Sunday 31 January 2016

Rahmat

Terbuat salah itu fitrah , terleka itu lumrah , kembali kepadanya itu satu hidayah dan ujian itu sebuah rahmah…Andai ia mendatangi janganlah kau menjauhi namun hadapilah ia dengan sebesar-besar hati...Hargailah sebuah hidayah, takut-takut jika kita mengabaikannya ,dibimbangi  kelak kita jauh tersasar lupa diri terlupa kita punya ilahi..kita memang sering kali tidak menyedari kehadirannya..ia datang perlahan-lahan menyapa kita namun adakalanya sedikit pun tidak kita endahkannya…Sesungguhnya ketahuilah rasa disapa embun hidayah itu sangat tenang dan tidak dapat dilakarkan dengan kata-kata…

Dalam hidup ini manusia mana yang tidak pernah berbuat dosa melainkan beliau Rasulullah..manusia mana tidak pernah terleka,manusia mana tidak pernah diuji..semua manusia akan mengalaminya yang berbeza  cuma dalam bentuk apakah dosa itu kita lakukan dan dalam bentuk ujian apakan kita dihadirkan...Betapa indahnya hidayah itu kala ia menyapa, nikmatnya hanya dirasai oleh insan-insan yang dipilih oleh-Nya..siapa??Kita semua..Ya kita semua iaitu hamba Allah yang kerdil lagi hina..ketahuilah antara kita semua tiada beza yang membandingkan kita melainkan kedudukan kita disisinya..tiada siapa tahu hal itu kerana ia rahsia yang Maha Kaya..biarpun jika dilihat secara zahir kita semua memang berbeza dari pelbagai perkara , baik dari segi harta, pengetahuan,pangkat ,kulit dan warna dan sebagainya , Namun itu semua hanya pemberian didunia sebagai sebuah pinjaman yang akan dipulangkan saat tiba masanya nanti..tiada apa yang harus dibanggakan..kerana apa?lerana hakikatnya kita semua sama sahaja dari setitis air mani yang hina.Aku ingatkan andai ada yang terlupa.

Menitis air mata ini  dikala melihat bukti-bukti keagungan dan kekuasaan mu ya Rabb kala hidayahmu menyapa insan-insan tertentu..miskin bukan penghalang kaya juga bukan sebuah asbab..  Biar sebesar mana dosa yang pernah kita lakukan,biar sejahat mana kita pernah terjadi,biar sehina mana kesalahan yang pernah kita lakukan tidak ada yang mustahil jika suatu hari nanti kita diberi jalan pulang..Mencuba menjadi yang terbaik disisinya memang satu pengharapan kita semua namun ketahui jalan yang dihamparkan sebagai bukti keimanan kita bukanlah dengan dihamparkan karpet merah. Sebaliknya ia penuh dengan jalan yang berduri yang pasti adakalanya menyebabkan mengalir mutiara jernih ini sakit dek kerana terkena durinya atau mungkin adakalanya ia juga mampu berdarah..andai begitu mudah kita merasai sesebuah nikmat mana mungkin kita belajar erti sebuah pengorbanan..

Maka ketahuilah, untuk menyoal tentang sebuah hikmah yang terselit disebaliknya bukan kerja kita . Satu perkara yang kita sentiasa kena ingat dalam hidup ini,yang langit tidak selalunya akan cerah kerana akan ada petir ,guruh dan hujan yang akan mewarnai suka duka sebuah kehidupan..Belajarlah daripada sebuah ujian itu pasti disebaliknya terdapat jalan dalam mencapai cinta-Nya.Sesungguhnya Allah tidak akan menguji seseorang itu melainkan sekadar kemampuannya…dan yakinlah rahmat-Nya itu mengatasi segalanya..



senyuman itu...sangat kami rindui..




No comments:

Post a Comment