Mutiara jernih itu akhirnya tidak
mampu di seka lagi, lalu Nia membiarkan sahaja ia jatuh ke pipi, semakin lama
semakin laju ia mengalir.”Sungguh ujianmu itu kerana kasih sayangmu Ya
Allah.Aku mohon kuatkanlah hati ini dan keluargaku dalam mengharungi semua
ini”,Nia bermonolog sendirian di atas tangga rumah neneknya petang itu
sementara menunggu waktu berbuka.Nia Atira binti Nazam Aziz seorang pelajar
tahun ke dua ijazah Akuantan, seorang gadis periang dan ramah yang disenangi oleh rakan-rakan di kolejnya.Namun siapa sangka disebalik senyuman
yang terukir indah itu terdapat suatu rasa yang sangat berat sedang dia
tanggung.
Rasulullah SAW bersabda, “barang
siapa yang dikehendaki Allah pada orang itu kebaikan, maka Allah akan menguji
dengan ujian-Nya.” Jadi, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari
hikmah-hikmahnya yang terselit disebaliknya.
…………………………………………………………………………………….
“Amin – amin Ya Rabbal alamin’
tangan yang sedang menadah sejak beberapa ketika tadi disapu ke muka. “Alhamdulillah
“ Nia berbisik sendirian selepas menunaikan solat asarnya petang itu, lalu dicapainya
henset di atas katil dan mencari nama ibunya lalu di hubungi. “Tut,tut,tut “ hampa
tidak berjawab.”Alaa.. ibu tak angkat call la pula,orang tengah rindu ni”, Nia
merungut sendirian di dalam bilik.
“Nia, oo Nia jom pergi
pasar malam nak? Aku tak tahu kenapa petang ni mengindam sangat nak makan cendol pulut please” mengajak Iman hanani
rakan sekelas Nia yang tiba-tiba menjenguk ke dalam bilik mengejutkan Nia yang
baru usai solat. “Ehh ko ni datang dari
mana aku tak tahu tiba-tiba ajak orang pergi pasar, ko tak nampak ke aku tengah
sibuk tahap menteri ni call ibu aku tak dapat-dapat” Nia tersenyum sambil
dicebik mulutnya kepada Iman. Nia sangat mengenali sifat kawannya itu, Iman
seorang kawan yang sangat menjaga hati kawan-kawannya dan paling rare tentang Iman
ni walawpun dia makan banyak macam membela haha tapi badan dia memang lagend ,bak kata orang kena
tiup angin timur pun tak mustahil terbang huh. Nia menangguhkan seketika hasrat
untuk menelefon ibunya, lalu bersiap
untuk keluar menemani Iman.Walawpun ketika itu musim final exam sedang melanda, namun
perut yang mengidam mengatasi segala-galanyanya jangankan lautan dalam sanggup
direnangi,
Malam tu selepas selesai isyak
Nia menelefon sekali lagi ibunya, entah kenapa rasa dihati tersangatlah
homesick ketika itu, namun sekali lagi hatinya hampa. Panggilannya tetap juga tidak berjawab. Lalu dicarinya nama
kak Mia,kakak sulungnya yang tinggal seketika bersama ibunya dikampung lalu di
hubungi..entah kenapa hati Nia berasa sesuatu yang tidak sedap seolah-olah ada
sesuatu yang terjadi namun diabaikan perasaan tersebuat setelah beberapa ketika
panggilan Nia dijawab oleh ibunya, “Ya
Allah ibuuu, ibu ke ni?Assalamualaikum ibu.” Nia bertanya sambil berlompat kegirangan bila
mendengar suara keramat milik ibunya di hujung panggilan, menitis juga
butir-butir air matanya entah kenapa. Lalu
bermulalah sesi luahan yang sudah lama tersimpan , satu per satu topik dibualkan dan ibunya lebih suka menjadi
pendengar setia kepada anak bongsunya itu.”Ibu k.cik balik minggu depan tau
insyaalah, rindu sangat nak balik jumpa semua,3 bulan rasa macam tiga tahun
lama dia.” perbualan berakhir setelah hampir 10 minit mereka berbual.Usai itu Nia
terus mencari port yang paling baik dan selesa untuk memulakan study. Bagaikan dicharge
semangatnya selepas berbual dengan ibu tercinta yang nun jauh di sana. Disusun
beberapa buah buku di atas katil dan mulalah helai demi helaian Foundation in
Accountancy diselak dan diulangkaji sehinggalah dia tersedar gara-gara alarm jam Azie
Zulaika roomate kesayangannya disebelah mengamuk mintak dimatikan.Nia bangun daripada
tempat tidurnya dengan muka pemalas plus benggang lalu menutup alarm tersebut
“haish jam ni arwah juga dengan aku ni” membebel Nia sendiri, sedangkan Azie masih lagi hanyut dibuai mimpi. “Azie..ooo Azie
bangun-bangun dah pukul 4 ni, ko nak study kan”. Azie membuka matanya malas.
“Azie nanti ko gerak aku subuh ya,”Nia
memberi isyarat lambaian lalu ditarik selimutnya kembali.
………………………………………………………………………………………….
“Kringgggg,kringgggggg” alarm
Nia pula mrngambil alih mengemakan bilik tersebut selepas 2 jam kemudian. Nia
terjaga ,jam di screen telefon menunjukkan pukul 6 pagi.”Masyaallah study
banyak sangat ke aku ni, sampai nak buka mata pun macam ada batu duk bersangkut
” .Nia mengeluh sendirian. Matanya meliar ke sekeliling baru dia perasan Azie tidak
ada di dalam bilik, mandi kut budak hafal Al-quran tu. Seronok tengok dia
sejuk perut ibu mengandung , tiba-tiba rasa macam terinspirasi.Setelah setahun
baru nak terinspirasi ke Nia haha teruk betul. Nia menggelengkan kepalanya. Maka,
berlalulah hari-hari Nia dengan lima paper yang harus ditempuhi. Disebabkan
jarak antara satu subjek dengan subjek yang lain agak jauh, menyebabkan berkuranglah
sedikit rasa bebanan untuk cover semua bab sebelum peperangan bermula..Sehinggalah
,akhirnya….
Semua pelajar dibenarkan meninggalakan
dewan peperiksaan dengan keadaan senyap..
“ Weh Nia esok kita
bertolak awal cikit boleh? sebab aku ada janji dengan cikgu aku kat sekolah
malam tu.Dia mintak tolong sangat handle program ganti dia, sebab dia ada hal.kebetulan
aku balik johor,tak sampai hati pulak
nak tolak” kata Iman.”insyaalah aku ok je Iman” Nia terpaksa menyusahkan Iman
menumpangkannya pulang ke kampung menaiki kereta gara-gara tiket bas habis disebabkan lambat beli.Mana taknya orang nak balik
buka posa la di rumah kan dah nak
masuk bulan Ramadhan.
………………………………………………………………………………………………................
“ Panggggg” satu tamparan
hinggap ke pipi Nia, dan seterusnya dan seterusnya.Cukup tiga kali tamparan
lalu kakaknya duduk kembali menghadap televesyen sambil makan mee yang
dihidangkan oleh ibu. Nia terkaku, tergamam tidak mampu berkata apa-apa.Mangkuk
yang diambil di dapur masih dipegang
erat lalu Nia duduk berdekatan dengan makanan yang dihidangkan, berdua dengan
kakaknya.” Achik ada buat salah ke akak “ Nia bertanya dalam nada hiba dan tangisan yang tertahan “
jangan tanya akulah kenapa “ Kak Mia membalas tanpa rasa.
“ dua minggu sebelum kak
mia pulang ke kampung dia mengalami kemalangan dan tercampak masuk ke dalam
gaung,dua hari orang cari dia tapi tak jumpa, selepas tu baru kak Mia pulang ke
rumah dihantar oleh seorang pak cik yang kebetulan terjumpa denganya, dan sejak
itu perangainya sedikit berubah”Ibu tenang menceritakan satu persatu kisah yang
terjadi agar aku memahami, demi Allah ketika itu hanya air mata yang berbicara
betapa hiba, dan remuk hati ini.Ibu dan abah tak nak menganggu aku sebab nak
final maka mereka pendamkannya rasa itu
,nak dirawat memerlukan mereka-mereka yang betul-betul pakar mengenainya.Wahai
ibu dan abah kekuatan apakah yang membuatmu setabah ini.Dan akak Mia kenapa wajah
adikmu ini tidak boleh kau tatap??(mengalir lagi mutiara jernih tak mampu ditahan
lagi)..Jawapannya kerana Allah sangat menyanyangi hamba-hambanya maka sebab itu
kita ini terus di uji ,diuji dan diuji.....bersambung.