Friday 20 February 2015

origanal

.. where're ever you go just to be your self...ORIGANALY...


menerima seadanya seorang itu lebih baik daripada menjauhkan diri kerana merasakan kekurangannya..sebab adalah sesuatu yg agak mustahil bagi kita akan menjumpai insan yang sedemikian dalam hidup ini kerana tiada yang sempurna melainkan beliau kekasih Allah..sedangkan diri kita sendiri banyak melakukan salah, apatah lagi mengharapkan orang lain sempurna itu sangatlah tidak adil untuk orang lain..namun begitu juga , tidak perlulah kita merubah diri kita hanya untuk diterima orang apatah lagi hanya untuk memuaskan hati mereka sehinggakan merubah diri menjadi seolah-olah someone else...kerana hal tersebut akan membuatkan hati dan diri kita sendiri yang tersiksa..tidak salah berubah jika ianya memberi kebaikan buat diri kita sebagai contohnya dari seseorang yang panas baran menjadi lebih cool,yang jenis pelupa menjadi lebih elert dan apa yang seangkatan dengannya...dan hal yang sebegitu amatlah digalakkan kerana perkara baik tidak baik ditangguh-tangguhkan..namun apa yang ingin disampaikan disini adalah perubahan diri yang asalnya sudah baik menjadi sebaliknya..kita semua lebih tahu apa yang cuba dimaksudkan disini...kadang-kadang dalam kehidupan ini,kita banyak terpengaruh dan terganggu dengan persekitaran kita yang pelbagai dan membuatkan kita harus belajar dan menerima keadaan tersebut dengan terbuka..kerana itu flow yang kita kena hadapi..belajar menerima orang lain seadanya adalah the best way untuk memudahkan kita to get along with other namun pada yang sama stay berpegang dengan prinsip keimanan yang teguh agar tidak tersasar dan terbabas ke lembah kealpaan..bergembira itu boleh namun kena sentiasa beringat .bersedih itu jga kadang-kadang perlu agar sentiasa membuatkan kita berfikir..apa yang penting jadilah diri sendiri yang terbaik untuk kebaikan diri dan orang lain it will make you happy because that is what you are..

" dan ketahuilah sebaik-baik insan adalah orang yang bermanfaat pada orang lain.."

No comments:

Post a Comment