Sunday 12 November 2023

Aysar Nasri

Wahai penghuni rahim mama yang pertama dan ditunggu kehadiranmu oleh mama dan baba hampir 2 tahun. Terima kasih ya Allah atas anugerahmu yang terindah ini. Kehadirannya diatur olehmu tepat pada masanya disaat kami berdua telah bersedia menjadi ibu dan bapa.Terima kasih ya Allah atas aturan yang cantik ini.

Sungguh rasa itu bercampur ada kalanya.Kadang mama redo ini aturan yang Allah takdirkan, kadang jatuh juga air mata kesedihan itu kala melihat insan-insan sekeliling yang mudah sahaja bergelar ibu dan bapa. Bukan ingin menyangkal takdir cuma mama hanya insan biasa yang punya rasa. Alhamdulillah, Allah hadirkan baba dalam hidup mama.Dia tidak pernah buat mama rasa sedih,memikirkan tentang zuriat bahkan sentiasa positifkan mama.Walaupun mungkin jauh disudut hati dia turut merasa sesuatu dalam diamnya. Setelah beberapa usaha yang mama baba usahakan Dengan takdir dan izin Allah tarikh keramat 23.10.2022 itu mama akan ingat sentiasa disaat mama tahu Aysar ada dalam rahim mama. Mama perasan ada cecair berwarna pink dan rasa lain sangat badan kali ini tidak macam biasa.Pagi tu juga mama buat pregnency test dan macam biasa hanya orang yang menanti itu sahaja tahu erti penantian nak menunggu double lime tu muncul.Dan akhirnya mama dapat lihat double line tersebut.Tidak tertahan lagi air mata mama ingin mengalir laju terduduk mama seketika ditepi kolah air.. Mama tidak sabar sangat ingin memaklumkan kepada baba yang masih lagi sedang dibuai mimpi.Mama pergi sekolah awal sebelum baba, jadi mama tinggalkan nota suprise beserta pregnancy test dalam kotak tapi baba sibuk pagi tu dan tak lihat pun kotak tersebut.hurm sedih baru nak buat suprise.Jadi mama terpaksa bagitau sendiri.Alhamdulillah baba macam biasa happy cara dia uhuk2.

Sepanjang mengandungkan aysar alhmdulillah tersangat mudah, mama tak ada alahan, tak ada mengindam apa- apa yang mengarut, boleh puasa penuh bulan ramadhan dan juga tarawih walawpun dah sarat mengandungkan aysar.

Mama juga masih kuat nak berjemaah dengan mama setiap kali solat fardu dan solat sunat.Masih lagi berkesempatan buat kelas tahsin macam biasa.Sungguh semua tu sangat nikmat.Adakalanya ada juga rasa letih tapi jarang - jarang melainkan kalau mama sangat sibuk sangat di sekolah.

Hari mama nak melahirkan aysar pun alhamdulillah mudah juga.Pagi tu mama rasa perut tak berapa selesa, tapu still turun ke surau sekolah ada bacaan yasin sempena apa mama tak ingat.Mama pun naik ke bilik guru walaupun tak dan nak habiskan bacaan sebab rasa macam lapar sangat.Sepanjang haritu perut mama kejap-kejap sakit, mama kan tak pernah mengandung jadi memang tak tahu apa rasa contraction nak beranak.Mama masuk kelas macam biasa mengajar termegah-mengah la juga haritu. Mama bagitai dekat kawan- kawan sekolah diorang nasihatkan balik kalau tak larat.Eh mama lupa haritu juga kawan mama cikgu sanak buat se jug besar air milo khas buat mama sebab mama sepanjang mengandung aysar suka sangat minum air milo.Nak jadikan cerita rupanya haritu juga la aysar nak keluar.Mama pun tak jangka aysar nak keluar awal sebab due mama lagi dua minggu lagi.Tengahari tu mama bagitau dalam group whatsapp family kata mama sakit, mak lang, mak chaq,mak njang semua bagi nasihat.Mama telefon tok ,tok tak angkat.Nak maklum mama sakit. Mama disekolah sampai habis waktu sekolah 2.30 petang ingat nak singgah klinik cek.Tiba-tiba tok telefon ketika mama dalam kereta.Tok cakap jangan pi klinik sebab nak ajak pergi hospital terus sebab tok rasa mama dah nak bersalin.Sekali lagi air mata mama mengalir entah kenapa.Mengkin rasa takut mula menghantui diri mama.Tapi mama dan lagi singgah beli air kelapa untuk minum katanya untuk mudahkan bersalin.Mama telefon baba suruh balik segera nak ke hospital.


No comments:

Post a Comment