Monday 17 November 2014

Realiti

sebuah perkongsian yang baik untuk teladan..

Seorang Executive muda yang berjaya sedang  memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia  memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang  berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia  memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang  anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan ,  ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang  difikirkannya. 



Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut  melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan  tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu  disebelah kanan kereta Waja tersebut. 


Apalagi Executive muda tersebut menekan brek  sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil  tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta   terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan  menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi  Anak kecil tadi : 

" Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya  awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah  nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit  Executive tersebut. 

Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf  ; " Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa  patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana  tak ada orang yang berhenti disini apabila saya  panggil". 

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu  sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia  jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang  yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia  cedera dan ia terlalu berat untuk saya. 

Dengan rasa terharu,Executive muda tersebut  melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. 

Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik  selamat dunia dan akhirat. 

Tak dapat digambarkan dengan perkataan ,  Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil  tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke  rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan  hidupnya. 

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke  arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa  dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam  kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana  hendakkan perhatian . 


Pengajaran 

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah  susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan  tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita  semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang  sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang  sementara.




DUIT ITU HANYA BENDA TIADA NILAI TAPI REZEKI BUKAN DATANG DARI DUIT.  REZEKI DATANG DARI ALLAH.

No comments:

Post a Comment