Friday 20 February 2015

Sabar




Maka benarlah janji Allah itu ....kita diuji kerana kasih sayangnya..apabila semakin kamu ingin mendekati-Nya , semakin banyak tujahan demi tujahan yang merintangi laluanmu.Seolah-olah ia sengaja meremukkan azam yang tertanam di dalam diri..Namun ketahuilah duhai diri,ujian itu tanda Dia peduli.Ujian  itu bukti kasih sayang dari Ilahi.masakan Dia akan membiarkan kamu berlapang dada serta bersenang-lenang tanpa ujianNya...Kerana rindukan rintihan darimu maka kita dipilih oleh-Nya ...menangis bukan penyelesainya yang terbaik namun ianya cukup untuk mengali secebis kekuatan dikala memerlukan..nmun sebenar-benarnya kekuatan adalah kita memerlukan bekalan keimanan..semakin sikit bekalan iman yang kita bawa dalam melusuri hidup ini semakin tenat kita dikala disapa sang ujian..tiada siapa yang ingin disakiti namun hakikatnya itulah lumrah sebuah kehidupan..jatuh bangun menjadi perisa yang menyedapkan resipi perjalanan kita disamping membuatkan kita matang melaluinya...kadang-kadang rasa memang jaguh dikala melontarkan nasihat membina keyakinan ornag lain namun saat diri sendiri yang mengadapi terasa lemah untuk berdiri apatah lagi untuk berlari..




saat itu hanya Dia sahaja yang tahu betapa kita lemah tanpanya disisi,,.
sesungguhnya Dia maha mengetahui kadar kemampuan kita..kita tidak akan diuji melebihinya dan  hanya satu yang perlu kita pegang, yakin..ya yakin dan percaya akan ada hikmah disebalik semuanya..kerana dalam hidup ini tidak semua orang suka kita gembira dan adakalanya ada juga orang yang tidak suka kita berduka..hairan bukan?? jika semua itu yang kita fikirkan maka kita tidak akan pernah menemui titik noktah kepada kesudahan...teruskan melangkah kehadapan walawpun payah yang kita rasakan,walawpun hatimu pecah berkecai bertaburan,,walawpun jiwamu terasa lemah dan upaya terasa lelah..nescaya akan ada secebis sinar akan menanti kita dihujung sana disebalik segala kepayahan tersebut..,butiran kata-kata ini aku lakarkan kerana kepayahn itu sedang aku hadapi..keluarga tercinta turut merasai..sakitnya cuba aku selami namun sakit lagi bila mengetahui insan-insan yang kita kasihi yang hakikatnya melaluinya..berbekalkan secebis iman dalam hati aku panjatkan kepada-Nya seutai doa dan pengharapan agar dipinjamkan segenap kekuatan dan ketabahan buat diri kami semua..agar sinar keimanan dalam diri sentiasa menyala menyinari hati yang kadang kala dalam keresahan...bercakap mengenai ujian semua orang akan diuji hanya lakaran ujian kita yang berlainan..namun hakikatnya semuanya untuk memantapkan kita sebagai insan yang mengaku beriman..tersenyumlah wahai diri walawpun pelangi belum muncul lagi kerana hujan masih belum berhenti..innallahamaana..

origanal

.. where're ever you go just to be your self...ORIGANALY...


menerima seadanya seorang itu lebih baik daripada menjauhkan diri kerana merasakan kekurangannya..sebab adalah sesuatu yg agak mustahil bagi kita akan menjumpai insan yang sedemikian dalam hidup ini kerana tiada yang sempurna melainkan beliau kekasih Allah..sedangkan diri kita sendiri banyak melakukan salah, apatah lagi mengharapkan orang lain sempurna itu sangatlah tidak adil untuk orang lain..namun begitu juga , tidak perlulah kita merubah diri kita hanya untuk diterima orang apatah lagi hanya untuk memuaskan hati mereka sehinggakan merubah diri menjadi seolah-olah someone else...kerana hal tersebut akan membuatkan hati dan diri kita sendiri yang tersiksa..tidak salah berubah jika ianya memberi kebaikan buat diri kita sebagai contohnya dari seseorang yang panas baran menjadi lebih cool,yang jenis pelupa menjadi lebih elert dan apa yang seangkatan dengannya...dan hal yang sebegitu amatlah digalakkan kerana perkara baik tidak baik ditangguh-tangguhkan..namun apa yang ingin disampaikan disini adalah perubahan diri yang asalnya sudah baik menjadi sebaliknya..kita semua lebih tahu apa yang cuba dimaksudkan disini...kadang-kadang dalam kehidupan ini,kita banyak terpengaruh dan terganggu dengan persekitaran kita yang pelbagai dan membuatkan kita harus belajar dan menerima keadaan tersebut dengan terbuka..kerana itu flow yang kita kena hadapi..belajar menerima orang lain seadanya adalah the best way untuk memudahkan kita to get along with other namun pada yang sama stay berpegang dengan prinsip keimanan yang teguh agar tidak tersasar dan terbabas ke lembah kealpaan..bergembira itu boleh namun kena sentiasa beringat .bersedih itu jga kadang-kadang perlu agar sentiasa membuatkan kita berfikir..apa yang penting jadilah diri sendiri yang terbaik untuk kebaikan diri dan orang lain it will make you happy because that is what you are..

" dan ketahuilah sebaik-baik insan adalah orang yang bermanfaat pada orang lain.."