Friday 24 July 2015

teratak


Di teratak itu dulu pernah terukir seribu satu kenangan masa kecil kita..dalam meniti hari-hari yang penuh liku-liku bersama insan kecintaan , ayah dan bonda serta adik beradik yang lain..ia  menjadi saksi bahawasanya dahulu kita pernah melakar bingkai kenangan bermula dari saat kita membuka mata melihat dunia buat kali pertama dengan disambut girang oleh mereka-mereka yang penuh dengan kasih sayang sehingga sekarang..


.

Diteratak itu kita dibesar dan diteratak itu juga kita menumpang teduh hasil  penat lelah dua insan hebat ini..ayah ibu, mama abah ,ummi walid walawpun sebarang panggilan lain..namun hakikatnya  ia memberi makna yang sama untuk didefinasikannya…iaitu insan yang tidak ingin sekali kita lukai hatinya , insan yang ingin kita hargainya semampu kita , insan yang ingin dilimpahkan segala kasih sayang kita terhadapnya . insan yang ingin sekali kita bahagiakan dirinya sedaya kita..ya insan yang sama ingin sekali dibalas jasanya oleh kita yang hakikatnya tidak akan pernah terbalas..seandainya kita sempurna tanpa salah dan dosa.. namun hakikatnya tidak..kita hanya insan biasa yang cuba belajar memenuhi segala kesempurnaan itu semampunya..

 Disitu kita dibesarkan dan melalui usia menuju dewasa..disitu juga menjadi tempat penuh memori dan  kenangan… saksi kepada kenakalan kita dan adik beradik yang lain.. saksi kepada sebuah perhubungan dan kasih sayang yang pernah terjalin..serta pernah  terlukis pelbagai peristiwa yang pasti terpahat padu didalam hati yang mampu mengukirkan senyuman andai dikenangi..




Namun kini kita mula meingkat dewasa sudah mula membina  keluarga dan kerjaya..teratak itu menjadi tempat persinggahan semantara  , dihuni oleh mereka berdua yang merindukan kehadiran anak cucu mereka sambil meniti usia..jangan pernah kau lupa akan mereka si ibu dan ayah yang berjasa..mereka mungkin tidak kuat lagi menguruskan dan merapikan teratak itu seperti dulu untuk menyambut kepulanganmu namun ketahuilah betapa hati kecil mereka mengharapkannya mungkin kudrat mereka yang membataskannya..

Saat kau kelapangan ingatlah terdapat insan yang mengharapkan kepulanganmu menanti dan terus menanti di teratak itu..mungkin tidak terlafaz dibibir mereka menyatakannya memikirkan dirimu yang sibuk disana..telefon dimeja diraih dicari dan dibelek satu persatu nama anak-anak ingin dihubungi bila mengenangkan sudah lama telefon itu tidak berbunyi ..mengganggukah aku.. “detik si ibu dan ayah jika ingin menalifon kau.. sekali lagi di teratak itu jugalah  menjadi pendengar setia keluh kesah mereka kala kau kejauhan..jangan sampai kepulangan kau kali itu kepulangan terakhir disambut insan diteratak itu..bukan insan yang biasa yang menghuninya namun insan-insan yang dalam keramaian menyambut dirimu..tika tiba saat itu tinggallah kau dengan seribu kenangan penuh sesalan kepada pemiliknya…

Sebuah pesanan buat diri ini yang sering berada di kejauhan…


Wahai ayah dan ibu
Dengarlah rintihan anakmu
Pimpinlah diriku ini
Dijalan penuh berduri
Berilah ilmu mengenal tuhan
Pencipta diri ini
Selamatkan dari tipuan dunia
Menuju alam yang abadi
Ilmu akhirat wajib dipelajari
Bekalan untuk bertemu ilahi
Ilmu duniawi boleh dicari
Panduan hidup untuk berbakti
Ayah dan ibu ini impianku
 ingin menjadi anak yg soleh
 menolang ayah menolong ibu
terus berbakti dinegeri abadi
oh tuhan beri kekuatan iman
 pada kedua ayah ibuku
kau ampunkan segala kelemahan
 sentiasa dalam bimbanganmu
setiap detik setap saat
 berada dalam redhamu
 jalan yg lurus ditunjuki
tuhan jadi sahabat sejati



No comments:

Post a Comment