Sunday 25 September 2016

Wali ku

Masa sebuah perjalanan yang tidak akan pernah berhenti.Masa juga adalah sebuah kenangan dan juga masa depan bagi kita semua.Kini kita telah mula dewasa melaluinya..dewasa dengan segala pengalaman dan ujian yang menjitukan diri.
Kala dulu saat kita mula melihat dunia, terdapat dua insan yang tersangat gembira dengan kehadiran kita..Mereka jugalah yang menjadi segala-galanya bagi kita.Mama abah itulah pasangan buah jantung hati ini.

Kini mereka mula menginjak ke usia tua , aku dan adik beradik yang lain juga kini semakin membesar dengan baiknya.Ketahuilah ibu dan ayah sepasang permata yang tersangat bernilai anugerah tuhan buat kita semua sebagai seorang anak.Kerana mereka wali dalam hidup ini ,kerana mereka juga tempat kita menagih akan sebuah syurga..Ingin sekali diri ini menjadi yang terbaik buat mereka berdua.Seorang anak yang mampu memimpin dan menghadiahkan sebuah mahkota emas buat mereka suatu hari nanti.Izinkan aku Ya Allah dengan rahmat kasih sayang mu.
Malam itu baru lepas sehari aku balik dari misi kemanusiaan di kemboja.Dek kerana masalah yang tak dielakkan, aku tidak jadi pulang ke rumah dan terus sahaja stay di asrama hingga, keesokkan harinya kelas akan bermula.Usai solat magrib aku baru sempat melayan enset yang dibiarkan atas meja untuk di cas..tiba-tiba terbaca di whatssup dari group family yang mengatakan abah dengan pak cik masuk ward.

Aku terus mendail nomber abah bertanyakan khabar dan sungguh hati ini lebih lega.Namun itu semua hanyalah sementara.Fikiran ini mula melayang jauh ketika aku di dalam kelas mahupun di mana-mana ketika aku di sana.Aku terus membuat keputusan untuk balik ke kampung malam tu juga..nekad biar kelas keesokkan harinya terpaksa aku skip, paling lagend kelas kokurikulum yang wajib pergi setiap sabtu pun aku redah..just because of you my papa.hee
Pagi itu aku sampai ke shahab perdana(stesen bas kat alor setar kedah) dalam pukul 5.50 pagi..aku pun berehat seketika sementara menanti bas untuk ke hospital yang akan bergerak pada pukul 8 pagi.
Setibanya di sana menitis air mata ini tidak mampu diseka lagi..Jatuh ia laju dihadapan abah saat dirinya berada di hadapanku.Abah tak pernah masuk ward sepanjang tempoh usia aku.Sebelum ini ada juga peristiwa yang menyebabkan abah masuk tapi itu dulu sebelum aku sempat menjejak kaki dibumi ini.

Situasi abah mungkin tidaklah separah orang lain tapi ini kisah aku dan abah.Insan yang membesarkankan aku dari aku kecil sehingga sekarang aku telah dewasa.Dia yang bernama abah ini dahulu aku bagaikan pernah kehilangannya seketika.Ujian yang menimpa keluarga aku suatu masa dahulu cukup membuatkan kami adik beradik menangis dek kerana rindukan kasih seorang ayah.Namun yakinlah kuasa cinta, kasih, pengorbanan dan kesabaran seorang ibu mampu menghapuskan segalanya.Alhamdulillah kini dengan izin dari-Nya kami kembali dapat merasakan hangatnya kasih insan bernama ayah ini.Mungkin sudah menjadi sebuah lumrah seorang ayah itu akan kelihatan lebih menakutkan untuk di dekati oleh anak-anak terutamanya ketika anak-anak samakin dewasa..namun aku berjaya menangkis sangkaan tersebut bila aku merasakan sebaliknya.Abah seorang yang banyak mengajar kita dalam diamnya.Namun bila dia bersuara maka ia bagaikan magnet yang melekat pada diri.Dia yang bernama ayah ini bila kita belajar untuk memahami mereka kita akan belajar sebuah pengalaman yang live dari sudut hati mereka.Setiap butir kata yang cuba membina kita dan daripadanya juga terdapat pelbagai kisah.Cuma satu sifat ayah ini yang kita tidak boleh nak baca, sifat perahsia mereka.Namun percayalah betapa kita bernilai disisi mereka melebihi segala-galanya.Dan aku percaya tentang itu.
    " Abah mungkin tak kan pernah baca status ni, tapi aku just nak bagitau akan luahan hati seorang anak ini..betapa mereka kecintaanku mereka juga buah hati ini selalu."