Friday 24 July 2015

Tembok


Satu keinginan yang tertahan memang menyakitkan..menjadi lumrah kita manusia biasa ingin meneroka dan memperlajari,,ianya seolah –olah memberi  satu kepuasan pada diri bila berjaya menemui  sesuatu yang baru mahupun memperoleh pengalaman yang baru..namun apakan daya tidak semua yang kita ingin dan harapkan akan berlaku seperti satu magis dalam angan-angan kita..kita selalu mencari kekuatan dengan mencari sesuatu yang  membuatkan kita terinspirasi dan memperoleh energy yang luar biasa untuk melakukannya..ada sesetengah orang mencarinya dengan membaca buku –buku motivasi yang membina diri tidak kurang juga yang membaca cerita pengalaman insan-insan tersehor lagi terkemuka yang  menempuh ranjau suka duka dalam membina kejayaan…ada juga insan yang mencarinya dengan melihat mendengar cerita hidup orang lain,atau terhasil daripada sebuah nasihat yang berguna dan mungkin juga ia datang secara tiba-tiba tanpa diduga seolah-olah menyuntik sebuah azam yangmembuatkan hati kita berkobar-kobar untuk melaksanakan rasa yang hadir itu..



Bertidak diluar kotak mahupun keluar dari zon selesa..ya itulah antara istilah-istilah yang sering kita dengar bagi membina diri menjadi insan yang ingin mencungkil kemampuan diri..sebuah kata-kata yang mendambakan sebuah pengorbanan,keyakinan,kesabaran,keazaman dan perlu dijauhi istilah putus asa ataupun bak kata pepatah hangat-hangat tahi ayam..walawpun apaupun keinginan kita kecik atau besar  jangan pernah dipertikaikan jika mampu mencari jalan untuk memperolehinya kerana dari situ kita akan belajar perkara yang baru..namun harus diakui sebuah impian yang berkata-kata dalam angan-angan memang indah dikhayalkan sedangkan hakikatnya harus kita hadapinya dengan kudrat diri yang berbekalkan semangat yang sentiasa perlu dipertahankan..takut bukan jalan 
penyelesaian,alasan juga hanya melahirkan halangan , membiarkan ia tertangguh lagi menyukarkan..kerana itu semua tidak membawa kepada jalan penyelesaian melainkan sebuah penantian yang tidak berkesudahan..beri diri masa mulakan langkah dari mula perlahan-lahan hingga tiba satu saat tembok keyakinan itu telah Berjaya kau bina maka tika itu perbaikilah langkahmu dan majulah kehadapan..bukankah ia memberi satu rasa kepuasan..lebih bertambah kepuasan itu jika ia memberi manfaat kepada  insan-insan lain yang memerlukan..kata orang jadilah sebaik-baik insan yang memberi manfaat kepada orang lain..

Sesungguhnya aku tidak suka rasa itu..rasa yang membuatkan kaki aku berhenti melangkah dari mengapai apa yang aku hajati..sedangkan disebalik tembok itu telah aku binakan sebuah cita-cita..rasa yang menuntut sebuah keyakinan dari aku untuk memecahkannya..hari demi hari aku cuba menbinanya demi sebuah cita-cita yang aku harapkan..sungguhpun ianya bukanlah sesuatu yang payah sebenarnya untuk dilakukan jika difikirkan dengan logic akal kerana semua insan disekeliling aku mampu menempuhinya kenapa tidak aku bukan??mungkin aku rasa masanya belum tiba..seolah-olah ada sesuatu yang menahan aku dari melakukannya..sebuah hikmah yang sering dianak tirikan..kita sering terkejar-kejar benda yang kita tidak miliki sehingga lupa bersyukur dengan apa yang telah kita ada..sehingga suatu saat kita sudah kehilangannya baru ketiadaanya kita rasai..ehh kemana pulak aku bersyarah ni..haha ok back to the topic just nak relate bahawasanya dalam cubaan ingin merempuh dan menhancurkan tembok itu mungkin ada hikmah yang mendelaykannya..so belajar berfikir secara positive dan hargai apa yang ada dan berlaku disekeliling kita..merobahkannya itu satu kepastian cuba lambat atau cepat menjadi galang cagaran..kerana tembok itu kita punya keazaman , kerana tembok itu membuatkan kita berfikir, dan kerana tembok itu jugalah membuatkan kita bermuhasabah yang kita punyai senjata paling hebat untuk berobohkannya..

Bukankah Allah telah berfirman yang bermaksud:
Berdoa dan memintalah kepadaku nescaya akan aku makhbulkannya..
Sesungguhnya ketahui bahawasanya doa itu senjata orang mukmin..




No comments:

Post a Comment