hiking haritu yang tiba turun kat kaki pantai pulau tioman usai azan magrib time tu, yang lain mereka diuji sedikit dengan sesat di dalam hutan dalam pukul 10 malam lebih baru berjaya sampai di kawasan rehat kami.Apa yang berlaku macam panjang ja nak cerita kat sini haha..tak pe lah abaikan dulu ehh.Sepanjang jalan tu nak kekalkan tenaga dan emosi bagi aku as the first timer hiking tak mudah la,jadi aku banyak diam dan ikut ja guider yang jaga depan tu baik-baik.bila dah separuh dan hampir nak sampai gak la aku dah mula rasa sebuah rasa yang tidak sedap dirasai..Masa tu nak mintak tolong kawan pun jadi tak sampai hati tengok mereka juga hanya bersisi tenaga untuk terus berjuang maka saat itu tawakal akan pertolongan Allah sahaja aku harapkan.hanya dia.Aku mula membasahkan bibir dengan zikir untuk tenangkan diri dan memperoleh semula tenaga yang semakin pudar ini.Itulah manusia saat susah baru ingat kepadanya penciptanya..

Alhamdulillah tanpa aku sedari sebenarnya aku dalam payah itu sebenarnya masih juga terus melangkah sungguh aku tidak tahu dari mana datangnya kekuatan itu.jarak dari satu tempat mata air dengan tempat air yang lain agak jauh maka kami perlu menyediakan air yang mencukupi untuk meneruskan perjalanan.kalau tidak maka akan menderitalah sepanjang perjalanan tersebut.kami sampai ke puncak dalam lingkungan pukul 3 petang juga la sebab banyak berhenti,sementara sebahagian yang lain masih dalam perjalanan kami yang sampai dulu ni agak starving juga la makanan dan air semua dah nak habis nak kena simpan untuk perjalanan pulang lagi.selepas hampir 5 minit sahabat yang lain tiba.alhamdulillah.just satu la spoil sikit view kat puncak gunung ni tak la mampu menghilangkan rasa penat mendaki itu..Then kena berangkat untuk turun ke khemah  semula sebab hari dah lewat.guider cakap akan guna jalan yang paling dekat untuk balik tapi bagi aku still nak terkeluar juga la rasa kaki ni dan dalam usai azan magrib berkumandang kami 9 orang peserta terawal termasuk seorang guider selamat tiba di khemah, yang selebihnya dalam perjalanan lagi dek kerana terdapat beberapa peserta yang terstuck.guider tak bagi tunggu sebab jarak terpisah orang ke 10 dengan orang belakang agak jauh dengan suasana semakin gelap kami terpaksa tinggalkan mereka dan meneruskan perjalanan berbekalkan dengan tenaga yang hanya tinggal secebis nafas ini.sambil rehat dan menunggu aku dan 4 orang lagi sahabat menikmati pemandangan pantai sambil menikmati air di kedai berhampiran khemah untuk memulihkan semula tenaga yang hilang namun penantian kami macam tidak berpangkal mereka yang lain tetap tidak muncul sehinggalah kak mon guider yang lead perjalanan haritu beserta beberapa peserta lelaki terpaksa naik semula ke sana untuk membantu sahabat dan guider yang lain.aku dan yang lain hanya mampu berdoa usai 13 rakaan solat ditunaikan dek kerana sepanjang perjalanan haritu kami hanya solat hormat waktu kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.sekali lagi tawakal kepadanya kami bergantung harap dipermudahkan segalanya.
.................................
Bunyi deruan ombak yang hanya bersebelahan dengan kemah kami di persisiran pantat ditambah dengan rasa letih yang masih bersisa menjadi asbab tewasnya kami dari diulik mimpi seketika..tiba-tiba kedengaran keriuhan diluar khemah dalam lingkungan pukul 10 lebih..alhamdulillah mereka yang lain sudah selamat sampai.

Begitulah seterusnya saat aku menawan gunung-gunung yang berikutnya.Banyak yang aku belajar dari pengalaman pertama aku mendaki dan kekuranganya cuba aku baiki ketika mendaki gunung-gunung yang lain.yang penting kena ada minat dan niat yang betul, semangat,kesihatan yang baik, persediaan awal,jaga perilaku dan akhir sekali tawakal paling penting.saat kita down semua tu saling berkait antara satu sama lain.
Bagi aku yang mengenali diri ini hanya aku yang tahu betapa diri ini dibantu saat hati kecil aku mula merintih memohon pertolongan saat aku tidak lagi kuat bertahan dengan kudrat aku sendiri.terima kasih ya Allah terima kasih dan terima kasih hanya beribu kesyukuran mampu aku hadirkan kepadamu dari insan yang kerdil ini.

Sunday 19 June 2016

Hilang

Saya pernah terbaca satu petikan kata-kata yang umpama dia berbicara menyuruh kita meyelusuri maknannya.

"Ibu bapa kita mengajar kita cara untuk menjalani hidup, namun mereka tak ajar kita cara hidup tanpa mereka" just a simple sentence tapi cukup membuatkan hati ini terasa sesuatu dan terfikir-fikir mengenainya.

Ianya bagi saya rasa yang hadir tidak semudah yang berlaku didalam televisyen:
Ibu:nanti angah jaga adik baik-baik ye.
Ibu:doakan ibu dari jauh.


Tapi hakikatnya rasa itu lebih lagi menyakitkan sebenarnya.
Pembelajaran tersebut mungkin dari awal lagi mereka terapkan dalam diri kita tanpa kita sedari yakni hidup berdikari tanpa terlalu bergantung hidup pada orang lain.Takkala itulah kita belajar sakitnya jatuh, peritnya gagal, dalam kehidupan apabila berdiri dikaki sendiri.Namun biarpun kadang terasa sakit dan adakalanya terasa manis hakikatnya daripada situ kita belajar sesuatu pengalaman yang mendewasakan.Tapi berapa ramai yang sedar mengenainya.tak ramai.dengan sebab itu jika dilihat ramai dikalangan kita yang nampak matang hakikatnya tidak.Kita hanya melalui usia namun tidak mengalami rencah yang mendewasakan.Berbeza dibandingkan dengan orang dahulu seawal usia 13 tahun mereka hampir khatam dengan segala ilmu kehidupan dan tanggungjawab.mereka diajar segala erti yang menjadikan mereka dewasa menjalani usia.Manakala kita sekarang seawal umur itu hanya mampu berfikir tentang keseronokan diri dan terus mencari keseronakkan..tapi itulah hakikat remaja yang baru mula mengenal dunia dan itu juga lumrahnya dan kita tidak boleh menyangkalnya.Walawbagaimanapun hanya satu saja yang membezakan kita semua yakni bagaimana kita di didik oleh ibubapa kita sejak dari mula.bak kata orang ketika kita masih lagi umpama kain putih yang belum dicorakkan.

Ya mungkin berbeza cara yang digunakan, namun ketahuilah sebagai ibubapa tiada lain yang diharapkan oleh mereka melainkan berjaya mendidik kita menjadi manusia yang berguna untuk suatu hari nanti. Biarpun terkadang berapa ramai anak yang kehilangan peluang tersebut.Peluang membalas jasa yang tidak mungkin akan terbalas itu kepada kedua ibubapa mereka.Namun bagaimana pula bagi yang masih ada kesempatan tapi ramai pula yang menyisihkan mereka.Entah kemana hilangnya erti kemanusiaan dalam diri bahkan tidak terkesankah walaw secebis kasih sayang si ibu dan bapa di dalam hati seorang anak sehingga sanggup melakukan sedemikian.Saya tidak berani membahaskan lebih panjang tentang perasaan menjadi orang yang kehilangan kedua permata bernilai dalam hidup ini kerana saya tiada pengalaman mengenainya.Namun bagi saya sudah cukup sakit rasa kehilangan itu biarpun saya hanya merasai kehilangan sanak saudara yang hampir .Allahu, saya belajar dari sahabat-sahabat yang dekat dan mengalami keadaan tersebut. Memang.memang mereka tidak mengajar secara zahir ilmu-ilmu tersebut kepada kita namun apabila kita melalui perkara tersebut ia seolah-olah hadir sendiri memainkan peranannya,rupanya itulah ilmu yang mereka ajar yakni membina diri kita dalam diam tanpa kita sedari.

Tuesday 31 May 2016

Ikhtilat




Bila bercakap mengenai islam ,sebagaimana yang kita tahu,kita semua merupakan khalifah Allah di muka bumi ini yang mempunyai banyak sangat tangungjawab, antaranya tanggungjawab terhadap diri sendiri,keluarga,masyarakat dan agama.Gunakanlah kudrat yang masih ada ini semaksimun mungkin untuk melaksanakannya. Jika terasa letih, berehatlah seketika namun jangan pernah berhenti kerana perjalanan kita masih panjang.Saya tertarik sangat dengan mutiara kata yang menjadi sumber inspirasi seorang mujahid bernama Ahmad Ammar:

"Dunia ini tempat kita berpenat, diakhirat nanti kita berehat"

Sebuah kata-kata yang penuh tersirat dan menagih pengorbanan yang hebat.Jujur saya katakan kadang-kadang untuk melafazkan memang mudah namun untuk mengaplikasikan sebuah kata hakikatnya tidak mudah,kerana ianya disulami susah senang bernama mujahadah.

Namun sebagai manusia yang mana iman kita turun dan naik ini, kadang kala kita terleka dan alpa dengan perbuatan kita sendiri,sehingga kita lupa ilmu di dalam diri..berapa banyak manusia yang tahu mencuri itu berdosa,riba tu haram,mengumpat itu umpama makan daging sendiri, berhias berlebihan itu tabarruj,dengan couple lagi yang sah-sah Allah tak bagi namun kita tetap lakukannya juga,.Walawpun termaktub semua hukum itu didalam Al-quran..jauhi perkara zina, jagalah ikhtilat dan banyak lagi.Tapi kita manusia yang lemah sering terlupa,kita melakukannya seperti insan yang tidak mengetahui apa-apa ,maka saat tersedar pohonlah keampunan dari-Nya.

 Satu hakikat yang perlu kita ketahui,ilmu agama dalam diri kita semua berbeza-beza,ada yang alim dalam perkara tersebut,ada yang hanya belajar tanpa amal,ada yang cuba beramal tanpa belajar,ada yang baru nak belajar dan yang paling kasihan mereka-mereka yang tidak ada pendedahan mengenainya lansung.Kita diperingkat mana hanya kita dan Allah sahaja yang tahu.Kita juga diajak mengajak kearah kebaikan,dan menjauhi keburukan.mengajak tanpa perlu menunggu kita sudah sempurna kerana kita tidak akan pernah sempurna.Tapi mencukupi jika dalam hati ini dan diri kita ada rasa ingin melakukan kebaikan biar sekecil zarah maka lakukan.Namun cuma satu, ilmu perlu dicari untuk mengetahui sebab ia tidak akan datang berlari-lari mengejar kita.


Kembali kepada persoalan ikhtilat yang dibincangkan, sesetengah orang yang menjaga ikhtilat ini sering kali dianggap kolot ataupun tidak up to date.Salahkan mereka cuba menjaga sebuah seruan agama yang dituntut.Kita tidak pernah tahu apa yang mereka rasakan dan lalui,Kisah mereka,ikhlaskah mereka ataupun berpura-purakah mereka jangan pernah kita menilai segala perbuatan mereka,kerana hak menilai itu hanya layak bagi Allah sahaja. Bagi wanita sering kali mereka ini dianggap sombong dan jual mahal,ataupun bajet cantik,ataupun yang lebih kejam digelar bajet solehah.Manakala bagi lelaki pula mereka ini sering dilebelkan sebagai geng ustaz,geng bajet alim dan pelbagai istilah lagi yang sewaktu dengannya.Dunia oh dunia, andai kita sedar betapa ramai pendakwah dan ulama diluar sana menyayangi kita, pasti kita tak sanggup pun lukai hati mereka melihat kekhilafan kita ini.

Kita selalu disajikan dengan pelbagai kisah perubahan itu daripada seorang jahiliah kepada insan yang bertemu hidayah,namun sedikit sekali kita mengetahui kisah mereka yang berada dalam suasana islam dan usaha nak menjaganya.Sejujurnya aku tahu ianya tidak mudah.. Kadang-kadang berapa banyak hati yang terluka dek kerana ketegasan mereka ini,percayalah tiada niat lansung dihati mereka untuk mendabik dada dengan diri mereka ,cuma ada kalanya kekerasan perlu digunakan agar insan-insan yang mereka kasihi itu tidak terus terjerumas kedalam dosa.Walawpun ianya memerlukan masa untuk membuatkan mereka faham.Betapa mereka berusaha untuk menjadi seperti kamu diluar sana agar kamu tidak berasa "gap"Namun dalam pada yang sama mereka perlu menjaga semua batas yang digariskan.Sebab apa?? sebab kasihnya seorang murabbi kepada anak muridnya,sebab sayangnya seorang kakak atau abang itu kepada adiknya dan juga sayangnya seorang sahabat itu kepada sahabat-sahabatnya..bukan kerana sombong,jauh sekali ingin merasa diri itu baik berbanding orang lain.Tetapi kerena mereka berasa bertanggungjawab keatas kita, kerana mereka ada rasa sayang terhadap kita.Aku ulangi "rasa sayang" ,yang mana bukan lahir dari sekadar kata namun sayang yang mana ingin meraih tangan kita menuju syurga bersama bersama mereka dengan izin-Nya.

Kesimpulannya disini mereka yang menjaga itu mungkin kerana mereka takut dengan azab Allah,namun jangan disangka yang tidak menjaga itu tidak takut namun kadang kala bayu kelalaian meyelubungi kita melebihi segalanya.Namun sedarilah menjaga ikhtilat antara lelaki dan perempuan itu wajib bukan perkara yang boleh kita berbuat main-main.Walaupun ia nampak simple tetapi hukum tetap hukum.Cuma sedikit nasihat buat diri dan semua jangan pernah sesekali berbangga jika kita menjadi insan yang faham agama dan memandang rendah terhadap mereka yang sedang mencari,mahupun belum dipilih olehnya takut-takut amalan mereka lebih dilihat Allah dibanding kita.

Dan yakinlah setiap apa yang dilakukan oleh seseorang itu pasti ada reasonnya tersendiri.Bersahabat lelaki perempuan itu boleh tapi jagalah pergaulan mengikut landasan,kerana risaukan pandangan tuhan bukan pujian manusia yang penuh kepalsuan.

Berubah itu payah namaun Allah cintai mereka-mereka yang berjuang kerana-Nya,jom kita ambil langkah perlahan-lahan.semoga Allah redo.

Untuk mengetahui apa itu sebenarnya ikhtilat boleh baca di blog yang saya kongsikan dibawah.
http://hazimahmad.blogspot.my/2012/09/jarak.html

Friday 27 May 2016

Tunduk




satu petikan dari babak-babak yang bole diterbitkan dalam filem..

"manusia..walau sebaik dan sejahatnya pun dia , hakikatnya jangan pernah lupa mereka juga mempunyai hati dan perasaan sebagai seorang manusia "

Kepercayaan yang diberi adakalanya ia di hancurkan..sehancur-hancurnya.. Andai ia diibaratkan gelas kaca,mungkin itulah perumpamaan sebaiknya..ia tidak akan kembali lagi seperti sedia kala. Hidup ini banyak kali membuatkan hati kita patah, namun dirawatnya sakit itu dengan redo dan pasrah ,dan melaluinya kita akan ketemui ketenangan dan kemaafan yang datang meredakan ketegangan.

Mata itu,semua orang ada kelebihan mengenainya..kita mampu membaca hanya melalui matanya...ditambah dengan senyuman itu, ia menjadikan ia sebuah tafsiran yang lengkap...bukan ingin menuding jari menyalahkan sesiapa, namun terkadang harus diakui adakala tafsiran itu tidak tersasar dari kebenarannya...kita bukan mengenali manusia untuk beberapa hari,  namun untuk tempoh yang agak matang untuk memiliki telepati tersebut...memang orang cakap keikhlasan itu datangnya dari hati, namun ia tidak dapat disembunyikan dari mata dan senyuman kita..ia cukup menceritakan tentang segalanya..mana yang betul-betul hadir dari hati dan yang mana hanya si pura-pura..

.....................................................................................................................................................

Seringkali kita terluka dan terus terluka dengan insan-insan disekeliling kita..kita mencari dimana salah sehingga hal ini boleh terjadi..maka duduk dan renunglah seketika tentang apa yang pernah kita lakukan dan bermuhasabahlah,mungkin diri kita sendiri yang bersalah tanpa kita sedari.kita sering kali menuding jari kepada orang lain tanpa melihat dulu pada diri sendiri..Ya,mungkin juga mereka bersalah namun kita kena tahu,mereka juga manusia yang mempunyai hati dan perasaan seperti kita,tidak sempurna seperti kita..Pujuk diri, positivekan minda ia mampu mengelak sebuah sengketa. 

Jadi kesimpulannya disini sama ada kita insan yang melukakan atau dilukai hakikatnya dalam hidup ini belajarlah ilmu untuk menghargai orang lain.kenapa dipanggil ilmu?sebab tidak ramai dalam dunia ini pandai menghargai manusia lain,jadi kita kena belajar ilmu tu agar tidak terus buat silap. Ilmu itu tidak susah hanya memerlukan jiwa yang merendah untuk kuasainya.Namun sifat manusia ini banyak yang suka mendabik dada maka lunturkanlah ia dengan (makrifatullah)..benda apa pula tu??kenali lah Allah,nescaya kita kenal,kita siapa.

Jadilah,bak kata pepatah melayu "ikut resam padi semakin banyak semakin tunduk"semakin kita kenal diri kita,semakin kita merendah diri pada tempatnya.



Monday 11 April 2016

Pudar


kau tidak seperti dulu 
yang ku kenali dulu
rupa hilang seri manakah hilangnya...

Senyuman itu... ingin sekali dihadirkan setiap waktu biarpun hakikatnya terasa tawar..adilkah hanya kerana hati ini yang sedang menangis semua orang harus menghadapnya..cukuplah hanya kami dan Dia sahaja yang tahu.. Jujur kadang hati ini tidak kuat sekuat mana yang terzahir pada paras wajah..kala diri menghadap ilahi hanya titis-titisan jernih penganti bait bicara yg kaku diluahkan, namun sesungguhnya Dia maha mengerti apa yang terbuku dalam hati ini..kepada-Nyalah aku mohon kekuatan, kepada-Nya aku mohan kemudahan... Bukan kerana tiada insan yang dapat diluah, namun mengadu kepada-Nyalah lebih membuatkan hati ini tenang..aku mengambil keputusan menolak segalanya yang aku sukai , bukan niat diri ingin menjauhkan diri ,  dan lebih banyak menyepi namun kadang kala itu sahaja mampu lakukan untuk aku rawat hati ini menjadi lapang... Maafkan aku kawan, maafkan aku teman bukan niatku ingin mengabaikan kalian,  kadang ada kalanya lebih baik aku tiada diantara kalian..jahatnya aku jika menyebabkan tawa kalian tertahan dek bersimpati pada aku,  jahatnya aku membiarkan kalian menangung juga rasa yang berat ini..tak adil..sedangkan kalian sentiasa mencuba mengembirakan semua...namun bagi aku tidak adil pula sebagai seorang adik , bersuka-suka sedang dia insan yang sedang diduga..tak adil..ingin sahaja aku lenyapkan seketika tawa ria ini dan berkongsi rasa sakit itu bersama-sama,  namun redokah aku dengan ujiannya dengan berlaku demikian..

Allah mengajar hambanya kuat kala ditimpa musibah.. ukirkanlah senyuman walawpun pahit yang sedang engkau rasakan..kerana mungkin dengan mengembiraan orang lain itu mampu memberi satu kegembiraan pada diri kembali.. 

" aku nampak kesedihan pada muka dia ,  mungkin dia dah putus asa melawan" kata kakakku yg keempat. 

Sesungguhnya..
Menitis lagi air mata ini..Ya Allah sungguh hambamu itu dalam ujian..aku tahu engkau mengasihinya..kau kuatkan lah hatinya ya Allah dalam menempuhi dugaan Mu..terbayang wajah kedua ibubapaku, ya Allah kuatkanlah kedua buah hati ku ini juga serta ahli keluargaku yang lain..
Tidak kami temui jalan yang terbaik untuk mengubatnya..berbagai cara cuba diikhtiarkan namun segalanya bagaikan ada halangan..sesungguhnya kami merancang , dan engkau juga merancang..namun kami percaya rancanganmu adalah yang terbaik..ingatlah doa itu merupakn senjata orang mukmin yang ajaib kuasanya..dan Dia tidak akan menguji seseorang hamba melainkan sekadar dengan kemampuannya.



Sunday 31 January 2016

Sampaikan



Terimbau saat dulu kala..zaman menuntut ilmu dibangku sekolah..rinduu.. kenangan demi kenangan terimbau kembali, disitu..maahad banyak sangat mengajar kami semua pelajarnya tentang pelbagai ilmu , antara yang paling diingati adalah ilmu mengenai tarbiyah..yang mana kami diajar mendidik diri dan mengajak insan lain juga ke arah kebaikan..bila bercakap tentang mengajak kearah kebaikan ramai yang salah mentafsir bahawasnya ia merupakan tugas ustaz,ustazah,pendakwah,alim ulama dan golongan tertentu sahaja.. sedangkan ia sebenarnya tangungjawab kita semua yang digelar khalifah dimuka bumi Allah ini..memang pengetahuan agama kita semua berbeza ada yang memang alim dalam hal –hal tersebut ,ada yang sederhana ,ada yang baru belajar bahkan ada yang baru disapa hidayah..namun jika kita melihat kemungkaran yang berlaku dihadapan kita..kita semua punya hak untuk menengahnya..antara berani dengan tidak..antara rasa bertanggungjawab atau tidak..namun untuk bangun sebagai pewira tidak mudah bukan??..namun tidak ada salah untuk mencuba...bagi yang berani boleh menegurnya dengan cara yang baik, jika tidak mintak tolong orang lain yang berkemampuan , jika tidak mampu juga bencilah kita dengan perbuatan tersebut dan melarang diri daripada melakukannya..

Tahu tak apa yang perkara yang paling berat dalam menyampaikan kebaikan dan kebenaran??saat hati berkobar-kobar untuk mendidik ummah namun datang bayu kelalaian menyapa diri.. maka tika itu tersungkurlah semangat yang murni dek kealpaan yang menerjah diri..kita harus akui iman kita tidak sentiasa berada tahap yang boleh menjaga kita..adakalanya tanpa sedari kita telah pun terjerumus kedalam kelalaian kita sendiri..oleh itu penting insan disekeliling kita yang membantu menyedarkan kita kembali..sesungguhnya kita semua bukan malaikat yang tidak berbuat dosa yang imannya sentiasa bertambah..tidak!tidak! kita hanya manusia biasa yang sering berbuat kesalahan dan ianya satu lumrah,jadi adilkah hanya membiarkan mereka –mereka itu sahaja menegur  untuk kearah kebaikan?apa sumbangan kita pula…hanya diam menuding jari mencari salah siapa?sadiss sekali..

Ramai yang berkata “ aku dah tegur dia banyak kali dah tapi macam sia-sia ja, duk macam tu jugak tak berubah-berubah ” ..tak apa sekurang-kurangnya kita dah tunaikan kewajipan kita dengan menegurnya..sebab tu  tugas kita ammar makruf nahi mungkar ,selebihnya kita serah kepada Allah, kerana hidayah itu miliknya bukan kita ..cuba bayangkan andai saat kita sendiri diuji ilahi terbabas jauh dari jalan yang lurus…andai semua orang menunggu ustaz dan ustazah yang datang menegur kita, agaknya apalah nasib kita ketika itu..hanyut dan terus hanyut menunggu tangan digapai…ingat!! Darjat ilmu,kedudukan,mahupun usia bukan syarat untuk menyapaikan kebaikan namun hati kita sendiri..percayalah tiada siapa yang tidak inginkan kebaikan…maka kita ajaklah mereka bahkan diri kita sendiri , kearah kebaikkan tersebut.. biarpun hanya melalui perbuatan dan doa..jangan menunggu kita sempurna baru ada kesedaran untuk melakukannya..kerana apa?kerana kita semua tidak akan pernah sempurna…namun ajal kita tidak pernah lena menunggu kita semua...




Rahmat

Terbuat salah itu fitrah , terleka itu lumrah , kembali kepadanya itu satu hidayah dan ujian itu sebuah rahmah…Andai ia mendatangi janganlah kau menjauhi namun hadapilah ia dengan sebesar-besar hati...Hargailah sebuah hidayah, takut-takut jika kita mengabaikannya ,dibimbangi  kelak kita jauh tersasar lupa diri terlupa kita punya ilahi..kita memang sering kali tidak menyedari kehadirannya..ia datang perlahan-lahan menyapa kita namun adakalanya sedikit pun tidak kita endahkannya…Sesungguhnya ketahuilah rasa disapa embun hidayah itu sangat tenang dan tidak dapat dilakarkan dengan kata-kata…

Dalam hidup ini manusia mana yang tidak pernah berbuat dosa melainkan beliau Rasulullah..manusia mana tidak pernah terleka,manusia mana tidak pernah diuji..semua manusia akan mengalaminya yang berbeza  cuma dalam bentuk apakah dosa itu kita lakukan dan dalam bentuk ujian apakan kita dihadirkan...Betapa indahnya hidayah itu kala ia menyapa, nikmatnya hanya dirasai oleh insan-insan yang dipilih oleh-Nya..siapa??Kita semua..Ya kita semua iaitu hamba Allah yang kerdil lagi hina..ketahuilah antara kita semua tiada beza yang membandingkan kita melainkan kedudukan kita disisinya..tiada siapa tahu hal itu kerana ia rahsia yang Maha Kaya..biarpun jika dilihat secara zahir kita semua memang berbeza dari pelbagai perkara , baik dari segi harta, pengetahuan,pangkat ,kulit dan warna dan sebagainya , Namun itu semua hanya pemberian didunia sebagai sebuah pinjaman yang akan dipulangkan saat tiba masanya nanti..tiada apa yang harus dibanggakan..kerana apa?lerana hakikatnya kita semua sama sahaja dari setitis air mani yang hina.Aku ingatkan andai ada yang terlupa.

Menitis air mata ini  dikala melihat bukti-bukti keagungan dan kekuasaan mu ya Rabb kala hidayahmu menyapa insan-insan tertentu..miskin bukan penghalang kaya juga bukan sebuah asbab..  Biar sebesar mana dosa yang pernah kita lakukan,biar sejahat mana kita pernah terjadi,biar sehina mana kesalahan yang pernah kita lakukan tidak ada yang mustahil jika suatu hari nanti kita diberi jalan pulang..Mencuba menjadi yang terbaik disisinya memang satu pengharapan kita semua namun ketahui jalan yang dihamparkan sebagai bukti keimanan kita bukanlah dengan dihamparkan karpet merah. Sebaliknya ia penuh dengan jalan yang berduri yang pasti adakalanya menyebabkan mengalir mutiara jernih ini sakit dek kerana terkena durinya atau mungkin adakalanya ia juga mampu berdarah..andai begitu mudah kita merasai sesebuah nikmat mana mungkin kita belajar erti sebuah pengorbanan..

Maka ketahuilah, untuk menyoal tentang sebuah hikmah yang terselit disebaliknya bukan kerja kita . Satu perkara yang kita sentiasa kena ingat dalam hidup ini,yang langit tidak selalunya akan cerah kerana akan ada petir ,guruh dan hujan yang akan mewarnai suka duka sebuah kehidupan..Belajarlah daripada sebuah ujian itu pasti disebaliknya terdapat jalan dalam mencapai cinta-Nya.Sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan sekadar kemampuannya…dan yakinlah rahmat-Nya itu mengatasi segalanya..



senyuman itu...sangat kami rindui..




Sunday 24 January 2016

Suksis

Masih segar diingatan aku kenangan zaman kanak-kanak aku kala dahulu..
k.cik nak jadi apa besar nanti??tanya seorang pak cik dirumah nenekku pada suatu hari..disebabkan ketika itu cerita "Gerak-Gerak Khas" yang popular maka terkesanlah aku dengannya..haha..maka aku pun jawablah..ermm nak jadi polislah..macam inspektor Heleza smart kan..hehe.. semenjak daripada kejadian tersebut, setiap kali aku datang ke rumah nenek dan terjumpa pak cik tersebut mesti dia akan tegur aku dengan gelaran polis..."polis lama tak nampak, polis macam mana periksa,dan bla bla bla.." walawpun tidak pernah terfikir oleh aku yang angan-angan minah jenin zaman kecilku itu akan tercapai namun dengan takdir dari Allah kini aku selangkah dalam mengecapinya..sesungguhnya tidak pernah aku menduga..

.....................................

Hari itu seperti hari-hari biasa , cuma apa yang berbeza... pagi suatu hari itu aku ke kafe dan menerima tawaran untuk menyertai keluarga itu setelah beberapa hari memikirkanya..ditambah juga kerana suara teman-teman sekeliling…bukan aku seorang bahkan kami sekumpulan..dapat atau tidak bukan suatu harapan cuma satu cubaan mencari pengalaman..mungkin dalam beratus permata yang ada kami terpilih menjadi permata yg terpilih.. satu persatu sesi kami lalui bersama untuk lulus dalam ujian yang melayakkan kami menyertai  keluarga tersebut.. dan…akhirnya setelah beberapa ketika  keputusan bakal diumumkan pada malam itu..dalam ramai nama yang terpilih, tidak aku menyangka  aku termasuk dalam kalangan mereka.. bersama 3 lagi sahabat yang lain..yang selebihnya , mungkin Allah rancangkan ssesuatu yang lebih baik buat mereka..saat itu aku sendiri tidak mengerti perasaan apakah yang hadir ketika itu..gembira kerana terpilih mahupun sedih kerana sahabatku yang semangat menyertainya tidak terpilih..muncul dimulut kami ketika itu untuk undur sebelum meneruskan langkah..pejuangkah kita? kalau belum berjuang lagi dan mengaku kalah..kita terpilih dari ramai-ramai yang meminta tidakkah kita patut hargainya mungkin ada hikmah disebalik itu.. tiba-tiba berkata temanku seorang ini menyakinkan aku dan juga yang lain..sappp terkesan dihati aku lalu tersedar…malu pulak rasanya..saat itu baru terpancar semangat perjuangan(haha macam over je ayat)…..maka bermulalah perjalanan kami as a police inspector to be in training…

Maka benarlah kata orang tidak kenal maka cinta..setelah satu persatu kami lalui bersama sebagai satu pasukan rasa sayang itu muncul perlahan-lahan..mungkin antara kami lain jantina,lain usia,lain latar bangsa dan agama dan lain pemikiran dan cita-cita namun aku percaya kami berkongsi perasaan dan matlamat yang sama..mungkin tidak tersenarai oleh aku apakah ia semua matlamat tersebut kerana ianya rahsia hati yang tak mampu aku gali namun tidak lain harapan aku melainkan ingin melatih diri menjadi insan yang bermanfaat buat ummah..jika diri aku terlalu lemah bagaimana aku dapat menghulurkan bantuan untuk menegakkan islam...Cuma satu yang aku takuti., sesungguhnya niat tidak menghalal cara..hanya kepadanya aku memohon keampunan sentiasa.. Dalam keluarga itu aku temui pelbagai ragam manusia yang tidak kurang hebatnya..sesungguhnya mereka insan bak pelangi yang mewarnai hari-hari aku serta sahabat yang lain dalam skuad tersebut...jatuh bangun dalam membina skuad , kami hadapi bersama.. Sesungguhnya kita semua merupakan khalifah yang mempunyai banyak sangat tanggungjawab... dan suatu hari nanti kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita lakukan..semoga suatu hari nanti kami semua mampu menjadi permata yang  bercahaya kepada orang sekeliling kami..biiznillah..Aminnn..

Dalam suksis banyak yang kami pelajari.. kemahiran dan pengalaman itu memang tiada disangkal lagi namun apa yang ingin aku ceritakan disini ialah rasa disebaliknya..antaranya erti sahabat sepasukan..itulah kekuatan yang menghubungkan kami..tanpanya kami ibarat bangunan yang tidak utuh..bergurau terkasar itu perkara biasa namun itu semualah yang mewarnai sebuah kenangan diantara kami yang bagi aku ia cukup bernilai dan bermakna .

Sesunggungnya kita merancang,namun Allah juga merancang..namun ketahuilah sesungguhnya perancangan-Nya itu adalah lebih baik...



ni kem tahunan kami kali pertama as a team..Skuad 14..atau kami gelarkan diri kami " Skuad Naga" at KELA CAMP,Pahang.
why??? ada kisah dia disebalik tu...



celebrete....yeayyy malam sesudah habisnya kem tahunan..maka bibit - bibit persahabatan yang disemai semakin berputik...lalala 



perasmian pembukaan hospital unisza..time ni siyess aku cakap..aku tak kenai pun semua depa ni..kenai muka ja..nama??zeroo..haishhh



peace....baru sampai unisza lepas kem..huh



mereka insan terpilihh...hari ni penguguman koordinasi skuad 14..sesungguhnya Allah yang telah memilih kalian..insyaallah kamu adalah yang terbaik..kami support ehh dari belakang..jangan risau..  



ni part paling awesome la bagi aku sepanjang jadi ahli keluarga ni...sebab apa ??pengalaman ni just Allah izinkan je baru boleh kita temuinya..ye lah banjir kut Unisza..
rindu...tu je mampu aku cakap.



kem lagi...



ni semua geng Skuad 14..one for all,all for one..aku suka sangat kata-kata ni..
"sekali kita bersahabat selamanya kita akan bersahabat"
biarpun suatu hari nanti kita semua akan terpisah namun kenangilah kenangan kita semua 
selamanya...ok.




gambo dengan cik M..tahu apa yang sweet sangat dalam suksis ni??jurulatih dan tuan2 dia..baik sangat ..terharuu tu je aku mampu cakap setiap kali apa yang diorang lakukan untuk kami semua...thankss very2 much..doakan kami jadi insan yang bermanfaat suatu hari nanti..insyaallaah.. 


taraaa..raptaii seminar akhidah peringkat kebangsaan..


ni time last day..kem orientasi untuk junior..yeayyy dah jadi inter suda..be a nice senior ok..  


JOHAN futsal antara semua skuad..hehe..kami main tak lah pandai mana hee..tapi kalau Allah kata tu rezeki kita..maka tiadalah mustahilnya..Allhamdulillah


pantai dan kami berpisah tiada...

kisah antara kita tiada pengakhirnya 
kalian dan aku sahabat selamanya..
walaw kita selalu saja saling sengketa
 namun ukhuwah sentiasa ada
kerna..
..kau sahabat ku kau teman ku... 
kau kan selalu dalam doaku..

SUKSIS SKUAD 14

re edit: 4 Ogos 2018

Sifat manusia tu lumrahnya pelupa, maka aku hadirkan nama-nama mereka agar tidak hilang dibawa masa dan sentiasa ada bila aku rindukan mereka..

SKUAD LEADER
NUHH 
TIM SKUAD LEADER
FIZA

DAN ANAK-ANAK BUAH MEREKA:
AFIF DINIY
AFIF TAJUL
AFNAN
ANAS
ARDI
AFIQ
AMIR
AMIRUL IZZAT
AWIM
AMMAR IZHAR
AMMAR FIRHAN
ANDI
AH PENG
FARIDUAN
IZZUDIN BANAN
IZZAT NAIM
FAIZ
HALIM
HAYAT
HAZIQ
LOKMAN ZAIFUL
LOKMAN HAKIM
NUR HAZIQ
NAZMI
MOHAMMAD
NIZAM
RAHMAN
SYAFIQ SOBRI
SYAFIQ RAMALAN
SYIDAN
SYUKRAN

AYUBI
AYUMI
AISYAH
BABY
CEN
DIYANAH
EYNA
EKIN
ERAH
FADH
FAZILAWANI
HUSNA
MARY
NADH
NIAQ
NINI
MIRA
SALWA
SYUD
SYAM
SERA
TASYA
TAAN
WANI
ZATY
ZAFIRAH
GEE

Re edit: 24 Ogos 2023
Rindu pula dengan blog ni lama tak menulis..tengah baca-baca balik tersenyum sendiri tak sangka jodoh aku sendiri pun ada dalam ni.😆