Thursday 6 November 2014

pertarungan

بين الأمس واليوم
ANTARA SEMALAM DAN HARI INI.
oleh:
Imam As-syahid Hassan Al-Banna
BAB-4  PERTARUNGAN POLITIK

(a) Cubaan menghancurkan umat Islam.

Faktor-faktor yang disebutkan tadi mula menyengat dan melemahkan daulah dan umat. Bangsa-bangsa
(musuh Islam) yang sentiasa mengekori mereka menjangka inilah peluang untuk membalas dendam dan menghapuskan negara dan umat Islam yang merosakkan mereka selama ini. Turunlah bangsa Tartar (Monggol seperti air banjir ke negara Islam. Tartar memotong badan umat Islam sepotong-potong dan akhirnya mereka pun sampai ke Baghdad,ibu kota kerajaan Abbasiyyah. Mereka memijak badan khalifah Musta’sim dengan kasut mereka. Dengan ini berkecailah untaian negara Islam dan bertaburanlah ikatan khalifah buat pertama kalinya. Seluruh umat Islam berpecah menjadi negara-negara yang kecil dan setiap kabilah mempunyai amirulmukminin dan mimbarnya sendiri .Kristian di Eropah mula perasan dan mengumpulkan sekutu-sekutu mereka. Akhirnya melalui sembilan kali serangan (Peperangan Salib), mereka berjaya menendang Islam jauh ke Asia danAfrika). Mereka berjaya mendirikan negara Kristian di Baitul Maqdis dan menggugat seluruhumat Islam, timur dan barat. Mereka juga cuba menyerang Mesir yang merupakan negara Islam yang terkuat pada masa itu.

(b) Kemenangan berterusan.

Walaupun bathil telah mengalahkan haq tetapi Allah tidak mengizinkan lebih dari itu. Mesir
telah berjaya mengumpulkan saki baki tentera dari negara-negara kecil Islam dan di bawah
pimpinan Salahudin al Ayyubi, Baitul Maqdis dapat di kembalikan semula. Diperlihatkan juga
kekalahan kristian di Hittin. Kemudian tentera Islam ini berdiri gagah di hadapan Tartar di
bawah pimpinan Sultan Zahir Baybars dan berjaya mengalahkan mereka di Ain Jalut. Selepas ini
sistem khalifah pun di hidupkan semula. Allah menghendaki selepas peristiwa-peristiwa ini
Islam kembali tegak sebagai sebuah negara dan pelindung yang mempunyai kekuatan dan
paling ditakuti yang dapat menyatukan seluruh umat dan rakyatnya di bawah panji-panjinya.
Semangat muslimin yang tinggi terus menerus dan terus mara memerangi Kristian di bumi
mereka. Konstantinopal pun dibuka dan kuasa Islam menjangkau ke tengah benua Eropah
sehingga ke Vienna (Austria). Inilah dia negara Turki Othmaniah.

(c) Bibit-bibit kebangkitan Eropah.

Di bawah kerajaan Othmaniah, negara Islam menjadi tenang dan tertidur. Akhirnya mereka lalai
dari apa yang berlaku sekeliling. Tetapi Eropah yang telah dapat mengambil sinar Islam (ilmu
dan tamaddun) dari sebelah Barat (Sepanyol) dan dari sebelah timur melalui angkatan perang
salibnya tidak pernah melepaskan peluang, tidak pernah cuai dan mengambil manfaat dan
pelajaran yang lalu. Mereka mula memperkuatkan diri dan berkumpul di bawah panji-panji
Eropah di Portugal. Mereka berjaya menahan kemaraan gelombang Islam di Barat dan berjaya
pula menaburkan bibit perpecahan dan bercakaran sesama sendiri di kalangan umat Islam
Sepanyol. Akhirnya mereka berjaya melontar umat Islam ke seberang laut (ke seberang Afrika).
Sebagai ganti, sebuah negara baru Sepanyol Kristian telah bangkit. Eropah terus bersatu, berfikir,
belajar, mengelilingi negeri-negeri dan meneroka negeri-negeri. Hingga penemuan Amerika
sendiri adalah hasil usaha Sepanyol dan penemuan jalan ke India pula adalah hasil penerokaan
Portugis.

Timbul di kalangan mereka suara-suara lantang untuk pembaharuan lalu lahir ramai reformis
masyarakat. Eropah juga telah mempelajari ilmu-ilmu dunia dan pengetahuan yang dapat
menelurkan hasil. Dari revolusi-revolusi pembaharuan ini terbentuklah fahaman kebangsaan
dan negara yang kuat yang kesemuanya bermatlamat untuk menghancurkan negara Islam.
Negara-negara baru ini telah membentuk beberapa pakatan yang dianggap suci.

(d) Serangan baru.

Di bawah dasar penerokaan dan pengembaraan, kuasa Eropah telah menjangkau sepanjang-panjangnya
sehingga ke negara Islam yang jauh seperti India dan negeri Islam di sekitarnya.
Kristian Eropah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghancurkan negara-negara Islam.
Untuk tujuan itu mereka telah meletakkan berbagai rancangan kadang-kadang digambarkan
dengan "masalah Timur" dan kadang-kadang dengan "pembahagian peninggalan harta orang
sakit".

Setiap negara Eropah mengambil peluang dan mencipta sebab-sebab remeh dan menyerang
negara yang terdedah nyanyok itu. Bermulalah sedikit demi sedikit anggota-anggotanya
berkurangan dan terus runtuh. Serangan ini berterusan memakan masa yang panjang. Banyak
negara-negara Islam terlucut dari kerajaan Othmaniah dan jatuh ke dalam kuasa Eropah seperti
negara Afrika Barat (Morokko, Algeria dll) dan Eropah Utara. Beberapa negara-negara bukan
Islam yang tertakluk di bawah kuasa kerajaan Othmaniah seperti Yunan (Greek) dan negaranegara
Balkan juga memerdekakan diri mereka. Pusingan penutup dalam krisis ini dengan
munculnya Perang Dunia I pada tahun 1914-1918 M yang membawa kekalahan kepada Turki
dan sekutu-sekutunya. Dengan ini ia telah memberi kesempatan yang seluas-luasnya kepada
bangsa Eropah yang terkuat di masa itu (England dan Perancis) dan disertai Itali meletakkan
tangannya ke atas pesaka yang paling banyak itu ialah umat Islam dan rakyat-rakyatnya.
Negara-negara tersebut telah meluaskan kuasanya dalam berbagai nama seperti penaklukan,
penjajahan, pengawasan dan perwakilan. Mereka telah membahagi negara-negara Islam seperti
berikut;

a) Afrika Utara (Maghribi, Algeria dan Tunis)menjadi jajahan Perancis. Diselang seli dengan
Tanger yang berada di bawah kuasa antarabangsa dan jajahan Sepanyol di kampung-kampung.
b) Libya di jajah oleh Itali. Itali tidak mahu langsung kesan-kesan Islam kekal wujud di situ. Ia
telah memaksa penduduk di situ menjadi warganegara Itali dan dinamakannya sebagai Itali
selatan. Di situ juga dicampakkan beribu-ribu orang tawanan yang berkebuluran dan
manusia-manusia jahat.
c) Mesir dan Sudan di bawah naungan Inggeris.
d) Palestin berada di bawah jajahan Inggeris untuk dijualkan kepada Yahudi bagi mendirikan
negara kebangsaan mereka.
e) Syria di bawah jajahan Perancis.
f) Iraq menjadi tanah jajahan Inggeris.
g) Hijaz (Mekah dan Madinah) menjadi sebuah kerajaan yang sangat lemah sentiasa menunggu
sedekah dan mengharap kepada janji-janji palsu dan perjanjian-perjanjian yang tidak laku
dari Eropah.
h) Yaman pula sebuah kerajaan yang tinggal hanya rangka-rangka, rakyatnya papa dan
terancam dengan peperangan di setiap tempat dan masa.
i) Di bahagian lain dari seluruh semenanjung Arab pula, yang tinggal hanya negeri-negeri yang
kecil di mana amir-amirnya hidup di bawah ketiak konsol-konsol Inggeris. Mereka berjuang
dengan cebisan-cebisan makanan dari meja makan Inggeris. Sesama mereka penuh menyala
hasad dengki dan benci. Kuasa Berikat telah memberikan janji kemerdekaan kepada bekas
Raja Semenanjung Arab; Malik Husin dengan syarat menolong mereka menghapuskan kuasa
khalifah Othmaniah.
j) Iran dan Afghanistan adalah kerajaan-kerajaan yang sentiasa bergolak dan menjadi rebutan
sesama mereka.
k) India menjadi jajahan Inggeris.
l) Turkistan dan sekitarnya menjadi jajahan Rusia yang ditekan dengan dahsyatnya.
Selain dari ini terdapat beberapa golongan minoriti Islam yang bertaburan di beberapa negara
yang tidak mendapat sebarang tempat untuk berlindung seperti orang-orang Islam di Habsyah
(Ethopia), Cina, Balkan, Afrika tengah, barat dan timur.
Dengan apa yang berlaku ini, Eropah boleh dikatakan berjaya dalam pertarungan politik. Mereka
berjaya merobek empayar Islam, berjaya menghapuskan negara Islam dan menyingkirkannya
secara politik dari senarai negara-negara besar.

(e) Ke arah kekuatan baru.

Kezaliman yang jelas berlaku dan perjanjian bohong yang menyenak dada itu telah
membangkitkan jiwa-jiwa umat ini. Mereka mula bangun menuntut kemerdekaan dan berjuang
mengembalikan kebebasan dan keagungannya. Api revolusi terus menyala. Turki, Mesir, Iraq
dan Syria telah bangun memberontak. Keadaan yang sama berlaku di Palestin dan Rif Maghribi.
Kesedaran terus berkembang dan hasilnya umat Islam berjaya mencapai beberapa hak mereka.
Maka merdekalah Turki dalam sempadannya yang baru, Mesir dan Iraq di kira sebagai 2 buah
negara yang merdeka, Hijaz dan Nejd menjadi Negara Saudi. Yaman, Iran dan Afghanistan
berjaya mengekalkan kawasan bebas, Syria hampir berjaya mendapatkan pengiktirafan
kemerdekaannya. Perjuangan Palestin telah berjaya menarik perhatian dunia. Umat Islam telah
berjaya mengatur langkah yang baik -sekali pun lambat - ke arah beberapa matlamat murni
untuk mengembalikan kebebasan dan keagungan dan membangunkan negara mereka.

(f) Perang baru.

Negara-negara Eropah telah keluar dari kancah perang dunia tetapi bibit dengki dan benci masih
berakar umbi di dalam dada mereka. Perjanjian-perjanjian damai telah memberikan satu
tamparan hebat bagi kebanyakan negara-negara ini. Keadaan ini telah membawa kepada
lahirnya idea-idea baru dan prinsip-prinsip fanatik yang ekstrim. Ini sudah tentu akan
berkesudahan di kalangan bangsa ini (Eropah) satu krisis baru dan perang yang akan
menghancur lebur kesatuan mereka dan akan menyedarkan semula mereka bagi membuang
kezaliman yang mereka lakukan itu. Umat Islam sekali lagi di kurniakan peluang untuk
menyatukan barisan mereka dan berkumpul, melengkapkan kemerdekaan mereka dan
mengembalikan negara dan kesatuan mereka di bawah panji-panji Amirul-Mukminin. Firman
Allah yang bermaksud:

"Dan kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak
menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi) (al Qasas:5).

No comments:

Post a Comment