Thursday 6 November 2014

menjatuhkan

بين الأمس واليوم
ANTARA SEMALAM DAN HARI INI.
oleh:
Imam As-syahid Hassan Al-Banna
BAB-3 FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHANCURKAN NEGARA ISLAM.

Di dalam kekuatan hebat dan tanah yang meluas ini, faktor-faktor merungkai mula meresap ke
dalam kehidupan umat al Quran ini. Faktor ini membesar dan berkembang sedikit demi sedikit
sehingga akhirnya telah merobek Daulah Islam ini dengan hancurnya pusat kerajaan Islam pada
kurun ke 6 Hijrah di tangan Tartar. Sekali lagi ianya berlaku pada kurun 14 Hijrah (Kejatuhan
Khalifah Othmaniah). Peristiwa ini meninggalkan kesan yang amat buruk. Umat Islam
bertaburan dan negara Islam menjadi negeri-negeri kecil.

Faktor-faktor yang menjadikan demikian:

i) Perpecahan politik, asabiyyah (fanatik), berebut pangkat dan kepemimpinan. Sedangkan Islam telah
memberi amaran keras dalam masalah ini. Islam telah mengingatkan supaya menjauhkan diri
dari kepimpinan. Islam berulang kali menarik perhatian umatnya bahawa inilah faktor yang
merosak dan menghancurkan mana-mana rakyat dan negara. Allah berfirman, maksudnya;
"…dan janganlan kamu bertelagah, nescaya kamu akan gagal dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah,
sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" (al Anfal :46). Disamping itu Islam juga sangat
berpesan supaya ikhlas kerana Allah semata-mata dalam percakapan, perbuatan dan hindarkan
dari suka kemasyhuran dan pujian.

ii) Perbezaan pandangan dalam agama dan mazhab, menyeleweng dari agama yang sepatutnya aqidah dan
amalan tetapi bertukar menjadi cakap-cakap dan istilah kaku yang mati. Kecuaian terhadap kitab Allah,
sunnah Rasulullah saw, jumud dan fanatik terhadap pendapat dan kata-kata seseorang, suka bertengkar
dan berdebat sedangkan semua perkara ini ditegah oleh Islam. Rasulullah saw bersabda,
maksudnya "Tidak sesat sesuatu kaum itu selepas mereka mendapat hidayat kecuali oleh kerana
mereka suka bertengkar".

iii) Tenggelam dalam pelbagai kemewahan dan kenikmatan, suka berhiburan dan keseronokan. Ianya
berlaku begitu dahsyat pada pemerintah-pemerintah Islam lebih dari apa yang berlaku kepada
pemerintah bukan Islam. Padahal mereka telah membaca firman Allah, maksudnya; "Dan jika
kami hendak membinasakan negeri, maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di
negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu. Maka sudah
sepatutnya berlaku terhadapnya ketentuan kami dan kemudian kami hancurkan negeri itu sehancurhancurnya".
(al Isra':16)

iv) Peralihan kuasa dan pimpinan kepada bukan Arab; samada kepada Farsi, Dailam (suku Kurd),
Mamalik, Turki dll. Kebanyakan mereka ini tidak pernah merasa kemanisan Islam yang sebenar.
Hati-hati mereka tidak dapat disinari oleh cahaya al Quran disebabkan kesukaran memahami
maksud-maksudnya. Sedangkan mereka telah membaca firman Allah, maksudnya, "Hai orang-orang
yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaan mu orang-orang yang di luar
kalangan mu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagi mu. Mereka
menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang
disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepada mu ayatayat
(Kami) jika kamu mahu memahaminya". (Al Imran :118)

v) Mengabaikan ilmu-ilmu teknologi dan sains sebaliknya menghabiskan masa dengan teori falsafah dan
ilmu-ilmu khayal yang mandul. Sedangkan Islam mengesa mereka supaya mengkaji, menyelidik
segala rahsia-rahsia kejadian, meneroka di muka bumi dan berfikir tentang makhluk Allah
sebagaimana firman Allah, maksudnya; "Katakanlah, perhatikanlah apa yang ada di langit dan bumi".
(Yunus:101).

vi) Sikap pemerintah yang tertipu dengan kekuatan sendiri dan cuai untuk mengkaji perkembangan
masyarakat lain sehingga mereka ketinggalan dalam persiapan dan persediaan yang mana akhirnya
mereka telah di cakup sekali gus. Al Quran telah memerintahkan mereka supaya sentiasa
berwaspada dan jangan lalai. Ia mensifatkan orang-orang yang lalai dan cuai tak ubah seperti
binatang bahkan lebih sesat dari itu. Firman Allah, maksudnya; "Dan sesungguhnya Kami jadikan
untuk (isi neraka jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak di
pergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak di
pergunakannnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi)
tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat- ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan
mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang- orang yang lalai" (al-A'raf:179).

vii) Terpedaya dengan tipu muslihat musuh yang manis di bibir. Mereka merasa kagum dengan cara kerja
dan kemewahan hidup kufar musuh. Mereka terburu-buru meniru kufar tanpa mengira baik buruk.
Sedangkan al-Quran sangat menegah muslimin dari meniru atau menyerupai kufar. Al-Quran
terus terang memerintah supaya tidak menyerupai kufar dan perlunya memelihara ciri-ciri
identiti Islam. Firman Allah, maksudnya; "Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti
sebahagian dari orang-orang yang al Kitab nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir
sesudah kamu beriman" (aL-Imran:100). Di ayat yang lain, maksudnya; "Hai orang-orang yang
beriman, jika kamu taati orang-orang itu nescaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada
kekafiran) lalu kamu menjadi orang yang rugi" (aL-Imran:149).

No comments:

Post a Comment