Thursday 6 November 2014

Perkongsian

بين الأمس واليوم
ANTARA SEMALAM DAN HARI INI.
oleh:
Imam As-syahid Hassan Al-Banna
BAB-5. PERTARUNGAN SOSIAL


Seluruh umat Eropah telah berjaya berkomunikasi dengan masyarakat Islam Timur melalui
perang-perang salib dan di Barat melalui perhubungan dengan umat Islam
Andalus.Perhubungan itu bukan saja menguatkan kesatuan politik mereka tetapi mereka
mendapat faedah sampingan lain iaitu kesedaran mental dan pemikiran. Mereka mengambil
pelbagai ilmu pengetahuan yang begitu banyak dari Islam. Hasilnya telah lahir kebangkitan ilmu
pengetahuan yang hebat. Pihak gereja telah bangun menyanggah fenomena ini dengan segala
kekuatannya. Para sasterawan dan saintis telah dikenakan dengan pelbagai siksa. Orangramai
dirangsang supaya sama-sama menentang saintis ini. Tetapi kesemuanya ini sia-sia belaka.
Kebangkitan ilmu akhirnya berjaya dengan penuh kemenangan. Dengan kebangkitan ini, negara
Eropah telah sedar dan sebaliknya telah menentang gereja. Dengan kebangkitan ini juga
masyarakat Eropah telah menghapuskan sama sekali kuasa gereja dan meletakkan ahli gereja di
tempat ibadat dan pertapaan sahaja. Mereka juga telah memaksa Pope tinggal di Kota Vatican.
Masyarakat Eropah telah membatasi kerja ahli-ahli agama hanya berhubung dengan beberapa
lingkungan kehidupan yang kecil. Mereka tidak boleh keluar dari lingkungan ini. Agama
Kristian di Eropah hanya tinggal menjadi sebagai satu pesaka sejarah dan sebagai satu faktor
mendidik rakyat biasa. Ia juga hanya sebagai satu jalan untuk menguasai, menjajah dan
menghancurkan pengacau-pengacau politik.

Ruang sains semakin meluas di kalangan masyarakat Eropah. Penciptaan dan jumpaan baru
mula berkembang. Jentera-jentera mula menggandakan pengeluaran. Kehidupan mula berwajah
baru, iaitu kehidupan industri. Serentak dengan ini negara mula menjadi kuat, kuasanya
menjangkau ke negara-negara lain. Dunia telah berpaling mengadap Eropah dan mencurahkan
segala hasil kepadanya. Segala harta benda datang melimpah dari segenap tempat. Dengan ini
tidak dapat di sangkal lagi bahawa kehidupan Eropah dan tamadunnya terus bertunjang kepada
penyingkiran agama kehidupan masyarakat lebih-lebih lagi dari negara, kehakiman dan sekolah.
Pandangan kebendaan menjadi keterlaluan dan dijadikan sebagai ukuran dalam setiap perkara.
Berikutan ini, fenomena tamadun ini adalah materialistik yang meruntuhkan segala ajaran
agama langit (Islam, Kristian dan Yahudi). Ianya jelas bertentangan dengan asas Islam yang
menjadikan kesatuan roh dan jasad sebagai asasnya.

Antara petanda-petanda penting yang sentiasa wujud dalam tamadun barat ialah:-

a) Atheis dan ragu kepada Allah, tidak mempercayai ruh, melupakan balasan akhirat dan hanya
berdiri dalam lingkungan alam kebendaan yang boleh di rasa sahaja. Firman Allah yang
bermaksud, "Mereka hanya mengetahui yang lahir (sahaja) dari kehidupan dunia sedang mereka
tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai" (ar-Rum:7).

b) Tiada batasan dalam semua perkara, berebut-rebut kelazatan, mempelbagaikan kenikmatan,
merombak tabi'e alam dari undang-undangnya, memenuhi syahwat perut dan kemaluan,
menghias wanita dengan berbagai rupa yang menarik, menghancurkan jasad dan akal,
menghapuskan sistem keluarga dan meruntuh kebahagian rumahtangga. Firman Allah,
maksudnya, "Dan orang-orang kafir itu bersenang-senang di dunia dan mereka makan seperti
makannya binatang-binatang. Dan neraka adalah tempat tinggal mereka" (Muhammad:12).

c) Mengagungkan individu. Setiap manusia hanya mahu kepentingan diri sahaja. Dalam kelas
dan darjat, setiap cuba meninggi dari yang lain dan masing-masing cuba mendapatkan harta
dengan menghalangi kelas-kelas yang lain. Di peringkat bangsa-bangsa, setiap bangsa fanatik
dengan bangsanya dan bukan hanya cuba merendahkan bangsa-bangsa lain, bahkan ia cuba
menelan bangsa-bangsa yang lebih lemah daripadanya.

d) Riba. Ianya diterima pakai dan dianggap salah satu cara muamalat. Ianya disebarkan kepada
semua orang dan semua negara dengan dipelbagaikan bentuk dan jenisnya.
Manifestasi kebendaan ini telah melahirkan keruntuhan jiwa, kelunturan akhlak dan
ketidaksungguhan untuk memerangi segala jenayah. Masalah-masalah bertimpa-timpa, timbul
berbagai prinsip dan ideologi yang meruntuhkan dan lahir pemberontakan yang
menghancurkan. Sistem ekonomi, masyarakat dan politik tidak pernah mantap. Negara berpecah
kepada puak-puak dan parti dan akhirnya orang ramai berbunuh-bunuhan sesama sendiri
kerana tamak dan dendam. Ternyata tamadun moden ini tidak berjaya sama sekali untuk
menjamin kedamaian dan keharmonian masyarakat manusia. Ia gagal memberikan kebahagiaan
kepada manusia sekalipun pintu ilmu pengetahuan telah di buka kepada mereka. Pencapaian
kuasa dan kekuatan untuk mereka hanya berlalu untuk satu kurun sahaja.

No comments:

Post a Comment